Berita Terkini

Arkitek penting untuk capai status negara maju - Datuk Najib

Membangun-membangun juga, tetapi pembangunan akhlak pun biarlah selari, jangan jadi seperti Amerika Syarikat yang maju tetapi akhlak rakyat semakin runtuh (sama juga dengan negara Malaysia sekarang).

Dan juga, kalau boleh jangan tumpukan pada Kuala Lumpur saja, apa hasil yang Kuala Lumpur keluarkan hinggakan Kuala Lumpur saja yang ditumpukan pembangunan?

Bagaimana dengan negeri Terengganu yang banyak hasil terutamanya minyak, yang sekarang ini jika dibandingkan bandar Kuala Terengganu dengan Kuala Lumpur, ibarat semut dengan gajah. Mana KEADILAN?  :)
KUALA LUMPUR 1 Julai  -  Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, para arkitek Malaysia memainkan peranan penting di dalam menzahirkan aspirasi negara untuk mencapai status negara maju.

Perdana Menteri berkata, satu aspek penting pembangunan di negara ini ialah kediaman yang termampu dan mesra alam sekitar.

"Dalam sosio-ekonomi semasa kita, lanskap perumahan kekal menjadi isu penting bagi kesemua rakyat Malaysia dan bagi menangani ini, saya akan melancarkan satu skim rumah termampu yang baharu pada Isnin yang akan menyediakan para pembeli rumah dengan 100 peratus pinjaman pada harga yang termampu kepada pekerja berpendapatan pertengahan rendah dan pertengahan,” katanya semasa berucap di ‘Datum: Pesta Arkitektur Kuala Lumpur’ di sini hari ini.

Menurut Najib, kesemua keluarga berpendapatan rendah dan sederhana di Malaysia sepatutnya memiliki satu rumah yang termampu dimiliki yang selesa, mampan dan di mana yang mungkin, dilengkapi dengan tenaga alternatif diperbaharui yang akan menurunkan bil tenaga dan meningkatkan standard kehidupan masing-masing.

"Di sinilah di mana PAM (Pertubuhan Akitek Malaysia) boleh memainkan peranan penting di dalam pembinaan negara Malaysia kerana langkah untuk mencapai wawasan ini memerlukan sumbangan sesetengah pemikiran paling berbakat dan kreatif di negara kita,” katanya.

Najib berkata, walau pun wujud persaingan terbuka bagi merebut projek negara dan berkepentingan awam, kerajaan sedang mengkaji bagi menyediakan lebih banyak peluang bagi mengiktiraf kerja-kerja para arkitek Malaysia.

Dalam hubungan ini, katanya PAM telah membuka laluan dan bersama-sama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan bandar, akan menganjurkan satu pertandingan bagi mereka mengira detik permulaan.

[Bernama]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.