Supermodel Carmen Dell Orefice telah mula menjadi model sejak dia masuk muka depan majalah Vogue ketika dia berusia 15 tahun. Model veteran itu pada minggu ini menyambut hari lahirnya yang ke 80, sekaligus mencatat rekod model yang paling tua yang masih bekerja (Oldest working model).
Carmen memulakan kerjayanya di US Vogue pada tahun 1945 di mana dia mengikat kontrak untuk $7.95 dollar sejam. Dia pernah berkhidmat untuk Salvador Dali ketika dia hanya berusia 13 tahun.
Hari ini, pada usia 80 tahun, dia masih bekerja sebagai model di pertunjukan Alberta Ferretti's Pitti Uomo dan persembahan Adrienne Vittadini Lincoln Center awal tahun ini.
Dalam 66 tahun kerjayanya, Carmen telah menghiasi majalah Vogue enam kali, 14 kempen kosmetik, dan pernah difoto oleh Richard Avedon, Irving Penn, Cecil Beaton dan beberapa lagi.
Sementara itu, rekod model professional paling tua pula dipegang oleh Daphne Selfe (UK), yang berusia 82 tahun pada Julai 2010.
[World Records Academy]
Hmmm.. Masih cantik walaupun dah berumur. Yang pasti nenek ni dah tak boleh memperagakan baju2 yang seksi2 lagi.
BalasPadamTapi boleh ke dia buat catwalk tu yer? Selalu nya umur begini jalan dah tak kuat dan dah membongkok..
Haizzzz.. macam2 gelagat dunia ni..