Antara motosikal terbaru yang dipamerkan di Muzium Harley Davidson ialah motosikal yang diperbuat dari kulit keseluruhannya, buatan Jepun.
Ia sebenarnya ialah replika dengan skala 3/4 yang melibatkan 20 orang tukang dari Jepun yang mahir dalam produk-produk yang diperbuat dari kulit.
Kenderaan bertayar tiga yang diberi nama 'Project K' juga ada dipamerkan. Kenderaan itu dicipta dalam tahun 1980an ketika syarikat Harley Davidson membuat eksperimen kenderaan kacukan motosikal dan kereta.
Project K
Harley-Davidson mempunyai 500 kenderaan dalam arkibnya, serta 150,000 gambar dan negatif, 7000 helai pakaian dan aksesori, dan banyak kesusasteraan pemasaran, manual, dokumen perniagaan dan cenderamata peribadi seperti jurnal dan diari.
Arkib itu bertarikh kembali ke waktu syarikat itu bermula pada tahun 1903.
Motor yang diguna oleh pelombong di utara California sekitar tahun 1926
Moto cross dari tahun 1978
Bill Davidson (cicit kepada pengasas bersama Harley-Davidson Motor Company) berdiri di samping motosikal Rikuo
Motosikal model Rikuo adalah motosikal Harley yang pertama dikilangkan di Jepun. Dan banyak lagi motosikal-motosikal keluaran mereka yang akan dipamerkan sehingga 21 Ogos ini di Muzium Harley Davidson, Milwaukee, Wisconsin, AS.
[AOL , AP , Wikipedia]
Muzium Harley Davidson
Harley Davidson XLA, era Perang Dunia Kedua, inspirasi dari model BMW
Logo Harley Davidson
[AOL , AP , Wikipedia]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)