Berita Terkini

Jumlah mayat yang tidak dituntut di hospital kerajaan makin meningkat

KUALA LUMPUR 20 Jun - Jumlah mayat yang tidak dituntut di rumah mayat hospital kerajaan seluruh negara menunjukkan peningkatan iaitu 304 mayat pada tahun lalu berbanding 299 pada 2006.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, daripada jumlah tahun lepas itu, 195 mayat lelaki dewasa, 58 mayat perempuan dewasa dan 51 mayat bayi berumur kurang dari setahun.

"Paling banyak mayat yang tidak dituntut pada 2010 ialah di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu iaitu 60," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata, pada 2006, 202 mayat lelaki dewasa, 43 perempuan dewasa dan 54 mayat bayi tidak dituntut.

"Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur yang paling banyak mayat tidak dituntut pada tahun itu iaitu sebanyak 98," katanya.

Bagi mayat yang tidak dituntut, ia akan dikendalikan mengikut agama atau kepercayaan si mati, sama ada diserahkan kepada pihak Jabatan Agama Islam atau persatuan agama si mati untuk pengendalian dan pengurusan terakhir.

Liow berkata, sekiranya terdapat permohonan, mayat-mayat yang tidak dituntut akan diserahkan kepada pihak institusi pengajian tinggi tempatan bagi tujuan pengajian dan penyelidikan perubatan.

[Bernama]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (56) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.