Berita Terkini

Jenayah perdagangan di Malaysia meningkat 168% dalam 6 tahun

Jenayah perdagangan
PUTRAJAYA 8 Jun – Jenayah perdagangan meningkat 168 peratus kepada 24,023 kes pada 2010 melibatkan kerugian RM917,928,978 dari 8,952 (kerugian RM799,059,968) pada 2005, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini.

Jenayah perdagangan ini melibatkan penipuan, pemalsuan, pecah amanah, penggelapan harta dan pengubahan wang haram yang jelas mengancam ekonomi negara, kata Ismail dalam ucaptama di Persidangan Antarabangsa mengenai Penjenayahan Kewangan (ICFC) 2011 di sini.

Persidangan dua hari itu anjuran bersama Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI) dan Persatuan Pakar Anti-Pengubahan Wang Haram Bertauliah (ACAMS) dengan tema “Pengurusan Risiko Penipuan, Akauntabiliti Islam dan Anti-Pengubahan Wang Haram”.

Ismail bagaimanapun yakin dengan penubuhan Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID) sebagai sebuah jabatan penuh, kes-kes jenayah perdagangan telah dapat ditangani dengan lebih profesional dan ramai penipu dihadapkan ke mahkamah.

Sehingga ini, Ismail berkata, PDRM telah berjaya menyiasat 244 kes pengubahan wang haram di bawah Akta Pengubahan Wang Haram 2001 (Akta 613) dan menerima beberapa laporan dari Bank Negara Malaysia mengenai transaksi yang mencurigakan.


[Utusan Malaysia]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.