Ahad, 26 Jun 2011

Herba-herba untuk melegakan batuk

Limau nipis, halia, biji pala, daun mint dan kencur seringkali disebut-sebut sebagai pelega batuk alamiah yang boleh didapati secara mudah dari dapur rumah. Namun, benarkah ubat-ubatan herba ini berkhasiat untuk melegakan batuk?

"Jika ubat-ubatan herba diramu secara semulajadi tanpa tambahan bahan kimia, tidak akan menimbulkan kesan sampingan dan selamat untuk dimakan," ujar Ahli Herba dari Pusat Kajian Ubat Bahan Alam Jabatan Farmasi Universiti Indonesia, Prof.Dr. Sumali Wiryowidagdo, APT, di Jakarta.

Untuk itu ketahui bahan-bahan herba apa saja yang bisa bermanfaat meredakan batuk. Ini empat bahan yang boleh anda gunakan.

1. Halia (Zingiber Oficinale Roscoe): berkhasiat melegakan kembung (karminativa), anti-inflamasi, analgesik atau pereda sakit akibat batuk dan berkhasiat sebagai antipiretik. Kandungan minyak atsiri di dalamnya yang mengandungi terpenoid zingiberol, gingerol dan shogaol, telah diteliti dan diuji berkhasiat menyembuhkan batuk.

Halia

2. Kencur (sejenis halia juga) (Kaempferia galanga L): boleh langsung diambil dengan cara dikunyah dalam mulut setelah dibersihkan atau diparut dan diambil air perahannya untuk dimakan. Selain melegakan batuk, kencur juga boleh mengawal rasa sakit, menurunkan tekanan darah dan bermanfaat sebagai ubat influenza.

Kencur - Foto kredit:  lucnix.be

3. Ekstrak limau nipis (Citrus aurantifolia Swingle): tidak hanya bermanfaat sebagai pereda influenza, tapi juga berkhasiat untuk meredakan sakit perut, mengatasi mual dan menyembuhkan batuk. Kandungan senyawa eriocitrocide di dalamnya, juga berkhasiat mengurangkan ketegangan otot, termasuk meregangkan otot-otot tekak.

Limau nipis

4. Ekstrak biji pala atau minyak biji pala (Myristica fragrans Houtt): biasa dimakan dalam bentuk manisan pala. Ketika diambil, seringkali menimbulkan rasa mengantuk sehingga berkhasiat menimbulkan sensasi menenangkan (sedativa).

Biji Pala - Foto kredit: herbalgout.com

Prof. Sumali menyarankan agar pesakit gastrik tidak meemanfaatkan limau nipis sebagai pelega batuk. Itu kerana sifat asam padanya boleh memburukkan keadaan gastrik.

Namun, jika terpaksa juga mengambil limau nipis, untuk menghilangkan rasa asamnya, boleh menambah sedikit kapur, madu atau kicap dalam ramuan jeruk nipis. Cara ini boleh mengurangkan rasa asam dan lebih selamat diambil bagi pesakit gastrik.

"Tambahan-tambahan ini boleh membuat ramuan lebih mudah diminum dan membuat rasa ramuan herba lebih enak tapi tidak mengurangkan khasiatnya," kata Prof. Sumali.

Lalu, untuk herba yang diproses dengan cara tradisional seperti direbus, harus diperhatikan cara mengolahnya agar kandungan senyawa aktif yang bermanfaat di dalamnya tidak hilang. Disyorkan, untuk merebus dengan menggunakan teknik yang betul.

"Jika ingin disediakan dengan cara direbus, seperti air halia, akan lebih baik menggunakan periuk seramik atau yang diperbuat dari stainless. Ini penting agar kandungan senyawa aktifnya tetap bertahan dan tidak hilang, "ujar Prof. Dr. Leonardus Broto Sugeng Kardono, Ahli Ekstraksi Bahan Alam dari Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI).


[Diolah dari Waspada Online]


p/s: Setakat ini , ubat batuk yang paling mujarab dan cepat lega bagi saya ialah bawang putih. Bawang putih boleh digoreng atau dibakar, terpulang pada anda. Mahu makan mentah pun bagus, asalkan kunyah hingga lumat agar ia berlumuran dalam tekak. InsyaAllah cepat lega :)


Herba-herba untuk melegakan batuk , Cara mengurangkan batuk dengan herba

1 ulasan:

  1. Setakat ini , ubat batuk yang paling mujarab dan cepat lega bagi saya ialah bawang putih. Bawang putih boleh digoreng atau dibakar, terpulang pada anda. Mahu makan mentah pun bagus, asalkan kunyah hingga lumat agar ia berlumuran dalam tekak. InsyaAllah cepat lega :)

    BalasPadam

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.