Ahad, 26 Jun 2011

Kamera yang boleh 'shoot dulu fokus kemudian'

Syarikat yang bernama Lytro akan mengeluarkan kamera yang boleh shoot dulu dan fokus kemudian (Shoot now, focus later) dalam komputer. Tak perlu susah-susah cari fokus masa pegang kamera dan tak perlu risau jika fokus 'blur' masa ambil gambar.

Pengasas dan CEO Lytro ialah Ren Ng, 31. Mungkin kamera ini akan menggugat kedudukan syarikat-syarikat pengeluar kamera lain kerana fungsi fokus kemudiannya memang sangat mengujakan dan sangat-sangat membantu untuk memudah dan mempercepatkan kerja.

Kamera ini menggunakan teknologi 'light-field', yang bukannya mengambil gambar biasa iaitu cahaya memukul sensor, ia memisahkan sinar cahaya untuk merekod ciri-ciri masing-masing. Dengan cara itu ia boleh mengubah fokus selepas itu, membuatkan apa yang pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Lytro berkata adalah "gambar yang lebih berkuasa."

Kamera digital dengan teknologi baru ini mungkin akan keluar lewat tahun ini.



[ABC News , The New York Times]


Contoh edit fokus pada gambar Lytro



Sila klik pada mana-mana tempat dalam gambar untuk fokus

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.