Seorang budak sekolah dari Whyteleafe, Surrey, England telah mencipta sebuah loceng yang boleh perbodohkan pencuri sehingga percaya bahawa seseorang ada dalam rumah yang kosong.
Smart Bell, direka oleh Laurence Rook, 13 tahun, akan mendial telefon pemilik rumah jika ditekan, yang membolehkan mereka untuk bercakap dengan sesiapa pun yang berada di luar pintu depan rumah mereka.
Alat itu juga menghasilkan sejumlah kecil 'white noise' untuk memberikan tamu yang tak diundang kesan seperti kononnya mereka berbicara dengan seseorang di dalam rumah menggunakan sistem interkom.
Penemuan itu, yang menggunakan kad SIM 'built-in' dan teknologi telefon mobil sedia ada, juga akan membolehkan pemilik rumah untuk memberikan arahan kepada pemandu supaya membuat penghantaran di rumah mereka.
Laurence telah menjual 20,000 unit kepada gergasi telekomunikasi Commtel Innovate dan sedang menyelesaikan perjanjian dengan sebuah syarikat kedua yang tidak disebutkan namanya untuk 25,000 unit lagi.
Apabila perjanjian itu ditandatangani nanti, akan bertambah lah hartanya sebanyak £250,000 lagi.
[Dailymail.co.uk]
Nanti apabila pencuri-pencuri sudah tahu kegunaan Smart Bell, mungkin perlu difikirkan cara untuk upgrade alat itu pula. Walaupun pencuri mungkin tahu, tapi sekurang-kurangnya mereka was-was dan ketakutan juga, daripada tidak ada langsung sistem begini.
Kreatif sungguh Laurence, kecil-kecil lagi dah invent alat yang canggih dan berguna pada masyarakat. Semoga orang-orang kita juga akan semakin kreatif dan dapat berjasa pada masyarakat, bukan kreatif pada hal-hal yang semakin menyusahkan masyarakat seperti merempit, hisap dadah, meragut dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)