Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

» » » » » Tidak haram isteri bantu tanggung belanja rumah

Berikut adalah soalan yang diajukan kepada Dr Abdul Salam dalam ruangan Fikrah Dr Salam yang saya petik dari Harian Metro.


Soalan: Benarkah rakan saya mengatakan haram jika seorang isteri menanggung sebarang kos perbelanjaan seperti makanan dan pakaian kerana itu menjadi tanggungjawab suami sepenuhnya.

Alhamdulillah pendapatan saya lebih besar daripada isteri cuma perbelanjaan keluarga kami kongsi bersama. Bagaimanapun, saya masih menanggung sebahagian besar perbelanjaan seperti ansuran rumah dan kereta, pakaian, persekolahan anak-anak, pembantu rumah, insurans dan perubatan.

Isteri pula mengeluarkan perbelanjaan untuk keperluan dapur serta makanan termasuk susu anak.

Minta Dr beri penjelasan mengenai perkara terbabit.


Zainal, Perak


fikrah dr salam
Jawapan: Islam menetapkan kewajipan suami isteri antaranya, suami wajib menyediakan nafkah kepada isteri dan anak berbentuk makanan dan minuman, tempat kediaman, pakaian serta perubatan.

Dalam keperluan memberi nafkah, ia hendaklah bergantung kepada kemampuan suami. Sementara isteri wajib melayan suami sepenuhnya di samping memenuhi tanggungjawab lain, sesuai dengan kedudukannya sebagai isteri dan ibu.

Islam menghendaki suami bekerja untuk menanggung anak dan isteri. Apabila suami bekerja, isteri pula menguruskan rumah tangga dan anak termasuk menjaga makan dan minum serta melakukan kerja rumah.

Itulah pembahagian kerja yang adil antara suami isteri. Isteri tidak boleh bergoyang kaki menunggu suami. Isteri perlu menyumbang usaha membangunkan rumah tangga supaya bahagia dan selesa.

Perkara berkenaan dibuktikan apabila puteri Rasulullah s.a.w, Fatimah al-Zahra iaitu isteri Saidina Ali bin Abu Talib melakukan kerja rumah seperti memasak, membakar roti dan mengisar tepung hingga diriwayatkan tangannya menjadi pecah-pecah.

Oleh kerana kerja rumah sangat berat, Fatimah dan suaminya pernah mengadu kepada Nabi s.a.w supaya mengizinkannya mendapatkan pembantu rumah.

Tetapi Nabi s.a.w menyuruh Fatimah terus melakukan kerja itu dan tidak pula menyuruh Ali melakukan kerja rumah atas tanggungjawabnya sebagai suami.

Pada hari ini, ramai pasangan suami isteri bekerja. Keadaan itu ada kalanya menyebabkan urusan rumah tangga tidak sempurna. Kebanyakan keluarga memilih untuk mempunyai pembantu rumah sementara anak pula dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak.

Mengenai pendapat kenalan anda itu, ia sama sekali tidak benar dan keterlaluan jika ada menyatakan haram jika isteri membayar kos barang makanan dan keperluan lain.

Islam membenarkan isteri membayar secara sukarela, lebih-lebih lagi apabila dia mempunyai pendapatan sendiri. Tidak adil jika semuanya ditanggung suami seorang diri. Dalam keadaan ini, sudah tentu perkongsian yang adil perlu dirancang.

Saya berpendapat, apa yang anda lakukan sudah memenuhi tanggungjawab. Cuma kita tidak mahu berlaku isteri menuntut sesuatu perkara yang berlebihan hingga menzalimi suami.




Maka para isteri yang bekerja jangan banyak songeh lah menyerahkan tanggungjawab mencari nafkah dan belanja rumah kepada suami semata-mata, kerana masing-masing ibarat satu syarikat. Elakkan lah dari menuntut apa-apa belanja yang suami tidak mampu keluarkan. Tengok kemampuan suami setakat mana.

Dan suami pula mesti faham lah jika isteri sudah bekerja di luar rumah dan balik rumah mesti penat juga. Jika ada orang gaji tu, maka suruh orang gaji lah yang buatkan air minuman ke dan sebagainya. Kemudian masing-masing mesti pandai-pandai lah tolong-menolong membuat kerja-kerja rumah.

Walaubagaimana pun, tanggung jawab sebagai ketua rumah masih di bahu suami, dan suami yang akan menanggung dosa isteri jika isteri buat salah sedangkan suami tidak tegur walaupun sudah melihatnya.  Sebaliknya isteri tidak akan menanggung dosa suami walaupun suami buat salah di depan matanya. Isteri hanya sunat menegur suami, bukannya wajib.

Oleh itu kasihanilah suami anda wahai para isteri ya, semoga dengan itu anda akan mendapat lebih lagi kasih sayang dari suami, insyaAllah. Orang lelaki ni kalau dibelai dan dijaga hatinya dengan baik, insyaAllah dia akan lebih penyayang dari seorang wanita.  Melainkan kalau perangai dia memang dah teruk, tambah lagi imannya pun bermasalah. Maka itu kena guna alternatif lain pula lah, mesti lembutkan hati dan kuatkan iman dia dulu. Kerana itu lah jika mahu berkahwin, agama lah yang pertama sekali mesti dititik-beratkan.  

Dan ingatlah, suami atau isteri anda itu ibarat permata, jika selalu diusap maka akan berkilat lah ia, tetapi jika dibiarkan, lama kelamaan ia akan berdebu.  :)


«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

1 komen:

  1. Jikalau sang isteri rela membantu dengan ikhlas, tidak salah rasanya. Lagipun untuk kemaslahatan keluarga jugak. Buat kata orang dolu2 yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjit. Tak gitu Pak Unik?

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (8) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (109) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (162) Time lapse (39) Timur Tengah (175) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (291) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)