Berita Terkini

Syabas kepada Polis Johor kerana perluaskan Pasukan Ronda Berbasikal

Syabas diucapkan kepada Polis Johor kerana mengambil langkah bijak dengan memperluaskan lagi Pasukan Ronda Berbasikal.

Bagi saya, ini bukan sahaja sesuai untuk menurunkan kadar jenayah pecah rumah, samun dan seumpamanya seperti yang dilaporkan, tetapi juga dapat menjimatkan minyak. Jika asyik-asyik dihantar kereta peronda dan motosikal peronda, minyak pun banyak mesti digunakan.

Saya syorkan juga agar pasukan Polis menggunakan kuda sebagai salah satu alat pengangkutan, terutamanya jika meronda di kawasan pantai. Seperti mana yang ada digunakan di Britain, Perancis, Itali dan beberapa negara lain lagi. Jenayah boleh dikurangkan, minyak pun jimat.

Begitu juga boleh dipertimbangkan untuk mengimport atau merekacipta sendiri motosikal berkuasa solar.

Polis Johor perluas ronda berbasikal

JOHOR BAHARU 26 Mei - Pasukan Ronda Berbasikal yang diperkenalkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan dua bulan lepas akan diperluaskan di seluruh negeri, kata Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Beliau berkata, langkah itu diambil berikutan kejayaan program perintis pasukan itu dalam menurunkan kadar jenayah pecah rumah dan samun di kawasan perumahan.

"Rondaan yang dilakukan oleh 25 anggota berbasikal IPD Johor Baharu Selatan bermula pada pukul 12 malam sehingga 7 pagi. Hasilnya, sebagai contoh, dalam tempoh dua bulan ini kita dapat lihat kadar jenayah pecah rumah dan samun di kawasan Perjiranan 10, Bandar Datuk Onn di sini, menunjukkan penurunan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. [Bernama]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.