Berita Terkini

Perenang tanpa kaki dan tangan ingin berenang merentasi lima benua

Perenang tanpa kaki dan tangan
Seorang bangsa Perancis yang memperolehi kemasyhuran kerana berenang di Selat Inggeris tanpa lengan atau kaki (atau dengan kata lain kudung kaki dan tangan) telah mempersediakan dirinya untuk cabaran baru, iaitu menyeberangi lima benua di perairan yang ada ikan jerung, obor-obor beracun, arus sejuk dan kapal kargo.

Philippe Croizon, 43, yang kehilangan kedua-dua lengan dan kaki dalam kemalangan renjatan elektrik 17 tahun lalu, sudah mulai mempersiapkan diri untuk berenang beratus-ratus kilometer di perairan yang menyambungkan lima benua dari Mei hingga Ogos 2012.

"Penyeberangan saya di selat itu adalah mesej harapan dan kehidupan kepada semua rakan saya yang terlibat dalam kemalangan," kata ayah kepada dua orang anak, yang akan didampingi oleh juara renang jarak jauh Arnaud Chassery, 34.

Doktor terpaksa mengamputasi (mengerat) anggota badan Croizon selepas dia terkena renjatan elektrik 20,000 volt pada tahun 1994 ketika dia cuba untuk membongkar antena televisyen dari atap rumah.

Setelah pulih di hospital, dia melihat sebuah filem dokumentari televisyen tentang seorang perenang Selat dan cita-citanya mula lahir. Dia menggunakan kaki palsu khusus dengan sirip untuk membuat penyeberangan.

Di babak pertama, pasangan itu akan berenang sekitar 20 kilometer di Lautan Pasifik memisahkan Wutung, sebuah tempat memancing terpencil di Papua New Guinea ke desa lain pesisir di Indonesia.

Para perenang itu akan menghadapi arus kuat di perairan sana, dikenali sebagai habitat jerung dan obor-obor Irukandji yang sangat beracun yang boleh membunuh seseorang dalam waktu kurang dari 20 minit jika luka sengatan tidak dirawat.

Jika semua berjalan dengan baik seperti yang direncanakan, mereka kemudian akan berenang 25 kilometer pada bulan Jun di Teluk Aqaba dari Jordan ke pantai Mesir.

Bulan berikutnya Croizon dan Chassery akan terus melompat-benua dari Afrika ke Eropah melalui Selat Gibraltar, bersama dengan kapal kargo yang belayar melalui laluan ini.

Acara yang paling memuncak akan disediakan untuk akhirnya, pada bulan Ogos. Selat Bering yang memisahkan Rusia dengan benua Asia - perjalanan-pusingan dari sedozen kilometer di perairan mendekati sifar darjah celcius.


[ABC News]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.