Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

Foto

» » Pelajar menjadikan lorong belakang sebagai sarang seks

Kita boleh tumpang malu saja lah dengan kes sebegini. Sampai ke akhbar luar negara pun siar berita ini, malu lah Malaysia. Ini lah agaknya negara 1Malaysia, satu negara, satu sarang tidak kira perempuan atau lelaki.

Akibat dari banyak sangat pengaruh filem barat dan tiadanya didikan agama yang sempurna dari ibubapa. Dan tidak ketinggalan yang paling utama iaitu Undang-undang negara yang tidak Islamik.

BANDARAYA MELAKA - Menjijikkan apabila sekumpulan pelajar sekolah menengah dikesan menjadikan lorong belakang sebuah pusat komersial di Jalan Gajah Berang, di sini sebagai tempat melampias nafsu mereka sebelum sesi pembelajaran bermula.

Dari sumber peniaga di kawasan terbabit, pelajar terbabit sering berkumpul di kawasan berkenaan seawal 5.30 pagi, sebelum mengambil bahagian dalam aktiviti seks.

Mereka kemudiannya akan ke sekolah masing-masing sebelum sesi persekolahan bermula.

Beberapa peniaga di kawasan terbabit turut mendakwa sering ternampak pelajar berkenaan melakukan kegiatan berkenaan hampir setiap hari semenjak awal tahun ini.

Seorang peniaga yang enggan dikenali mendakwa pelajar dari tiga buah sekolah di kawasan berkenaan sering dilihat terbabit dalam aktiviti tidak bermoral berkenaan.

Menurutnya, seringkali sekumpulan 20 sehingga 30 pelajar akan berkumpul di situ, sebelum mereka merokok dan melakukan aktiviti tidak bermoral.

“Peniaga di sini sudah memberi jolokan lorong ini sebagai Lorong ‘Muhibbah’ kerana pelbagai bangsa pernah dilihat terbabit.

“Kadang-kadang kami merasakan seolah-olah menyaksikan adegan pornografi yang dilakonkan betul-betul di depan mata kami,” katanya.

Seorang pengusaha gerai turut mendakwa pelajar terbabit sering membeli rokok dan minuman keras di sebuah kedai berhampiran.

Apa yang membimbangkan, beberapa pelajar perempuan terbabit pernah menayangkan paket kondom semasa mengunjungi kedai minumnya.

“Bila ditanya, apa yang hendak mereka lakukan dengan kondom itu, mereka sekadar menjawab untuk ditiup menjadi belon,” katanya.

S:ementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pendidikan, Belia dan Sukan, Datuk Gan Tian Loo ketika dimaklumkan mengenai dakwaan itu, melahirkan rasa kecewanya di atas sikap pelajar terbabit.

Menurutnya, beliau akan mendapatkan kerjasama jabatan dan agensi terbabit untuk menangani masalah ini sebelum ianya merebak.

“Saya sepatutnya bertemu sekumpulan pelajar esok (hari ini) untuk menangani masalah gengsterism, kini timbul pula masalah baru yang saya rasa tidak kurang teruknya dan mesti ditangani segera,

“Sesungguhnya saya amat terkejut dengan apa yang berlaku ini. Nampaknya budaya timur kita sudah tercemar dengan perkara songsang ini seawal di peringkat sekolah lagi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, polis akan menghantar pegawai perhubungannya ke tiga sekolah terbabit bagi bertemu Guru Besar sekolah terbabit.

“Kita akan menyiasat dakwaan ini dan akan meningkatkan rondaan di kawasan berkenaan,” katanya.


[Sinar Harian]


p/s: Harap maaf, gambar-gambar sudah dibuang kerana menampilkan aurat.

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Kategori

Air terjun (8) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (110) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (162) Time lapse (39) Timur Tengah (175) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (291) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)