Berita Terkini

Betulkah Paderi-paderi di Malaysia mahu jadikan Kristian agama rasmi negara?

Heboh tentang akhbar Utusan Malaysia melaporkan bahawa ada sekumpulan paderi yang berkumpul dan bersetuju untuk menjadikan Agama Kristian sebagai agama rasmi negara ini. Berikut adalah laporan dari Utusan Malaysia.

KDN pandang serius usaha jadikan Kristian agama rasmi

Kementerian Dalam Negeri memandang serius pertemuan paderi dari seluruh negara yang dikatakan membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara selain melantik Perdana Menteri di kalangan penganut agama itu.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau turut terkejut dan sedih dengan pendedahan terbabit kerana dikhuatiri boleh mencetuskan ketegangan serta perbalahan antara kaum khususnya penganut Kristian di negara ini.

Sehubungan itu, beliau memberi jaminan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenainya selain mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak terbabit dalam waktu terdekat ini.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO turut menasihatkan pihak-pihak yang menganjurkan majlis pertemuan itu supaya jangan sekali-kali mempolitikkan sebarang isu berkaitan agama.

“Saya sedih, kerana ada pihak pembangkang yang mempolitikkan agama lain dan mahu menimbulkan kemarahan kalangan penganut kristian. Sebelum ini tak ada langsung.,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Besut di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB) di sini hari ini. [Utusan Malaysia]

Juga dilaporkan dalam akhbar Berita Harian;

Agenda bincang Kristian jadi agama rasmi dipandang amat serius: Hishammuddin

KUALA TERENGGANU: Kerajaan melihat majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan kristian sebagai agama rasmi persekutuan sekali gus melantik perdana menteri di kalangan penganut agama itu adalah sesuatu yang amat serius.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein, berkata apa juga tindakan daripada satu agama akan mengundang reaksi daripada agama lain.

Sehubungan itu katanya, pihak yan terbabit menganjurkan perjumpaan itu haruslah bertanggunjawab termasuk terpaksa berdepan dengan tindakan undang-undang. [Berita Harian]


Perkara ini dijawab oleh Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Lim Guan Eng di dalam Keadilan Daily seperti di bawah;

Dakwaan Kristian agama rasmi politik jahat dan bahaya – Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini menyifatkan laporan muka depan Utusan mendakwa DAP mahu menjadikan Kristian agama rasmi sebagai permainan politik yang jahat danmerbahaya.

“Ini memang satu permainan politik yang jahat dan bahaya. Mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk dapatkan undi. Merekalah anasir yang yang paling jahat dan bahaya di Malaysia sekarang ini,” kata Lim Guan Eng dalam sidang media beliau pagi ini.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini menyiarkan dakwaan kononnya Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menganjurkan satu pertemuan paderi Kristian yang membincangkan agenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan.

Menurut Guan Eng, laporan Utusan itu tidak berkredibiliti kerana ia bersifat spekulasi dan datangnya daripada sumber yang kabur dan tidak boleh dipercayai.

“Perkara ini siapa pun tak akan percaya tapi ia akan dipermainkan. Mereka tak ada bukti dan ia diambil dari blog. Blog mana dan individu mana yang membuat tuduhan itu tidak pula diambil peduli,” kata Guan Eng.

Justeru, satu laporan polis akan dibuat DAP bagi mengekang perkara yang lebih buruk daripada berlaku.

Menurut Guan Eng lagi, sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat DAP sejak dahulu sememangnya sentiasa mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

“Kita dah banyak kali tekankan Islam agama rasmi Malaysia. Kita tidak pernah pertikai perkara ini. Kita tidak pernah desak minta Malaysia jadi negara Kristian, negara Hindu atau pun apa-apa gama lain,” kata Guan Eng.

Pada masa yang sama, kata Guan Eng, Utusan tidak pula menyiarkan laporan yang akan memburukkan nama Barisan Nasional walau pun peristiwa yang berlaku itu menjejaskan keharmonian kaum dan beragama.

“Mereka tidak siarkan Gerakan menghentam kerajaan Pulau Pinang kerana kita bagi lebih peruntukan untuk hal ehwal Islam. Kalau dia adil, dia akan siarkan Gerakan hentam kerajaan negeri Pulau Pinang. Mintalah orang Cina buat demo depan pejabat Gerakan. Mereka tak akan buat,” kata Guan Eng. [Keadilan Daily]

Nampaknya pihak yang sengaja mencetuskan kontroversi ini masih tidak belajar dari sejarah Peristiwa 13 Mei. Adakah demi kerana merebutkan kuasa politik sanggup untuk menggadai keamanan sebuah negara? Hanya kerana ianya disebut dalam 2 buah blog tidak semestinya ia adalah agenda mereka lagi untuk berbuat demikian. Lagi pun blog-blog tersebut ialah blog pro-BN.

Tambah lagi ia telah dinafikan sendiri oleh Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang hadir sendiri ke majlis pertemuan dengan paderi-paderi itu. Dan mengapa Dato' Seri Hishamuddin cepat menuduh kepada pihak pembangkang yang terlibat dalam hal ini?  Itu masalah yang aneh dan peliknya.

Adakah UMNO mahu menjadi kononnya hero atau pembela kepada Islam dengan mengutarakan dakwaan sebegini? Sedangkan pihak yang dituduh tidak pun mengaku dan tidak ada bukti kukuh pun. Maklum lah, pilihanraya pun sudah dekat.

Menurut Jeff Ooi, wakil rakyat DAP itu lagi, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister, George Town sebagai tetamu.  Maka mengapa dikaitkan isu tersebut dengan parti politik secara umum?  Siapa yang mempolitikkan agama sebenarnya sekarang ini?

Ketua pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim mewakili Pakatan Rakyat menafikan juga tuduhan tersebut. Berikut adalah kenyataan beliau di dalam blognya.

Utusan sekali lagi bertindak melampui batas, mereka kini telah menghempas tanggungjawab selaku pengamal media demi tunduknya mereka kepada adikuasa. Amat malang bagi rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan apabila saban hari disogok dengan berita fitnah dan hasutan.

Isu agama rasmi bagi Negara ini menjadi sasaran terbaru aparat pemerintah,manakala Utusan tanpa rasa malu telah menidakkan fakta yang terbentang didepannya dengan berterusan memutar belit fakta bertujuan mengelirukan rakyat. Sudah dinyatakan sebelum ini,bahkan ianya merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani oleh semua pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Islam tetap kekal sebagai agama rasmi di Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada masa hadapan.

Jelaslah bahawa Utusan tidak layak untuk digelar selaku akhbar arus perdana, ianya hanya layak menyandang gelaran ‘Tabloid UMNO’ sesuai dengan kenyataan bahawa Parti tersebut merupakan pemegang saham sekaligus merupakan majikan mereka. Amat sedih melihat akhbar yang diasaskan oleh para pejuang pembebasan tanahair dahulu telah dirantai oleh manusia-manusia rakus kuasa zaman ini.  [anwaribrahimblog.com]

Adalah diharapkan agar pihak UMNO memohon maaf dan menarik kembali tuduhan tersebut sebelum ianya menjadi kemarahan umat Islam dan juga umat Kristian. Perkara ini masih boleh dibincangkan dan diselesaikan dengan cara berhikmah insyaAllah.


5 ulasan:

  1. kalau isu ini adalah fitnah yang dibuat oleh BN,bukan pakatan rakyat sudah beberapa kali membuat fitnah!..jika perkara tersebut datang dari BN semuanya adalah fitnah kononnya dan jika datang daripada pakatan rakyat semuanya benar.seperti biasa penafian oleh BN dicop sebagai penipuan manakala penafian oleh pakatan rakyat itulah yang benar..

    BalasPadam
  2. Jika ingin bercakap tentang FITNAH, BN sudah tidak terbilang dengan FITNAH nya, dari dulu kini dan selamanya dah :) Dan tidak mustahil dari pembangkang pun ada fitnah. Masing-masing perlu tanggung dosa jika SENGAJA membuat fitnah.

    Tetapi isu ini kita bincangkan tentang isu ini sahaja. Mengapa hal ini sengaja ditimbulkan dekat dengan pilihanraya? begitu juga isu video Anwar dsbnya?

    Pokoknya sekarang, isu-isu yang amat sensitif ini SENGAJA ditimbulkan hanya kerana mahu meraih UNDI, tanpa mengira KEAMANAN negara. Jika benar sekali pun, mengapa Dato' Hishamuddin cepat membuat kenyataan ianya adalah tindakan pembangkang, sedangkan isu ini bukannya isu remeh? :)

    BalasPadam
  3. Jika ingin bercakap tentang FITNAH, BN sudah tidak terbilang dengan FITNAH nya, dari dulu kini dan selamanya dah :) Dan tidak mustahil dari pembangkang pun ada fitnah. Masing-masing perlu tanggung dosa jika SENGAJA membuat fitnah.

    Tetapi isu ini kita bincangkan tentang isu ini sahaja. Mengapa hal ini sengaja ditimbulkan dekat dengan pilihanraya? begitu juga isu video Anwar dsbnya?

    Pokoknya sekarang, isu-isu yang amat sensitif ini SENGAJA ditimbulkan hanya kerana mahu meraih UNDI, tanpa mengira KEAMANAN negara. Jika benar sekali pun, mengapa Dato' Hishamuddin cepat membuat kenyataan ianya adalah tindakan pembangkang, sedangkan isu ini bukannya isu remeh? :)

    BalasPadam
  4. kalau isu ini adalah fitnah yang dibuat oleh BN,bukan pakatan rakyat sudah beberapa kali membuat fitnah!..jika perkara tersebut datang dari BN semuanya adalah fitnah kononnya dan jika datang daripada pakatan rakyat semuanya benar.seperti biasa penafian oleh BN dicop sebagai penipuan manakala penafian oleh pakatan rakyat itulah yang benar..

    BalasPadam
  5. Kristian tidak pernah membawa umat islam masuk kristian.Ini kerana kami tidak mahu mengeruhkan keadaan sebab ramai penganut agama islam yg terlalu taksub.cuit sikit saja dah pedajal orang kristian,kafir lah dsbnya.yg datang tu ialah orang islam yg telah sedar dan dengan relahati sendiri masuk kedalam agama kristian.kami tak pernah memaksa mereka.Tetapi dalam islam,terlalu banyak pemaksaan yg dilakukan.bayangkan kalau orang sudah putus asa dgn islam dan ingin keluar,pihak berkuasa sanggup menahannya samada dengan penjara atau denda wang ringgit.kalau yg sudah mati tapi dikuburkan di perkuburan bukan islam,mereka sanggup mengoreknya dan menguburkannya di perkuburan islam.semua ini saya pernah saksikan sendiri.Bagaimanapun bagi saya,agama adalah kehendak kita masing2 bukannya ditentukan oleh pegawai agama atau orang lain.kalau rasa agama itu baik untuk anda teruskan.kalau tak ,lebih baik keluar kerana itu hanya merosakkan nama agama itu sendiri.Peringatan : jangan pandai2 cop saya sebagai anti islam.dalam keluarga saya ada berbilang agama.adik saya 2 orang beragama islam tapi kami tetap saling menghormati antara kami.Kenyataan saya itu hanya membalas apa yg selama ini dilaung-laungkan oleh manusia taksub.biarlah kiamat yg akan menentukan nasib kita dialam barzah.Amen.

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.