Berita Terkini

Kenyataan terkini Anwar Ibrahim tentang saham bumiputera dan video seks

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya pada Ahad malam di Kota Belud, Sabah, sekali lagi menimbulkan persoalan ke mana saham bumiputera berjumlah RM52 bilion yang dilesapkan kerajaan Umno-Barisan Nasional, lapor KeadilanDaily.

DSAI kesal dengan Umno dan Utusan Malaysia yang kononnya memperjuangkan Melayu dan Islam tetapi masih membisu mengenai isu kehilangan saham tersebut yang kini hanya berbaki sebanyak RM2 bilion.

“Akhbar ini (Utusan Malaysia) tuduh saya dan Tuan Guru Haji Hadi dan Tok Guru Nik Aziz sebagai alat Cina, tapi mereka membisu berhubung kehilangan saham Umat Islam, Melayu dan Bumiputera. Dulu saham ini bernilai RM54 bilion sekarang hanya tinggal RM2 bilion sahaja."

Isu RM54 bilion yang diagihkan untuk orang Melayu di bursa saham telah ‘hilang’ dan kini hanya berbaki sebanyak RM2 bilion mula ditimbulkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Mac 2010.

Anwar dalam ucapannya berkata, Umno bukan sahaja gagal menjawab isu itu, tetapi cuba mengalihkan perhatian dengan memfitnah Pakatan Rakyat bahawa parti dalam gabungan itu cuba menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan perdana menteri di kalangan bukan Melayu.

“Orang tanya saya (mengenai isu ini dan saya jawab). Saya Orang Islam. Aktif dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim). Malah, semasa dalam kerajaan saya mempelopori penubuhan Universiti Islam Antarabangsa (UIA)."

“Semasa menjadi Menteri Pendidikan, kursus guru-guru, kita terapkan dengan Qiamullail, kuliah Subuh. Perkara itu berlaku bukan sekarang, tetapi kita terap dan suburkan di Malaysia semasa (saya) menerajui Kementerian Pendidikan,” katanya.


Isu video seks

Laporan terkini dari MalaysiaKini pula berkenaan isu video seks, Anwar menyifatkan isu berhubung video lucah itu tetap melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan beliau tidak akan memberi laluan mudah kepada perdana menteri itu.

Anwar juga berkata, teka-teki mengenai identiti sebenar individu dalam video berkenaan juga tidak menggusarkannya, namun perkara itu tetap juga bersarang di fikirannya.

Anwar sekadar berkata, polis mengambil risiko besar sekiranya menamakan beliau sebagai individu berkenaan. "Saya fikir (polis) mengambil risiko besar jika mereka bertindak begitu", kata DSAI.

Selain itu, Anwar juga mengakui bahawa beliau pernah bertemu dengan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, lama sebelum ahli perniagaan itu bertindak mendedahkan video berkenaan pada Mac lalu.

Eskay disifatkan Anwar sebagai seorang individu dalam pasukan Tun Dr Mahathir manakala pertemuan berkenaan, pada 1998, telah diatur oleh seorang lagi orang kuat Mahathir – Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.

Pertemuan berkenaan adalah berhubung projek jambatan baru untuk menggantikan Tambak Johor yang kemudiannya menemui kegagalan di bawah pentadbiran perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pembatalan projek berkenaan juga merupakan salah satu punca permusuhan di antara Mahathir dan Abdullah. Anwar bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas sama ada isu melibatkan projek berkenaan merupakan punca rakaman video berkenaan ditimbulkan.

Apabila ditanya mengapa dia marah kepada wartawan (hingga dikatakan sampai menyebabkan wartawan wanita itu menangis) yang mempersoalkan tentang jam tangan Omega,  katanya , "Jika saya tuduh anda buat hubungan seks setiap malam, adakah anda berasa gembira atau marah? "

DSAI pun adalah seorang manusia biasa, tuduhan yang bertubi-tubi seperti peluru 'machine gun' juga adakalanya dapat menghilangkan kesabaran juga.  Cuba bayangkan anda sendiri hari-hari dituduh melakukan zina atau liwat.

Isu video seks ini bukan sahaja timbul di Malaysia, tetapi juga di beberapa negara lain terutamanya apabila musim pilihanraya umum hampir menjelma.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.