Berita Terkini

Jamal Abdillah galakkan artis berniaga

Bagus juga nasihat abang Jamal (atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah bin Haji Ali) kita ni, seperti mana yang dilaporkan dalam akhbar mStar Online hari ini. Kerana bukan semua artis mendapat bayaran yang tinggi. Dan bukan semua artis akan mahal sahamnya hingga ke tua.

Kebanyakannya, akan jatuh saham dan tidak laku lagi apabila usia sudah meningkat dan dikira tidak komersial lagi. Almaklum lah, syarikat-syarikat yang mereka jadikan sebagai tempat kerja itu kebanyakannya hanya memikirkan keuntungan.

Raja pop, Jamal Abdillah, 52, menyarankan agar artis-artis tempatan memulakan perniagaan sebagai jaminan masa depan.

Menurut Jamal, kebanyakan artis muda masih lagi tidak memikirkan tentang masa depan sedangkan mereka tahu karier sebagai artis belum tentu boleh menjamin masa depan.

"Memang ada segelintir artis yang bergiat aktif dalam perniagaan. Saya rasa, artis muda juga perlu berbuat demikian.

"Sekurang-kurangnya, apabila sudah tua nanti, mereka tidak perlu bekerja keras seperti di zaman muda memikirkan soal pendapatan hidup," katanya.

Tambah Jamal, menerusi perniagaan juga, para artis juga tidak perlu bersusah payah meminta bantuan kewangan daripada mana-mana badan persatuan apabila usia lanjut nanti seperti yang dilalui oleh beberapa artis veteran tempatan.

Dalam pada itu, Jamal bukan sahaja membabitkan diri pada sebuah perniagaan sahaja bahkan dia memiliki lebih kurang empat jenis perniagaan.

Antara perniagaan yang diceburinya ialah ternakan ikan perhiasan Arowana di Bukit Merah Lake Town, Perak, untuk dieksport ke luar negara seperti Jepun, Hong Kong, China, Taiwan dan Kanada.

Selain itu, Jamal turut menceburi perniagaan di bidang kecantikan D'Jas, pembekalan alat tulis dan yang terbaru, penyanyi itu mula menjadi agen pembekal emas menerusi syarikat Serambi Emas.

Bagaimanapun, jika dipanjangkan umur, Jamal Abdillah ingin mengurangkan aktiviti seni nyanyiannya pada usia 55 tahun dan ingin memberi fokus pada perniagaannya sahaja.

Ini kerana, dia percaya, di usia itu, tahap kesihatannya pasti tidak memberangsangkan seperti sekarang.

"Selain untuk bekalan diri, perniagaan juga merupakan jaminan masa depan anak-anak saya.

"Bagaimanapun, saya akan mula perlahankan kerjaya seni saya pada usia 55 tahun agar dapat memberi tumpuan dalam perniagaan.

"Alhamdulillah, sepanjang lima tahun saya bekerja keras dalam perniagaan, adalah sedikit hasil yang boleh disimpan. Mungkin ada yang beranggapan, saya agak ketinggalan kerana bila usia dah lanjut baru nak mulakan perniagaan, saya tak kisah," ujarnya. [mStar Online]

Lagi pun perniagaan adalah salah satu kerja sunnah, dan amat digalakkan dalam Islam. Asalkan berniaga dengan amanah, kemudian mengelakkan dari perkara-perkara yang ternyata haram, makan riba, mengurangkan sukatan, rasuah, menipu, memeras ugut dan beberapa lagi.

Dan bagi kaum wanita khususnya, nak jadi artis tu jadi lah, tetapi aurat kena jaga lah elok-elok. Pergaulan antara berlainan jantina pun mesti dijaga dengan baik. Jangan mudah berkepit dengan macam-macam orang.

Kerana antara ahli neraka ialah wanita yang berpakaian tetapi ibarat telanjang. Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya”. (Hadith Riwayat Muslim)

Dan antara sebab turunnya bala ialah kerana para artis disanjung-sanjung dan muzik banyak dimainkan merata-rata.

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: ” Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
Zakat dijadikan hutang.
Suami memperturutkan kehendak isteri.
Anak derhaka terhadap ibunya,
Sedangkan dia berbaik-baik dengan kawannya.
Dia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
Para artis-artis disanjung-sanjung.
Muzik banyak dimainkan.
Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain”. (Hadith Riwayat Tirmizi)

Ya gempa bumi sudah semakin banyak berlaku sekarang. Dan ramai juga yang telah diubah menjadi makhluk lain, seperti mana jika melompat-lompat, meloncat-loncat di atas pentas, di tempat konsert, di disko-disko, itu sudah diibaratkan seperti kera / monyet yang melompat-lompat.

Sesuai dengan maksud dari hadith berikut ini , Daripada Abu Malik Al-Asy’ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum khamar dan mereka menamakannya dengan nama yang lain, (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah s.w.t. akan mengubah mereka menjadi kera atau babi”.  (Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Dan betul lah apa yang nabi kata, bahawa di akhir zaman, umatnya akan meminum suatu yang memabukkan, tetapi dipanggil dengan nama yang lain. Seperti mana yang kita ketahui lah hari ini teramat banyak benda-benda yang memabukkan seperti ganja, heroin, morfin, pil ectasy, pil kuda dan sebagainya lagi. Cuma ianya tidak dipanggil dengan 'arak' sahaja.  Tetapi hukumnya tetap sama iaitu haram dimakan / diminum kerana ianya memabukkan.

Dari mana nabi tahu semua ini akan wujud, jika ianya bukan perkhabaran dari Allah, Tuhan yang menciptakan alam semesta ini?  Fikir-fikirkan , jazaakumullahu khoir  :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.