Berita Terkini

Apakah tanda-tanda seorang manusia yang baik secara umum?

Adakah anda pernah jumpa manusia yang mengaku dia jahat? Ya, jarang-jarang sekali saja kan. Hampir semua manusia akan mengaku dia baik , walaupun dia sudah jauh tersesat sekali pun.

Kerajaan Amerika Syarikat pun mengaku mereka baik, cara mereka sahaja yang betul, kerana itu lah mereka tampil ke hadapan untuk menjadi polis dunia, mengikut akal dan cara mereka semata-mata.

Orang jahat pun ada yang mengaku baik, apa lagi orang yang tidak jahat yang perasan dirinya baik. Maka kalau begitu semua orang adalah baik, tiada lah orang jahat dan orang-orang yang tersesat dari jalan yang benar?

Persoalan mengenai siapa baik tidak akan selesai tanpa kita mengambil petunjuk dari Allah S.w.t. Siapa kita untuk mengatakan kita ini baik jika kita tidak mengikut perintah-perintah dan menjauhi larangan Allah? Siapa kita untuk mengaku kita ini baik jika ilmu agama yang Allah suruh kita belajar pun kita tidak belajar sangat dan membiarkan kita berada dalam kejahilan. Kemudian mengaku diri sendiri baik.

Kita mengaku diri kita baik mengikut ukuran akal kita sendiri semata, itu yang menjadi masalahnya. Siapa kita untuk membuat satu garis dasar bahawa kebaikan itu mesti mengikut kepala kita sendiri? Sedangkan sebagai seorang Islam, kita mesti menggunakan akal fikiran yang Allah kurniakan dengan berpandukan kepada wahyu. Setakat mana kita sudah pandukan akal kita kepada wahyu? Adakah setelah kita tahu sedikit ilmu agama, terus kita mengaku kita sudah khatam tentang kebaikan?

Ukuran kebaikan hanya boleh dinilai apabila kita menepati syariat dan kaedah-kaedah yang diajar dalam Islam. Contoh kita adalah Nabi Muhammad S.a.w , para sahabat yang mulia dan para nabi serta ulama'-ulama' pewaris nabi.

“Sesungguhnya para ulama’ adalah pewaris para nabi. Mereka itu mewarisi keilmuan….” (Hadith Riwayat Bukhari, Tirmizi dll)


Apakah tanda-tanda bahawa seorang manusia itu baik?

“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia sejagat, kamu menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah.” (Surah Aali ‘Imran : Ayat 110)

Itulah tanda asasnya seorang manusia yang baik, iaitu dia sendiri membuat baik dan menyuruh orang lain juga membuat baik, dia mengelak dari membuat jahat dan mencegah orang lain juga dari berbuat jahat, serta dia beriman kepada Allah S.w.t dan menyuruh agar orang lain juga beriman.

Itulah contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.a.w. apalagi baginda juga adalah sebaik-baik manusia, dan baginda diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Sudah tentulah orang yang baik itu, dia akan membuat kebaikan terhadap manusia dan makhluk lain dengan sewajarnya. Dan dia juga ingin orang lain mendapat kebaikan juga dengan membuat perkara baik. Dia tidak ingin kebaikan itu hanya diperolehi oleh dirinya. Dia ingin berkongsi kebaikan dengan semua orang setakat yang dia mampu.

Kemudian dia tidak suka berbuat kejahatan dan maksiat, kerana dia tahu kejahatan dan maksiat akan menyusahkan diri sendiri dan juga orang lain. Dan dia mencegah orang lain dari melakukan kejahatan dan maksiat, kerana tidak mahu orang lain mendapat susah di kemudian hari nanti.

Itu lah kerana kebaikan yang ada di dalam hatinya yang membuatkan dia melakukan sedemikian. Itulah kebaikan yang sebenar, bukannya kebaikan setakat bermulut manis di depan orang, menolong orang dan membuat kebaikan kerana riya' , sedangkan di dalam hati langsung tidak ada perasaan kasih dan sayang sesama saudara.

Orang yang baik dia menyayangi saudaranya seperti dia sayang diri dia sendiri. “Tidak beriman salah seorang di antara kamu hingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Tetapi apa yang kita lihat sekarang, adakah kita menyuruh membuat baik dan mencegah membuat jahat kerana kita sayang saudara kita yang lain? Atapun kerana kita benci, sakit hati, busuk hati melihat kesenangan orang lain? Tepuk dada, tanya iman masing-masing.

Cukupkah dengan kita amar makruf nahi mungkar dengan memaki hamun orang lain? Cukup kah kita sayang saudara kita dengan sentiasa kutuk-mengutuk, fitnah-memfitnah dan bertelagah sesama sendiri?

Kerana itulah hati ini penting untuk disiapkan terlebih dahulu. Segala amalan kita pun bermula dengan niat. Ianya sudah tentu melibatkan soal hati, wangi atau busuk kah hati kita?

"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan setiap orang hanya memperolehi apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang akan dia memperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada apa yang dihijrahkan kepadanya. " (Hadith Riwayat AlBukhari dan Muslim)

“Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa paras dan harta-benda kalian, akan tetapi Dia melihat pada hati dan amalan kalian.” (Hadith Riwayat Muslim)

Hati mesti baik dan amalan mesti berlandaskan syariat.  Jika hati saja baik, tetapi suka minum arak, berjudi, tidak tutup aurat dengan betul, suka fitnah orang dan sebagainya, maka mendatangkan masalah juga di hari muka.  Begitu juga sebaliknya.



Orang yang baik tidak akan membiarkan dirinya tinggal dalam kejahilan

"Sesiapa sahaja yang dikehendaki oleh Allah Ta’ala untuk dianugerahkan kebaikan kepadanya , pastilah Dia akan memberikan kepada orang itu kefahaman di dalam agama. Dan sesungguhnya tiada lain , aku ini hanyalah orang yang mengagih-agihkan harta walhal Allah lah sebenarnya yang memberi. Dan umat ini akan tetap berada di atas perintah Allah. Mereka itu tidak dapat dicelakakan oleh sesiapa sahaja yang menentang mereka sehinggalah datangnya urusan Allah“ (Hadith Riwayat Bukhari ( 71 / 3116 & 7312 ) , Muslim dll)

Hanya orang yang alim dalam ilmu agama Islam lebih mengenali Tuhan dan hanya orang alim yang lebih mengetahui dan faham apa yang disuruh dalam agama. Bukannya orang yang jahil tetapi berlagak alim , kemudian condemn pula ulama'.

Orang yang jahil tetapi berlagak alim boleh menyesatkan manusia dari haluan yang sebenar. Jika dia dapat mempengaruhi manusia, maka manusia selepas itu tidak lagi dapat membezakan mana yang betul mana yang salah. Sebab itu lah kita mesti selalu mendekati dan mendengar kata-kata ulama', agar kita tidak terpesong dan akhirnya terbabas dalam jurang yang membinasakan.

Dan sudah tentu orang yang baik tidak akan membiarkan dirinya terus berada dalam kejahilan, kerana dibimbangi dia akan tersasar dari kebaikan yang hakiki.  Jika tiada ilmu yang betul, dibimbangi dia akan silap menilai kebaikan yang sebenar dan akan tersalah pilih golongan yang akan diikutinya.



Kesimpulannya

Segala amalan yang baik seperti dermawan, tolong-menolong pada kebaikan, amanah, tawadhu', ikhlas, dan sebagainya akan sedaya-upaya dibuat oleh orang yang baik dan kemudiannya menyuruh orang lain pula untuk membuatnya , tidak kedekut ilmu dan mahu kebaikan pada dirinya semata.

Kemudian segala amalan yang jahat seperti rasuah, fitnah, kutuk-mengutuk, mencuri, membunuh, menyimbah asid ke muka orang, makan riba, mengumpat dan sebagainya akan cuba dielakkan dan dia juga akan mencegah orang lain dari melakukannya.

Tetapi semuanya perlu dilakukan secara berhikmah, bukan dengan memaksa orang lain. Amar makruf dan nahi mungkar bukan boleh dibuat dengan memaksa orang , tetapi cuba dengan cara yang paling bijaksana.  Islam datang dengan hujjah, maka marilah kita sama-sama berhujjah berpandukan kepada aqidah, syariat dan ehsan yang betul.

Marilah kita semua cari jalan untuk bersatu, di bawah AlQuran dan Sunnah, bukannya bersatu di bawah ideologi-ideologi lain seperti sosialis, kapitalis, komunis, 1Malaysia, New World Order dan sebagainya.

“Dan berpeganglah kamu semua pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara….” (Surah Aali Imraan : Ayat 103).

Panjang lagi jika mahu dibicarakan tentang tanda-tanda manusia yang baik menurut syariat dan aqidah Islam, tetapi di sini hanya diringkaskan secara umum sahaja.  Iaitu tanda-tanda orang yang baik ialah dia membuat baik dan menyuruh orang lain buat baik,  dia tidak buat jahat dan mencegah orang lain berbuat jahat, serta dia beriman dan mengajak orang lain beriman kepada Allah S.w.t .......  Wallahu a'lam :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.