Berita Terkini

Akhirnya Lee Kuan Yew berundur dari kabinet

Berundur juga akhirnya pak Lee Kuan Yew kita dari kabinet ya. Tetapi ntah akan berterusan ataupun buat sementara sahaja (sementara menguatkan balik parti kerana telah banyak hilang keyakinan dari rakyat), atau hanya secara luaran tetapi dalam diam-diam masih gila kuasa, itu kita tidak tahu lah.

Perdana Menteri pertama Singapura itu memberi sebab kenapa dia berhenti ialah kerana dia ingin memberikan peluang generasi muda pula memimpin. Lee Kuan Yew, 87, telah pernah memerintah di Singapura antara tahun 1959 sampai 1990, kemudian diganti oleh Goh Chok Tong hingga tahun 2004.

Goh yang menjadi wakil Perdana Menteri sekarang juga mengundurkan diri dari posisinya. Dalam pernyataan bersamanya Lee dan Goh mengatakan, "generasi lebih muda ingin lebih terlibat dalam keputusan."

Adalah bagus juga Kuan Yew berhenti terus dan tidak campur tangan lagi, sebelum dia keluarkan kenyataan atau buat tindakan-tindakan alpelik wal aneh bin nyanyuk pula nanti. Dan semoga pakcik Lee kita akan diberikan hidayah oleh Allah S.w.t agar tidak takut lagi kepada Islam, malah berminat untuk mendalami Islam dan menganut agama yang suci ini , amin.

Siapa tahu suatu hari nanti anda akan berjumpa dengan Lee Kuan Yew di dalam masjid berhampiran anda sedang solat berjemaah.......


Kuan Yew, Chok Tong berundur daripada kabinet, rintis laluan bagi pemimpin muda

SINGAPURA 14 Mei — Menteri Mentor Lee Kuan Yew dan Menteri Kanan Goh Chok Tong membuat keputusan untuk berundur daripada Kabinet, sekali gus merintis laluan bagi Perdana Menteri Lee Hsien Loong serta pasukannya mempunyai rekod kerja tanpa apa-apa kesilapan masa silam.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, kedua-dua pemimpin itu berkata: “Kami telah pun mengkaji situasi politik terbaru dan memikirkan bagaimana ia boleh menjejaskan masa depan.

"Kami telah pun memberi sumbangan kepada pembangunan Singapura. Masanya sudah tiba bagi generasi muda untuk membawa Singapura maju ke hadapan dalam situasi yang lebih sukar dan rumit.

"Perdana Menteri dan pasukan pemimpin muda beliau perlu mempunyai rekod kerja tanpa apa-apa kesilapan masa silam. Generasi lebih muda, selain mempunyai kerajaan bebas rasuah dan meritokratik serta menikmati taraf hidup yang tinggi, juga ingin lebih melibatkan diri dalam keputusan yang memberi kesan terhadap mereka,” kata kedua-dua pemimpin itu.

Selepas berakhirnya pilihan raya umum yang menjadi titik perubahan, kedua-dua pemimpin berkata: “Kami membuat keputusan untuk berundur daripada Kabinet dan menyerahkan kepada kumpulan menteri muda sepenuhnya untuk mendekati dan melibatkan diri dengan kalangan generasi muda dalam membentuk masa depan Singapura kita.

"Namun pasukan muda harus sentiasa mengingati kepentingan generasi lebih tua. Generasi yang telah memberi sumbangan kepada Singapura mesti dijaga dengan baik,” kata mereka. [BERNAMA]

3 ulasan:

  1. Dan ada berita yang belum diconfirm bahawa Deputy Prime Minister(DPM) Wong Kang Seng akan dinaik kan ke Senior Minister(SM) bagi menggantikan tempat Goh Chok Tong.Nah. Jika ikut akal tak mungkin Wong Kang Seng melebihi kedudukan Prime Minister(PM) Lee Hsien Loong kan? Adakah PM LHL akan di naik kan ke MM utk mengganti tmpat bapak nya? Tak mustahil klau ikut akal. Tmpat Wong Kang Seng akan diganti oleh Lim Swee Say. Jika ini jadi kenyataan pasti melenting rakyat. Singapura negara yang ceteot. Ape kes perlukan ramai menteri? Tak heran jika nanti ada post baru yang digelar Guru Minister.

    Kita tunggu saja lah drama apa yang bakal dipaparkan. Drama sedih atau drama seram. Ini baru permulaan saja. Pasti ada conspiracy. Kuasa dan duit negara ditangan. Ingat senang2 nak lepaskan begitu saja? Singapura antara negara terkaya dirantau ini. Kekayaan dari hasil human resource aka jerih perih rakyat.

    "The Southeast Asia island is one of the world’s richest countries, but soaring housing prices amid a surge of foreign workers have left poorer Singaporeans struggling".

    Ini lah yang sebenar yang sedang berlaku di Singapura.

    Semuga Allah membantu mereka mendapatkan kerajaan yang adil dan pro rakyat. Bukan yang hanya mementing kan pocket sendiri.

    BalasPadam
  2. Orang terlalu marah sekarang sampai ada yang tulis quote ni:

    This is the story of Harry Lee Kuan Yew,
    Promised us he’ll govern Singapore anew,
    Claimed to be better than Marshall the Jew,
    So to him and the PAP our votes flew,
    Then seemingly he came in as PM the new,
    But soon us S’poreans he started to screw,
    One by one all our rights away he blew,
    Our brave ones disagreed with his view,
    So under the ISA in prison them he threw,
    One such poor soul was Dr. Lim Hock Siew,
    With a hatchet everyone he threatens to slew,
    And in extreme fear of him Singaporeans grew,
    Obscene salaries he and his ministers withdrew,
    Pretending that they are the only brightest few,
    Today life in Singapore is no honey and dew,
    It has become so bad even a gum you can’t chew,
    We now hate Lee and his greedy PAP crew,
    Since all their evils we now already knew.

    BalasPadam
  3. Orang terlalu marah sekarang sampai ada yang tulis quote ni:

    This is the story of Harry Lee Kuan Yew,
    Promised us he’ll govern Singapore anew,
    Claimed to be better than Marshall the Jew,
    So to him and the PAP our votes flew,
    Then seemingly he came in as PM the new,
    But soon us S’poreans he started to screw,
    One by one all our rights away he blew,
    Our brave ones disagreed with his view,
    So under the ISA in prison them he threw,
    One such poor soul was Dr. Lim Hock Siew,
    With a hatchet everyone he threatens to slew,
    And in extreme fear of him Singaporeans grew,
    Obscene salaries he and his ministers withdrew,
    Pretending that they are the only brightest few,
    Today life in Singapore is no honey and dew,
    It has become so bad even a gum you can’t chew,
    We now hate Lee and his greedy PAP crew,
    Since all their evils we now already knew.

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.