Berita Terkini

Festival Boria 1Malaysia bakal catat rekod kedua dalam Malaysia Book of Records

Seramai 2,500 peserta boria bakal mencatat rekod Malaysia Book Of Records untuk persembahan boria yang dianggotai oleh peserta paling ramai dalam negara sempena Festival Boria 1Malaysia di Kampung Seronok, dekat sini 30 April ini.

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia negeri Jaime Yeoh berkata, sebelum ini, Malaysia Book of Records pernah mencatatkan rekod penyertaan teramai sebanyak 2,020 orang pada tahun 2002 anjuran Jabatan Pelajaran Negeri di sini.

Katanya, setakat ini 1,800 orang daripada pelbagai kaum telah mengesahkan penyertaan untuk catatan rekod terbaru itu dan jabatan pelancongan negeri itu menyasarkan 2,500 peserta.

"Setakat ini penyertaan diterima daripada 37 buah sekolah rendah dan menengah dari seluruh negeri, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, sektor awam dan swasta, badan bukan kerajaan (NGO), penggiat industri pelancongan dan kebudayaan negeri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Festival yang diadakan pada 27 April hingga 1 Mei itu akan dihadiri Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Jaime berkata permohonan untuk menyertai acara itu masih terbuka sebelum 30 April dan mereka yang berminat boleh mendapatkan keterangan lanjut dengan menghubungi Hanisah Hamid menerusi talian 04-2620202 atau melalui email hanisah@motour.gov.my ataupun melayari laman sosial Facebook Kementerian Pelancongan Malaysia di pejabat Pulau Pinang.

Mereka yang berdaftar sebagai peserta akan diberi latihan ringkas mengenai tarian boria itu di pejabat pelancongan dan Jabatan Kebudayaan Negeri pada setiap hari selepas waktu pejabat.

Boria adalah sejenis teater tradisi yang popular di Pulau Pinang dan bertapak sejak abad ke-19 mempunyai pengisian dua segmen iaitu sketsa yang mengandungi mesej nasihat dan berunsur humor serta segmen nyanyian dan tarian.


[Bernama]

Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang. Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala di Parsi.

Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu sketsa dan nyanyian. Nyanyian boria diketuai oleh seorang tukang karang (biasanya akan memegang tongkat penunjuk ketika menyanyi). Rangkap karangan boria yang hujung sukukatanya sama setiap rangkap kisahnya berkaitan dengan sketsa yang dipersembahkan.

Sailor yang terdiri lebih dari enam orang di belakang tukang karang akan menyanyi dengan mengulangi rangkap pertama nyanyian tukang karang tadi. Alat-alat muzik boria telah berubah mengikut peredaran masa.

Namun begitu penggunaan alat-alat muzik seperti violin, marwas, gendang panjang, akordian, harmonika adalah digalakkan. [Wikipedia]

Logo kredit: Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Pulau Pinang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (60) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.