Isnin, 11 April 2011

Brazil membina menara Lego terbesar dan tertinggi di dunia

Setelah empat hari bekerja keras, Brazil merayakan bangunan Lego tertinggi di dunia.

Berdiri pada ketinggian 31.19m (102 kaki 3 inci) dengan 500,000 blok mainan Lego, ia telah memecahkan rekod sebelumnya yang dibuat oleh Chile pada tahun 2008.

Cafu pemain bola Brazil menempatkan blok terakhir di menara, yang dibina di tempat parking sebuah pusat membeli-belah di Sao Paulo.

Lego telah menghantar jurureka dari Denmark untuk usaha rekod dunia ini.  Kanak-kanak juga ramai yang membantu mencantumkan blok-blok Lego.

Menara Lego pertama dibina di London pada tahun 1988 dan berdiri lebih daripada 15m.  Sejak itu 53 bandar telah membina menara di lebih daripada 30 buah negara.

Tidak tahu lah apa faedahnya membina menara Lego sampai sebegitu besar dan tinggi, tetapi yang pastinya, itu adalah antara usaha promosi dari syarikat mainan yang sangat popular di kalangan kanak-kanak iaitu Lego.








Sumber - Telegraph.co.uk


~ Berita aneh, konspirasi, misteri dan unik ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.