Ahad, 10 April 2011

Pekerja syarikat Nude House diwajibkan berbogel

Pekerja syarikat Nude House diwajibkan berbogel
Sebuah syarikat pembuat perisian komputer di Buckinghamshire, England, iaitu Nude House menyebarkan iklan mencari pekerja-pekerja wanita yang sanggup bekerja tanpa memakai seurat benang pun di pejabat mereka.

Pengasas syarikat iaitu Chris Taylor, 63, mengakui bahawa Nude House adalah satu-satunya perniagaan di dunia yang pekerjanya tidak memakai pakaian apa pun atau dengan lain perkataan 'bogel di tempat kerja'.

En. Taylor sendiri telah menjadi seorang 'naturist' selama 20 tahun, dan mengatakan bahawa perkara ini tidak menjejaskan perniagaannya sama sekali. Bahkan ia berjalan dengan sangat baik dan dia sedang memikirkan untuk membuka pejabat lain pula nanti.

Syarikat ini telah dilancarkan tiga tahun yang lalu, menyediakan perkhidmatan yang disebut 'Move Your Mouse', yang membolehkan pengguna untuk menambah maklumat tambahan untuk foto-foto di halaman mereka sendiri.

Nampaknya dunia sudah menjadi semakin gila. Sanggup kah anda wahai kaum wanita bekerja di sebuah syarikat yang mewajibkan anda berbogel?


Sumber - Daily Telegraph



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.