Isnin, 11 April 2011

Budak lelaki yang tiada tangan memenangi anugerah tulisan tangan

Lahir tanpa tangan dan lengan bawah, siswa gred lima Nicholas Maxim menerima anugerah yang unik pada hari Isnin minggu lepas untuk penyertaannya dalam Zaner-Bloser's 20th annual National Handwriting Contest.

"Kami menyerahkan penyertaannya kerana kita merasakan tulisan tangannya sangat mengagumkan mengingatkan dia menyelesaikan sebahagian besar karyanya tanpa menggunakan anggota palsu," kata Cheryl Hasenfus, Guru Besar Sekolah Asasi Readfield, Maine, Amerika Syarikat. Pada waktu itu, Nicholas menulis dengan memegang pena atau pensil di antara lengan atasnya.

Sebagai mewakili Zaner-Bloser, penerbit bahan pendidikan, Hasenfus telah menghadiahkan sebuah piala kepada Nicholas ketika perhimpunan sekolah sempena tulisan tangannya yang sangat bagus. Terinspirasi oleh kemampuannya, Zaner-Bloser memutuskan untuk membuat sebuah kategori anugerah baru sebagai penghormatan kepadanya, iaitu Nicholas Maxim Special Award for Excellent Penmanship.


Sumber - WMTW



Video tentang budak istimewa ini ada di Youtube



~ Berita aneh, konspirasi, misteri dan unik ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.