Berita Terkini

Illuminati dan penyakit terhadap kesihatan manusia

Assalaamu'alaikum w.b.t....... Pembicaraan tentang Illuminati kita lanjutkan kepada memperkatakan tentang kaitan mereka dengan pemakanan dan kesihatan manusia. Perlulah diketahui bahawa Illuminati cuba untuk mengurangkan populasi penduduk dunia dengan sasaran agar hanya tinggal 4 billion manusia menjelang tahun 2050. Maka mereka akan cuba apa saja cara untuk mencapai matlamat mereka itu.

Umat islam sekarang banyak kena penyakit kerana dari waktu kita lahir lagi sudah diajar dengan DADAH dan bahan kimia iaitu SUNTIKAN VAKSIN. Orang-orang zaman dahulu tak ada masalah pun tidak diSUNTIK Vaksin, tetapi zaman sekarang kecil-kecil lagi sudah di ajar dengan ubat dadah dan bahan kimia yang memudaratkan.

Ini semua agenda Illuminati untuk merosakkan manusia-manusia selain dari pihak mereka. Begitu juga dengan pengambilan pil-pil dan ubat-ubatan moden. Tidak perlu beri contoh lain, ubat antibiotik pun banyak KEBURUKAN nya. Contohnya jika demam kita makan antibiotik, maka ubat itu bukan sahaja membunuh kuman yang tidak elok, tetapi MEMBUNUH kuman-kuman yang menjaga / mengimunisasi tubuh kita.

Memang biasanya cepat lega / segar kembali jika menelan antibiotik, tetapi penyakit tidak sempat keluar dari tubuh kita, menyebabkan ianya TERPERAP di dalam badan. Kotoran-kotoran yang terperap itu lah yang menyebabkan berlaku ketumbuhan dalam badan dan dapat memunculkan berbagai penyakit lain pula kemudian harinya. Maka jika demam, tidak perlulah kita hendak CEPAT SEMBUH, kerana demam ialah proses MEMBUANG TOKSIK / RACUN dari dalam badan. Kerana itu lah keadaan badan kita menjadi tidak seimbang ketika demam.

Begitu juga lah dengan pil-pil dan ubat-ubatan moden yang mengandungi DADAH dan BAHAN KIMIA itu, semuanya AGENDA Illuminati. Mereka sendiri tidak makan ubat-ubat ini melainkan makan makanan yang SEGAR dan organik sahaja.

Ini belum lagi masuk bab MAKANAN-MAKANAN DAN MINUMAN RINGAN di pasaran sekarang yang majoritinya ada bermacam-macam BAHAN KIMIA yang boleh menyebabkan pelbagai PENYAKIT untuk jangka masa panjang. Begitu juga kandungan gula yang terlampau yang boleh menyebabkan penyakit seperti obesiti dan diabetes.

Di Amerika sahaja ada pasaraya besar, dan pasaraya itu HANYA untuk orang-orang Yahudi. Dan di dalamnya tidak ada makanan-makanan pelik yang seperti kita makan sekarang ini. Mereka terlalu MENJAGA makanan mereka, sebab itu lah mereka menjadi Brilliant, Intelligent dan hebat dalam soal DUNIA. Otak mereka cerdas dan segar tanpa tercemar dengan banyak bahan kimia yang tidak elok.

Tetapi umat kita sekarang diberi makanan yang sudah BANYAK tercemar dan mengandungi bahan kimia dan melembabkan OTAK!! Sebagai contoh, sebab itu kanak-kanak sekarang mengaji pun lambat nak ingat, lemau, malas belajar dan seumpamanya.

Perniagaan makanan dan francais-francais yang berkaitan dengannya diterajui oleh Collins, iaitu salah satu dari 13 keturunan / keluarga dalam Illuminati.  INGAT, keluarga-keluarga Illuminati itu mempunyai bidang-bidang kuasa / keahlian tersendiri yang telah dibahagikan sesama mereka.

Jauhilah lah makan makanan-makanan ringan. Jauhilah McDonald, KFC, Starbucks, dan seumpamanya, kerana itu semua adalah milik Illuminati yang hanya akan membawa PENYAKIT yang pelbagai kepada umat Islam dan membunuh secara HALUS. Jangan terpesona dengan "kesedapan hingga menjilat jari" dan mengancam selera. Begitu juga jangan TERPENGARUH dengan iklan-iklan yang memukau manusia secara psikologi.

Di dalam makanan-makanan ringan di pasaran sana biasa terdapat bahan-bahan kimia seperti Chlorine, Fluoride, Benzene (yang biasa disebut bahan pengawet atau dicampur dalam Potassium menjadi Potassium benzoate, atau dicampur ke dalam Sodium menjadi Sodium benzoate), Melamine, BPA (Bisphenol-A), Nitrites, Nitrates, Ethorbates, MSG (Monosodium Glutamate), Aspartame (sejenis pemanis bukan gula) dan sebagainya lagi. Ini belum lagi dicampur dengan bahan-bahan metal yang terkandung dalam air seperti plumbum, aluminium, tembaga dan macam-macam lagi. Semua kandungan itu boleh membunuh manusia secara beransur-ansur dan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Sayur-sayuran dan tanaman kita sekarang ini pun biasa disembur dengan racun yang bergelar pesticides dan insectisides. Sedangkan pesticides dan insectisides itu sebenarnya boleh melemahkan sistem imunisasi tubuh badan manusia itu sendiri, yang menyebabkan manusia mudah mendapat penyakit.










Dan banyak sangat lagi syarikat-syarikat minuman dan makanan milik mereka. Di atas ini adalah jenama-jenama yang NYATA milik mereka, belum lagi dicampurkan dengan jenama-jenama yang berselindung dan tidak diketahui umum.  Lihatlah kepada logo Pepsi dan Coca cola yang selain berwarna merah dan ada bentuk bulat pada Pepsi dan nombor 666 tersembunyi pada Coca Cola, ia juga mempunyai jalur yang meliuk lentuk.

Jalur meliuk lentuk seperti pergerakan seekor ULAR, itu lah haiwan yang LICIK yang pernah memperdayakan Hawa dan Adam a.s di dalam syurga dulu.


Rokok, dadah dan alkohol

Penggunaan bahan-bahan ini sudah JELAS dan TERANG akan merosakkan jiwa dan raga manusia dan dapat membunuh secara beransur-ansur juga. Maka dengan itu lah mereka mempengaruhi banyak pihak agar ketiga-tiga bahan yang merbahaya kepada manusia itu dapat diseludupkan ke merata tempat.

Pasaran ROKOK dan DADAH diterajui oleh RJ Reynolds, di mana Reynolds adalah salah satu dari 13 keluarga utama Illuminati. Jenama rokok seperti More, Salem, Camel, Winston, Lucky Strike dan beberapa lagi adalah di bawah kelolaannya.

Sedangkan CIA pun mempunyai skandal dengan dadah, dan CIA itu sendiri berada di bawah kuasa Illuminati. Begitu juga dengan penguasaan mereka ke atas Golden Triangle / Segitiga Emas (antara kawasan penanaman popi / dadah terbesar di dunia).

Bagi seorang athlit atau ahli sukan, kebiasaan mereka akan menggunakan dadah jenis steroid untuk menambahkan tenaga serta stamina dalam sukatan yang terhad. Kesan buruk darinya akan mula dirasai apabila ahli sukan itu telah mula kurang aktif pada suatu masa nanti dan akan mengundang banyak penyakit kronik juga hasil darinya.

Berkenaan arak dan rokok ada tambahannya di  tajuk Di antara pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka - Bahagian 2

Ingatlah, ada 3 agenda utama Illuminati yang MEMBUNUH dan MEROSAKKAN secara senyap iaitu SEKS, DADAH (termasuk bahan kimia dan toksik) dan SIHIR - (sex, drug and magic).  Dan ianya diselitkan di dalam pelbagai MEDIUM seperti media massa, hiburan, makanan, minuman, pembelajaran, permainan dan sebagainya.


Mereka mencipta VIRUS dan mereka juga mencipta ANTI VIRUS dan VAKSIN

Mereka mencipta VIRUS komputer yang menyerang dan menyusahkan banyak komputer awam dan syarikat.  Dan mereka jugalah yang menyediakan perisian-perisian ANTI VIRUS untuk dibeli bagi mengaut keuntungan darinya. Dan jangan anda hanya ingat mereka mencipta VIRUS komputer sahaja, tetapi saintis-saintis mereka juga mencipta VIRUS alam nyata yang menyerang tubuh manusia.

Dan mereka jugalah yang menyediakan vaksin-vaksin dan antivirus, juga untuk mengaut keuntungan darinya hasil dari perniagaan ubat-ubatan itu. Malah mereka juga mendapat nama, kerana kononnya membantu MANUSIA menyelesaikan masalah dengan mencipta pelbagai VAKSIN yang dapat melawan pelbagai jenis penyakit. Jangan anda terpedaya dengan taktik mereka itu, itu taktik lama sebenarnya dan sudah dapat dikesan oleh mereka-mereka yang mengkaji dan menggunakan akal fikiran.



Seorang journalis Austria yang bernama Jane Burgermeister telah memfailkan tuduhan jenayah terhadap World Health Organization (WHO), United Nations, Barack Obama, Rockefeller, Rothschild dan beberapa lagi kerana dia telah mendedahkan plot yang dibuat oleh mereka berkenaan dengan VAKSIN  Selsema Babi yang merbahaya.

Dia mengatakan bahawa Selsema Babi dan Selsema Burung telah dihasilkan di dalam makmal dengan tujuan membunuh secara besar-besaran melalui VAKSIN.

Lihatlah logo World Health Organization (WHO) di atas. Sebuah pertubuhan yang kononnya menjaga perihal kesihatan manusia sedunia, tetapi mengapa ada ULAR yang meliuk lentuk dan membelit dalam logonya itu?


 Ini petikan dari WHO sendiri pada laman web mereka, tentang apa MAKSUD ular tersebut

The staff with the snake has long been a symbol of medicine and the medical profession. It originates from the story of Aesculapius who was revered by the ancient Greeks as a god of healing and whose cult involved the use of snakes.

Ok ia dikatakan diambil dari kisah Aesculapius iaitu Dewa penyembuh kepada Greek / YUNANI purba. Maka siapa itu Aesculapius?

Aesculapius


Aesculapius / Asclepius ialah DEWA PERUBATAN / GOD OF MEDICINE kepada Yunani purba yang kemudiannya disembah pula oleh orang-orang ROM.

Mahu tengok LOGO asalnya?

Aesculapius / asclepius staff



Dan TONGKAT beserta ular itu dikatakan ialah tongkat kepada Asclepius Nah , adakah anda semua nampak KAITAN nya dengan penyembah-penyembah berhala??


Dan menurut David Icke (seorang pensyarah dan pengarang buku), dinasti Rothschild dan Rockefeller yang terlibat dalam hal VAKSIN  itu, juga menguasai perubatan yang berkaitan dengan FARMASI dan POLISI KESIHATAN kerajaan di seluruh dunia.  Rockefeller dikenali sebagai keluarga Illuminati yang menguasai pasaran minyak dunia, dengan syarikatnya iaitu Exxon-Mobil.  Manakala Rothschild menguasai perbankan dunia dan dia memiliki Bank of Rothschilds iaitu bank yang tertua dan terbesar di dunia.

Jane Bürgermeister juga telah memfailkan tuduhan jenayah bio terhadap gergasi FARMASI seperti Novartis International AG di Switzerland dan Baxter AG di Austria.  Dan lebih mengejutkan lagi, virus H1N1 baru sahaja diwar-warkan pada tahun ini, sedangkan syarikat Baxter telah memfailkan PATENT untuk VAKSIN H1N1 pada 28 Ogos 2008 dulu lagi. Maka bagaimana mereka sudah tahu virus itu akan muncul sedangkan pada ketika itu tidak ada tersebar lagi tentang H1N1?

Ingat, syarikat Baxter adalah merupakan salah satu syarikat yang membekalkan ubat-ubatan kepada hospital-hospital di negara kita. Saya sendiri pernah melihat lori milik Baxter yang menghantar ubat-ubatan mereka ke hospital.

Sila baca file PATENT mereka di sini

Sumber asalnya dalam bentuk "Full text" di sini  [4]

Patent Vaksin untuk virus


Dan PATENT itu pula telah diterbitkan pada bulan Mac 2009, SEBULAN sebelum VIRUS-VIRUS itu dilepaskan di Mexico.



Hakikatnya, bukan Selsema Babi / Swine Flu, Selsema Burung / Bird Flu, atau lain-lain penyakit itu yang merbahaya, TETAPI suntikan VAKSIN itu lah yang lebih merbahaya kerana ia dapat mengakibatkan kesan buruk dan membunuh secara senyap dan beransur-ansur.  Orang-orang yang TIDAK TERKENA penyakit Selsema Babi pun diberikan VAKSIN juga.

Sasaran mereka bukan membunuh secara mendadak, tetapi melemahkan sistem IMUNISASI manusia itu sendiri. Jika sistem imunisasi manusia lemah, maka apa-apa penyakit pun mudah datang dan akan semakin parah dan rosak tubuh manusia sehingga boleh menyebabkan kematian insyaAllah.

Bermakna di situ, manusia akan MATI dengan penyakit-penyakit lain pula di kemudian hari nanti, yang kita semua tidak tahu dari mana datang punca sebenar penyakit tersebut. Dan orang-orang yang bertanggung jawab terhadap JENAYAH ini tidak dapat dikesan apa lagi untuk didakwa.  Hanya Allah S.w.t yang dapat membalas kejahatan mereka kemudian hari nanti.

Pada 30 Nov 2009, Parlimen Malaysia telah umumkan, 400,000 dos vaksin H1N1 berharga RM14 juta telah ditempah dan bekalan pertama vaksin H1N1 berjumlah 46,000 dos telah diterima.

Ini belum lagi disebutkan jumlah keseluruhan ubat-ubatan yang dibeli dari mereka, dan diletakkan di hospital-hospital negara kita. Ntah berapa billion setahun habis dibelanjakan membeli ubat dari mereka sahaja.

Semakin banyak penyakit yang manusia tanggung, maka semakin besar keuntungan yang mereka dapat jana melalui penjualan ubat dan vaksin. 




Kenyataan-kenyataan ahli perubatan berkenaan vaksin

"Kanser pada dasarnya tidak dikenal sebelum kewajiban vaksinasi cacar mulai diperkenalkan. Saya telah menghadapi 200 kes kanser, dan tak seorang pun dari mereka yang terkena kanser tidak mendapatkan vaksinasi sebelumnya." (Dr. W.B. Clarke, peneliti kanser British)

"Kes polio meningkat secara cepat sejak vaksin dijalankan. Pada tahun 1957-1958 peningkatan sebesar 50%, dan tahun 1958-1959 peningkatan menjadi 80%." (Dr. Bernard Greenberg, dalam sidang kongres AS tahun 1962)

"Tak masuk akal memikirkan bahawa anda boleh menyuntik nanah ke dalam tubuh anak kecil dan dengan proses tertentu akan meningkatkan kesihatan. Tubuh punyai cara pertahanan tersendiri yang tergantung pada vitaliti saat itu. Jika dalam kondisi sihat, tubuh akan mampu melawan semua infeksi, dan jika kondisinya sedang menurun, tidak akan mampu. Dan anda tidak dapat mengubah kecergasan tubuh menjadi lebih baik dengan memasukkan racun apa pun juga ke dalamnya." (Dr. William Hay, dalam buku Immunisation: The Reality behind the Myth)



Kesimpulan

Nasihat saya kepada diri sendiri dan anda semua, cuba lah amalkan pemakanan sihat secara alamiah dengan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan, terutamanya makanan-makanan yang diajar oleh Nabi Muhammad S.a.w, makan dan minum cara Rasulullah dan seumpamanya.  Elakkan makanan-makanan yang diproses, makanan ringan, pil-pil yang mengandungi bahan kimia, vaksin-vaksin dan seumpamanya. Dan seperti biasa jangan lupa baca ayat-ayat elak fitnah Dajjal dan doa-doa yang diajar oleh Rasulullah S.a.w.  Semoga Allah melindungi kita semua dari FITNAH DAJJAL, amiin.

"Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan kepadanya. Dan berdoa’lah kepadanya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terharap-harap (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya" [Surah Al A'raaf : Ayat 56]

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala’ bencana di darat dan di laut dengan sebab-sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia: (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)" [Surah Ar Ruum : Ayat 41]

"Hai orang-orang yang beriman, bersiap-sedialah kamu, dan majulah (ke medan pertempuran) berkelompok-kelompok, atau majulah bersama-sama!."   [Surah An Nisaa' : Ayat 71]

Imam Ibnu Katsir mentafsirkan ayat 71 di atas sebagai Allah memerintahkan kepada hamba-hambaNya yang beriman agar sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuh.  Jangan salah faham pula ya, itu bukan perintah supaya pergi menyerang orang ikut suka hati, tetapi hanya diperintah agar bersiap-sedia dan berjaga-jaga dengan musuh dan berperang hanya jika Islam diserang.

Semoga Allah memberikan yang TERBAIK buat anda semua wahai saudara-saudaraku.  Sungguh indah dunia ini jika masing-masing saling bantu membantu dan bukan hanya PENTINGKAN diri sendiri semata-mata. Maafkanlah diri saya yang HINA ini andai ada salah dan silap.  Sayangilah diri anda, keluarga anda, saudara seiman anda dan manusia serta makhluk yang tidak bersalah seluruhnya. Dan semoga pihak-pihak yang zalim, yang tidak berperikemanusiaan diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah, dan agar mereka menyesal di atas perbuatan mereka sebelum terlambat. Sesungguhnya azab ALLAH amatlah pedih, na'uzubillah.  Wallahu a'lam  :)


Rujukan:

1 - AlQuran AlKarim
2 - Tulisan David Icke di  davidicke.com
3 - Wikipedia
4 - uspto.gov - The United States Patent and Trademark Office.

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.