Berita Terkini

Skizofrenia

Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran. Walaupun penyakit ini biasanya memberi kesan kepada kognitif, ia juga menyumbang kepada masaalah teruk dengan perangai manusia atau emosi. Disebabkan terdapat banyak gabungan simptom, ianya sukar bagi menyatakan samaada ia adalah masaalah psikiatrik tunggal; dan Eugen Bleuler sengaja mengelar penyakit ini sebagai "the schizophrenias," (jamak) apabila dia mencipta istilah yang ada sekarang.

Diagnosis berasaskan pengalaman yang dilapurkan sendiri oleh pesakit, bersama tanda-tanda yang dilapurkan oleh pakar psikiatri atau sebarang pegawai perubatan terlatih seperti doktor dalam psychologi. Tidak terdapat ujian biologi objektif bagi skizofrenia, walaupun kajian mencadangkan genetik dan biokimia adalah faktor penyumbang utama. Penyelidikan kini dalam perkembangan masaalah ini sering kali menumpukan kepada peranan neurobiologi, walaupun punca organik yang jelas dan boleh dikenal pasti masih belum dijumpai. Dengan ketiadaan ujian makmal objektif untuk mengesahkan diagnosis, terdapat persoalan mengenai status skizofrenia sebagai satu penyakit rasmi.


Istilah "skizofrenia" diterjemah secara kasar sebagai "fikiran berkecai," dan berasal dari bahasa Greek σχίζω (schizo, "memecahkan" atau "membahagikan") dan φρ?ν (phr?n, "minda"). Walaupun etymologinya, skizofrenia bukannya sama dengan masaalah identiti berpisah (dissociative identity disorder), atau juga dikenali sebagai masaalah personaliti pelbagai (multiple personality disorder) atau "personaliti terpisah - split personality"; dalam popular culture keduanya sering kali dikelirukan. Walaupun skizofrenia seringkali mendorong kepada difungsi (dysfunction) masyarakat atau pekerjaan, tidak terdapat kaitan penyakit ini dengan kecenderungan kelakuan agresif.

Gambaran keseluruhan

Skizofrenia sering kali digambarkan sebagai simptom "positif" dan "negatif". Simptom positif termasuk delusion, auditory hallucinations dan thought disorder dan biasanya dianggap sebagai manifestation psychosis. Simptom negetif digelar sedemikian kerana ia dianggap sebagai kehilangan atau ketiadaan tabiat (traits) atau keupayaan normal, dan termasuk ciri-ciri seperti kesan psychologi rata, blunted atau terhad dan emosi, lemah pertuturan dan ketiadaan dorongan (motivasi). Sesetengah model skizofrenia termasuk kecacatan pemikiran rasmi (formal thought disorder) dan kesukaran merancang dalam kumpulan ketiga, "sindrom bersepah (disorganization syndrome)."

Tambahan lagi, mungkin terdapat kehadiran defesit neurokognitif (neurocognitive deficit). Ini mungkin dalam bentuk fungsi psychologi yang kurang atau cacat seperti ingatan, perhatian, menyelesaikan masaalah, fungsi exekutif (executive function) atau cognition sosial (social cognition).

Permulaan skizofrenia biasanya berlaku pada lewat remaja atau awal dewasa, dengan kaum lelaki cenderung menunjukkan simptom lebih awal berbanding kaum wanita.

Ahli Psychiatris Emil Kraepelin merupakan orang pertama membezakan antara apa yang diistilahkan olehnya sebagai dementia praecox ("dementia pramatang") dan penyakit psykhotik lain. Pada tahun 1911, "dementia praecox" dinamakan semula sebagai "skizofrenia" oleh pakar psikiatri Eugen Bleuler, yang mendapati istilah Kraepelin sebagai mengelirukan, kerana masaalah bukannya satu bentuk nyanyuk (dementia), samaada pramatang ataupun tidak.

Pendekatan diagnostik kepada skizofrenia telah ditentang, terutamanya oleh pergerakan anti-psychiatry, yang mendakwa bahawa mengkelaskan pemikiran atau tabiat khusus sebagai penyakit membenarkan kawalan masyarakat (social control) terhadap mereka yang dianggap tidak diingini oleh masyarakat tetapi tidak melakukan sebarang jenayah.

Baru-baru ini, ianya telah dikemukakan bahawa skizofrenia hanyalah dalam satu spektrum tabiat dan pengalaman, dan semua orang dalam masyarakat mungkin mengalami pengalaman seumpama itu dalam hidup mereka. Ini diketahui sebagai psychosis model continuum (continuum model of psychosis) atau pendekatan dimensi 'dimensional approach' dan paling jelas diperjuangkan oleh psychologist Richard Bentall dan psychiatrist Jim van Os.

Walaupun tiada punca yang sama penyebab skizofrenia telah dikenal pasti dalam kesemua individual yang diagnosed dengan keadaan ini, kini kebanyakan penyelidik dan pakar perubatan percaya bahawa ia disebabkan oleh gabungan oleh kedua-dua kelemahan otak manusia (samaada diwarisi atau didapati) dan tekanan pengalaman hidup. Pendekatan meluas yang diambil ini dikenali sebagai 'model tekanan-kelemahan' - (stress-vulnerability), dan banyak perdebatan saintifik sekarang menumpu kepada berapa banyak setiap faktor ini menyumbang kepada perkembangan dan pengekalan skizofrenia.

Ia juga dipercayai bahawa proses dalam awal [[perkembangan neural|perkembangan neural (neurodevelopment) adalah penting, terutama bagi proses sebelum kelahiran (prenatal). Dalam kehidupan dewasa, kepentingan khusus telah diletakkan pada fungsi (atau kegagalan berfungsi) dopamine dalam laluan mesolimbik (mesolimbic pathway) dalam otak. Theori ini, dikenali sebagai dopamine hypothesis of schizophrenia kebanyakanya hasil jumpaan secara tidak sengaja bahawa kumpulan dadah yang menghalang fungsi dopamine, dikenali sebagai phenothiazines, mengurangkan simptom psychotik. Bagaimanapun, teori ini dipercayai terlalu mudah (overly simplistic) sebagai penjelasan lengkap. Dadah ini telah dimajukan lebih lanjut dan ubat-ubatan antipsikhotik biasa digunakan sebagai rawatan barisan depan. Walaupun berkesan dalam kebanyakan kes, ubat-ubatan ini tidak diterima baik oleh ramai pesakit disebabkan kesan sampingannya yang kuat, dan kurang berkesan bagi sesetengah individual.

Perbezaan dalam struktur otak telah didapati diantara mereka dengan skizofrenia dan dengan mereka yang lain. Bagaimanapun, ini cenderung boleh diharap pada tahap kumpulan, disebabkan kepelbagaian yang meluas antara individual, mungkin tidak boleh diharap masa kini bagi individual tertentu.

Antara tanda amaran yang perlu dikenali ialah

* Perubahan emosi yang ketara.

* Keresahan yang melampau.

* Menangis atau ketawa tanpa sebab.

* Menjadi sangat sensitif pada bunyi atau cahaya.

* Tidak suka bergurau.

* Terlalu was-was dan berasakan ada orang mengikut mereka.

* Menjadi terlalu aktif atau tidak aktif.

* Terlalu banyak tidur atau tidak tidur langsung.

* Lebih suka menyendiri dan jika boleh tidak mahu bergaul.

* Asyik bercakap perkara yang tidak masuk akal.

* Postur badan juga menjadi pelik dan suka merenung.

* Memakai pakaian pelik.

* Mula mengabaikan kebersihan diri.

* Mendakwa mendengar suara.

Bagaimanapun, setiap orang mengalami tanda berbeza. Cara terbaik untuk mengelak masalah berulang ialah mengambil ubat anti kemurungan atau anti psikotik seperti disarankan.

Kadangkala kita berfikir segala perkara tidak memihak kepada kita yang melunturkan semangat. Sebenarnya semua orang kadangkala mengalami masalah berfikiran negatif.

Namun bagi pesakit skizofrenia, masalah ini berlaku lebih kerap. Berfikir untuk membunuh diri adalah perkara biasa di kalangan pesakit skizofrenia, tetapi anda perlu ingat, banyak perkara boleh dilakukan untuk menghalau pemikiran negatif ini seperti:

* Bercakap dengan orang dipercayai. Belajar luahkan perasaan kerana ia boleh meringankan beban dan memperbaiki emosi. Jika anda berfikir mahu membunuh diri, jangan malu meluahkannya. Biasanya jika masalah diluahkan, perkara ini tidak dilakukan.

* Segera ubah persekitaran. Jika anda dalam bilik, keluar dari situ. Cuba berbual dengan orang lain atau berjalan-jalan.

* Buat senarai mengenai perkara positif diri, kawan dan orang yang anda sayangi.


Gunakan senarai ini untuk menghilangkan ingatan negatif tadi

* Berjanji dengan ahli keluarga yang anda akan menghubungi mereka jika terlintas mahu membunuh diri.

* Telefon doktor anda jika pemikiran negatif ini berlarutan.


Bagaimana keluarga boleh membantu

* Jangan asingkan pesakit, walaupun kadangkala mereka banyak kerenah. Ajak mereka berkomunikasi. Komunikasi tidak hanya melalui percakapan, ia boleh dilakukan dengan menjalankan aktiviti bersama seperti mendengar radio, melukis, menonton TV atau sekadar duduk di tepinya menandakan anda memberi perhatian kepada pesakit.

* Jangan bercakap seolah-olah pesakit tiada. Pesakit biasanya sedar dan tahu perkara yang berlaku di sekeliling mereka.

* Belajar melindungi diri. Kuatkan semangat dan jangan jadikan anda sebagai masalah kedua dalam keluarga. Ia boleh dilakukan dengan banyak bergaul, dapatkan sokongan ahli keluarga lain dan rakan, belajar mengenali punca tekanan dan cara mengendalinya, luangkan masa setiap hari untuk diri sendiri serta dapatkan khidmat profesional untuk menguatkan semangat anda.

* Bersedia menghadapi pengulangan krisis (skizofrenia). Cara terbaik ialah tahu apa perlu dilakukan sebelum ia berlaku. Justeru, penting bagi ahli keluarga mengenali tanda awal skizofrenia.

* Bersedia membuat perubahan sesuai supaya pesakit tidak akan menghadapi masalah berulang.


Bila perlu dapatkan bantuan

Bantuan kumpulan sokongan diperlukan apabila pesakit mula mengalami masalah tumpuan, ada masalah di sekolah atau tempat kerja, memakai pakaian pelik dan suka menyisihkan diri.

Segera bawa pesakit ke hospital apabila dia mula mengabaikan kebersihan diri, menunjukkan perlakuan tidak rasional dan mendakwa mendengar suara ghaib.

Jika anda berasakan ada yang tidak kena dengan diri sendiri atau ahli keluarga dan malu untuk membincangkannya, anda boleh menghubungi talian 03-79585752 (24 jam) bagi memastikan masalah sebenar.

Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh mendapatkan cakera padat pendidikan dari klinik psikiatri PPUM.


Sumber : Wikipedia , Harian Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (63) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (85) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (336) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.