Berita Terkini

Kanser kulit

KULIT

Kulit adalah selaput luar tubuh. Ia melindungi kita daripada panas dan cahaya, luka, dan jangkitan. Ia mengawal suhu tubuh dan menyimpan air, lemak dan vitamin D. Dengan beratnya kira-kira 2.73 kg (6 paun), kulit adalah organ badan paling besar. Ia terbentuk dari dua lapisan utama: lapisan kulit luar dan lapisan kulit dalam.

Kulit luar (epidermis) terbentuk daripada sel seperti sisik yang rata dipanggil sel-sel squamous. Di bawah sel-sel squamous adalah sel-sel bulat yang dipanggil sel-sel basal. Bahagian paling dalam epidermis juga mengandungi melanosaita. Sel-sel ini mengeluarkan melanin yang memberikan warna kepada kulit. Lapisan kulit dalam (dermis) mengandungi darah dan saluran limfa, folikel rambut, dan kelenjar-kelenjar. Kelenjar-kelenjar ini menghasilkan peluh yang membantu mengawal suhu badan dan sebum iaitu sejenis rembesan berminyak yang mengelakkan kekeringan.


Peluh dan sebum sampai ke permukaan kulit melalui liang-liang roma.

JENIS-JENIS KANSER KULIT

Dua jenis kanser kulit yang paling biasa adalah sel basal karsinoma dan sel squamous karsinoma. Karsinoma adalah kanser yang bermula dalam sel-sel yang menyeliputi atau membarisi organ sel basal karsinoma dan sel squamous karsinoma yang kadangkala dipanggil kanser kulit (non-melanoma). Sejenis kanser lain yang terjadi di kulit adalah melanoma, yang bermula di melanosaita.

SEBAB-SEBAB DAN CARA MENCEGAH

Beberapa faktor risiko meningkatkan kemungkinan seseorang itu mendapat kanser kulit. Radiasi sinaran ultraviolet (UV) daripada matahari adalah punca utama kanser kulit. Punca-punca radiasi UV tiruan seperti lampu-lampu matahari (sun lamps) dan pusat penggelapan kulit (tanning booth) juga boleh menyebabkan kanser kulit. Walaupun sesiapa sahaja boleh mendapat kanser kulit, risikonya adalah lebih tinggi bagi mereka yang mempunyai kulit cerah dan ia sering menimpa mereka yang mempunyai rambut merah atau perang dan bermata biru atau mata yang berwarna cerah.Risiko mendapat kanser kulit juga dipengaruhi oleh tempat di mana seseorang itu tinggal.

Mereka yang tinggal di kawasan yang mempunyai tahap radiasi UV yang tinggi lebih berisiko mendapat kanser kulit. Di Amerika Syarikat contohnya, kanser kulit lebih kerap berlaku di Texas daripada di Minnesota, di mana matahari tidak begitu terik. Di seluruh dunia, kadar kanser kulit tertinggi didapati di Afrika Selatan dan Australia iaitu kawasan-kawasan yang menerima jumlah radiasi UV yang tinggi. Sebagai tambahan, kanser kulit juga dikaitkan dengan pendedahan seumur hidup terhadap radiasi UV. Kebanyakan kanser kulit berlaku selepas umur 50, tetapi kesan kerosakan akibat matahari bermula pada usia yang lebih awal.

Oleh itu, perlindungan perlu dibuat sedari kecil demi mencegah kanser kulit di kemudian hari. Elakkan diri dari terdedah kepada cahaya matahari pada waktu siang. Pakaian pelindung seperti topi dan baju berlengan panjang boleh menghalang sinaran matahari yang memudaratkan. Losyen yang mengandungi pelindung matahari juga boleh melindungi kulit. Pelindung matahari (sunscreen) diukur kekuatannya berdasarkan faktor perlindungan matahari (Sun Protection Factor - SPF), yang diukur dalam lingkungan 2 hingga 30 atau lebih. Pelindung matahari yang berkadar 15 hingga 30 dapat menghalang kebanyakan sinaran matahari yang memudaratkan.

TANDA-TANDA

Tanda amaran kanser kulit yang paling biasa adalah perubahan kepada kulit, terutamanya ketumbuhan baru atau luka yang tidak sembuh. Kanser kulit tidak semuanya kelihatan sama. Sebagai contoh, kanser tersebut mungkin bermula sebagai benjolan kecil, licin, berkilauan, pucat, atau kelihatan berlilin. Atau ia boleh muncul sebagai benjolan merah yang jelas. Kadangkala benjolan tersebut berdarah atau membentuk kerak. Kanser kulit juga boleh bermula sebagai tompokan rata, merah, kasar, kering atau bersisik.Kedua-dua kanser sel basal dan sel squamous banyak berlaku terutamanya di kawasan kulit yang terdedah kepada matahari iaitu kepala, muka, leher, tangan, dan lengan.

Walau bagaimanapun, kanser kulit boleh terjadi di mana-mana bahagian badan. Aktinik keratosis, yang muncul sebagai tampalan bersisik, kasar, merah atau perang pada kulit dikenalpasti sebagai tanda awal pembentukan kanser kerana kadangkala ia membentuk menjadi kanser sel squamous. Ia biasanya muncul di kawasan-kawasan badan yang terdedah kepada matahari tetapi boleh juga berlaku di kawasan-kawasan lain.

MENGESAN DAN DIAGNOSIS

Mengesan

Kanser kulit boleh sembuh 100 peratus jika setiap satu daripadanya dirawat dengan segera oleh doktor sebelum ia berpeluang untuk tersebar. Oleh itu kita perlu membuat pemeriksaan dengan kerap bagi mengesan ketumbuhan-ketumbuhan baru atau lain-lain perubahan pada kulit. Setiap ketumbuhan baru yang berwarna atau sebarang perubahan pada ketumbuhan yang sedia ada perlu dirujuk kepada doktor dengan segera.

Diagnosis

Sel basal karsinoma dan sel squamous karsinoma selalunya didiagnosis dan dirawat dengan cara yang sama. Apabila satu kawasan kulit kelihatan tidak normal, doktor mungkin membuang semua atau sebahagian daripada ketumbuhan tersebut. Ini dipanggil biopsi. Untuk memeriksa sel-sel kanser, tisu tersebut diperiksa di bawah mikroskop oleh ahli pathologi atau pakar kulit (dermatologis). Biopsi adalah satu-satunya jalan untuk mengenalpasti sesuatu masalah itu
sebagai kanser. Para doktor selalunya membahagikan kanser kulit kepada dua peringkat: lokal (mempengaruhi hanya kulit sahaja) atau metastatik (menular ke kawasan lain).

MERAWAT KANSER KULIT

Rawatan untuk kanser kulit biasanya melibatkan pembedahan. Dalam sesetengah kes, pihak doktor akan mencadangkan terapi radiasi atau kemoterapi atau http://web.utm.my/wangi - Wanita Teknologi Powered by Mambo Open Source Generated: 4 November, 2007, 14:38 gabungan kaedah-kaedah tersebut.

Pembedahan

Kebanyakan kanser kulit boleh dipotong daripada kulit dengan cepat dan mudah. Kadangkala kanser tersebut dibuang sepenuhnya semasa biopsy dijalankan dan rawatan susulan tidak diperlukan.

Kuretage and Elektrodesikasi

Pihak doktor selalunya menggunakan jenis pembedahan yang dipanggil kuretage. Selepas ubat bius mengebaskan kawasan yang berkenaan, kanser tersebut dikaut dengan kurette, satu alat yang berbentuk sudu tajam. Kawasan tersebut juga dirawat dengan elektrodesikasi. Arus elektrik dari mesin khas digunakan untuk mengawal pendarahan dan membunuh apa juga sel kanser yang tinggal disekitar luka tersebut..

Pembedahan Mohs

Teknik Mohs adalah sejenis pembedahan istimewa digunakan untuk kanser kulit. Kegunaannya adalah untuk membuang semua tisu yang mempunyai kanser dan sesedikit mungkin tisu yang sihat. Ianya membantu terutamanya apabila doktor tidak pasti bentuk dan kedalaman ketumbuhan tersebut. Disamping itu, kaedah ini digunakan untuk membuang ketumbuhan yang besar, ketumbuhan di tempat yang sukar diubati, dan kanser yang berulang.

Cryosurgery

Kesejukan yang ekstrem mungkin digunakan untuk merawat keadaan kulit pada awal permbentukan kanser, seperti aktinik keratosis, begitu juga kanser kulit tertentu. Dalam cryosurgery, cecair nitrogen dibubuh ke ketumbuhan untuk membeku dan membunuh sel-sel yang tidak normal. Selepas kawasan tersebut cair, tisu-tisu mati akan terkupas. Lebih dari satu pembekuan mungkin diperlukan untuk membuang keseluruhan ketumbuhan tersebut.Cryosurgery selalunya tidak menyakitkan, tetapi pesakit-pesakit mungkin mengalami kesakitan dan pembengkakkan selepas kawasan tersebut cair.

Pengetutan

Kadangkala, terutamanya apabila kanser yang besar telah dibuang, pengetutan kulit diperlukan untuk menutup luka tersebut dan mengurangkan jumlah parut. Bagi prosedur ini, doktor akan mengambil sekeping kulit yang sihat daripada bahagian badan yang lain untuk menggantikan kulit yang telah dibuang.

Terapi Laser

Terapi laser menggunakan sinaran cahaya yang halus untuk membuang atau menghapuskan sel-sel kanser. Pendekatan ini kadangkala digunakan bagi kanser yang melibatkan hanya lapisan luar kulit.

Radiasi

Kanser kulit bertindak balas dengan baik terhadap terapi radiasi (juga dipanggil radioterapi), yang menggunakan sinaran tenaga-tinggi untuk merosakkan sel-sel kanser dan menghentikan pertumbuhannya. Para doktor sering menggunakan kaedah rawatan ini bagi kanser-kanser yang timbul di kawasan-kawasan yang sukar dirawat dengan pembedahan seperti kelopak mata, hujung hidung, atau telinga. Beberapa rawatan mungkin diperlukan untuk menghapuskan semua sel-sel kanser. Terapi radiasi mungkin menyebabkan ruam atau menjadikan kulit di kawasan tersebut kering atau merah.

Perubahan warna kulit dan/atau tekstur mungkin terbentuk selepas rawatan selesai dan mungkin menjadi lebih kelihatan beberapa tahun kemudian.

Kemoterapi Topikal

Kemoterapi topical adalah penggunaan dadah anti kanser dalam bentuk krim atau losen yang dibubuh kepada kulit. Aktinic keratosis boleh dirawat secara efektif dengan dadah anti kanser fluorourasil (juga dipanggil 5-FU). Kaedah rawatan ini juga berguna bagi kanser-kanser yang terhad kepada lapisan kulit teratas. 5-FU tersebut dibubuh setiap hari untuk beberapa minggu. Keradangan yang teruk adalah biasa semasa rawatan, tetapi selalunya tidak meninggalkan
parut.

PENJAGAAN LANJUTAN

Walaupun kebanyakan kanser kulit boleh diubati, mereka yang telah dirawat untuk kanser kulit mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kanser kulit yang baru. Sebab itulah ianya amat penting bagi mereka untuk membuat pemeriksaan diri secara kerap, untuk berjumpa dengan doktor mereka bagi pemeriksaan biasa, dan mematuhi arahan doktor atas bagaimana untuk mengurangkan risiko terbentuknya kanser kulit lagi.

BAGAIMANA UNTUK MENJALANKAN PEMERIKSAAN KULIT SENDIRI

Anda boleh meningkatkan peluang untuk menemui kanser kulit dengan segera dengan melakukan pemeriksaan kulit sendiri secara mudah dan kerap. Masa terbaik untuk menjalankan pemeriksaan ini adalah selepas mandi. Anda patut memeriksa kulit anda di dalam bilik yang terang menggunakan cermin panjang dan cermin tangan. Cara terbaik adalah dengan mengenal pasti di mana tanda kelahiran anda, tahi-tahi lalat, dan blemish dan bagaimana mereka selalunya kelihatan. Periksa apa-apa yang baru pertukaran dalam saiz, bentuk, atau warna tahi-tahi lalat tersebut, atau bengkak yang tidak baik-baik.Periksa semua kawasan, termasuk kawasan belakang, kulit kepala, di celah-celah punggung, dan kawasan genital.

Perhatikan depan dan belakang tubuh anda di cermin, kemudian angkat tangan anda dan lihat disebelah kiri dan kanan. Bengkokkan siku anda dan lihat dengan berhati-hati pada tapak tangan, lengan, termasuk disebelah dalam, dan lengan atas.

Periksa belakang dan depan kaki anda. Juga lihat dicelah-celah punggung dan di sekitar kawasan genital. Duduk dan periksa dengan teliti kaki anda, termasuk tumit dan ruang di antara jari-jari kaki. Periksa muka anda, leher, dan kulit kepala. Anda mungkin memerlukan sisir rambut atau pengering rambut untuk dapat memeriksa kulit kepala anda dengan lebih baik.

Dengan sering memeriksa kulit anda, anda akan mengenalpasti apa yang normal. Jika anda dapati sesuatu yang berlainan, temui doktor anda dengan segera. Ingat, lebih awal kanser kulit ditemui, lebih baik peluang untuk mengubatinya.


© 2003 Worldview Foundation. Hak cipta terpelihara.

2 ulasan:

  1. 💐Assalamualaikum slm sejahtera warga group📢
    💐 Jom viralkan berita baik ni untuk pesakit kanser

    1) Ni tentang hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 ambik penawar yang harga berpatutan tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.Sebelum tu nak pesan,jangan abaikan temujanji doktor kalau ada.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan asbab penawar ni yg berunsurkan ubatan bahan semulajadi yg selamat diambil. Walaupon bahan semulajadi tapi amat berkesan sambil merawat bukan sekadar melegakan untuk sementara waktu.

    Saya rasa xlengkap kalau saya explain satu persatu setiap jenis ubat ni.Lebih baik tanya sendiri pengasasnya sebab tiap penyakit ade ubt yang khusus. Baik bertanya sendiri pada pengasasnya dan beritahu anda sakit apa.Dia akan explain semuanya.

    3)Pengasas jus ni dh banyak berdepan dengan pesakit2 kanser, ade ramai yg dh sembuh.


    Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni,sy sdri pon guna produk die dh 3thn.

    Sy nak share ubat ni pd org lain jugak, tiada penyakit yang tiada ubat selain daripada mati, cubalah sebab setiap penyakit ada harapan sembuh.Kelemahan hati + putus asa akan lebih memudarat kan penyakit.TAPI JANGAN ABAIKAN APOINTMENT DOKTOR kalau ada.

    Nanti kalau nak ikhtiar dgn ubatan dia,blh la join group whatsApp pejuang2 kanser,pengasas ada dalam group tu jugak, boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl,contohnye:
    ~~~~~~~~
    ▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dia dh sembuh walaupon doktor bgtau dia boleh hidup 1tahun je lagi.
    Dia mengarang sebuah buku berkenaan pengalaman sendiri melawan kanser dengan mengambil penawar jus ini sebagai rawatan alternatif selari dengan rawatan doktor (nk buku nti blh order)
    ~~~~~~~~
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg dah sembuh dr kanser jus ni diambil selari dgn rawatan hospital.Apoinment x miss
    ~~~~~~~~
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Gurunya beritahu dia tak pernah nampak macam pesakit kanser tahap 4, sebab sentiasa nampak cergas.Asbab jus yang memberi tenaga dan merawat.Dia minum jus ni dari kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ~~~~~~~~
    ▪Nani Faiza - kanser Usus Tahap 4 dan ketulan kanser 10cm telah merebak ke hati, bersabar dan setia merawat dengan jus herba ini tanpa mudah putus asa,sekarang sudah sembuh sepenuh nye. sel kanser sudah tiada.
    ~~~~~~~~
    ▪Pn. Rugayah Jilani -
    Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- sudah sembuh !
    ~~~~~~~~
    ▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.
    ~~~~~~~~

    ▪Puan Nor Sabariah
    - Ada asthma sejak 11tahun dulu
    -Selalu jatuh sakit sebab sesak nafas dan semput ,adakalanya kalau semput sampai tak mampu berdiri dan kena merangkak untuk bergerak
    -Sering bergantung pada inhaler setiap pagi
    -Setiap kali batuk teruk akan sesak nafas dan akan ke klinik untuk sedut gas
    -Lepas minum jus herba, dia xsemput lagi setiap kali batuk teruk. Dah xpergi klinik lagi sedut gas, setiap waktu pagi xperlu guna inhaler macam dulu.
    ~~~~~~~~
    5) Pesakit yang dah sembuh dari kanser menjalani kimo dan wajib minum jus kalau tak nanti effect dari kimo sangat ketara lemah nya jika tak ambil langsung.

    👍🏻In sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 yg lain

    NOTE :
    Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN macam produk2 lain yang masukkan herba2 biasa. Ia boleh diambil sebagai suplement.

    Call order wasap@call
    En mohd zuhairi 0174687570
    0174687570

    #sharing is caring

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (63) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (85) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (336) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.