Berita Terkini

Kenapa perlu REPOT pokok Bonsai?

Pokok Bonsai yang kita tanam dalam pasu (pot) mempunyai ruang yang terhad, tidak seperti pokok di atas tanah yang biasanya mempunyai ruang yang tidak terhingga. Apabila pokok membesar, akar juga turut membesar.


Akar yang sudah memenuhi pasu. Foto kredit: bonsaics.com

Repot (pemasuan semula) mesti dilakukan secara berkala pada semua bonsai apabila sistem akar mereka telah memenuhi pasu (pot). Jika tidak mahu menukar pasu yang lebih besar, maka akar yang berlebihan perlu dipangkas. Jika tidak, pokok akan menjadi semakin lemah (dan berkemungkinan akan mati secara perlahan-lahan), dan akar akan memaksa diri keluar dari pasu, terutamanya akar yang jenis kuat, hingga kadang-kadang kita melihat pasu menjadi retak atau pecah, kerana akar mulai keluar.

Sebab-sebab kenapa perlu lakukan repot adalah untuk membekalkan pokok anda dengan tanah segar, mendapat nutrien baru dan untuk menggalakkan sistem akar lebih efisien. Jika akar sudah memenuhi pasu, saliran air dan sistem pengudaraan pun akan terganggu, menyebabkan air bertakung dan akar tidak mendapat cukup bekalan oksigen.

Oleh kerana bonsai membesar dalam ruang tanah yang terhad, maka ia dengan cepat boleh mengisi liang tanah dengan akar dan secara drastik mengurangkan AFP (Air-Filled Porosity / porositi yang dipenuhi dengan udara) tanah. Ini mengurangkan oksigen yang tersedia untuk akar yang menghalang pertumbuhan mereka yang seterusnya melambatkan pertumbuhan bahagian atas pokok (dedaun). Kurang daun bermakna kurang fotosintesis yang bermakna kurang karbohidrat yang tersedia untuk pernafasan, kurang bahagian sel, menyebabkan pertumbuhannya terganggu.

Pokok-pokok yang jenis cepat membesar memerlukan repot setiap dua atau tiga tahun, manakala pokok yang sudah matang atau tua hanya perlu repot setiap tiga atau lima tahun. Oleh kerana pokok-pokok tumbuh pada kadar yang berbeza, maka masanya pun tidak selalu sama. Anda perlu periksa sistem akar pokok anda setiap tahun untuk menentukan sama ada ia telah padat dalam pasu atau belum.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (65) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.