Berita Terkini

Surah al-An'am turun sekaligus diiringi oleh tujuh puluh ribu Malaikat

Surah al-An'am
Al-Aufi, Ikrimah, dan Ata telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa surah Al-An'am diturunkan di Mekah. 

Imam Thabrani mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ali ibnu Abdul Aziz, telah menceritakan kepada kami Hajjaj ibnu Minhal, telah menceritakan kepada kami Hammad ibnu Salamah, dari Ali ibnu Zaid, dari Yusuf ibnu Mahran, dari Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-An'am diturunkan di Mekah di malam hari sekaligus, di sekelilingnya terdapat tujuh puluh ribu malaikat, semuanya mengumandangkan tasbih di sekitarnya. 

Sufyan As-Tsauri telah meriwayatkan dari Laits, dari Syahr ibnu Hausyab, dari Asma binti Yazid yang mengatakan, "Surah Al-An'am diturunkan kepada Nabi S.a.w sekaligus, sedangkan ketika itu aku memegang tali kendali untanya. Sesungguhnya hampir saja surah ini mematahkan tulang-tulang unta yang dinaikinya kerana beratnya surah Al-An'am yang sedang diturunkan." 

Syarik telah meriwayatkan dari Laits, dari Syahr, dari Asma yang mengatakan bahawa surah Al-An'am diturunkan kepada Rasulullah S.a.w ketika beliau sedang dalam perjalanannya dengan diiringi oleh sejumlah besar malaikat. Jumlah mereka menutupi semua yang ada di antara langit dan bumi. 

As-Saddi telah meriwayatkan dari Murrah, dari Abdullah ibnu Mas'ud yang mengatakan bahawa surah Al-An'am diturunkan dengan diiringi oleh tujuh puluh ribu malaikat. Hal yang semisal telah diriwayatkan pula melalui jalur lain, bersumber dari Ibnu Mas'ud. 

Imam al-Hakim di dalam kitab Mustadrak-nya. mengatakan bahawa telah menceritakan kepada kami Abu Abdullah Muhammad ibnu Ya'qub Al-Hafidz dan Abul Fadl, iaitu Al-Hasan ibnu Ya'qub Al-Adl; keduanya mengatakan, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Abdul Wahhab Al-Abdi, telah menceritakan kepada kami Ja'far ibnu Aun, telah menceritakan kepada kami Ismail ibnu Abdur Rahman As-Saddi, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnul Munkadir, dari Jabir yang mengatakan bahawa ketika surah Al-An'am diturunkan, Rasulullah S.a.w membaca tasbih, kemudian bersabda: 

"Sesungguhnya surah ini diiringi oleh para malaikat (yang jumlahnya) menutupi cakerawala langit."

Kemudian Imam al-Hakim mengatakan bahawa hadits ini shahih dengan syarat Imam Muslim. 

Abu Bakar ibnu Murdawaih mengatakan. telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Ma'mar, telah menceritakan kepada kami Ibrahim ibnu Durustuwaih Al-Farisi, telah menceritakan kepada kami Abu Bakar ibnu Ahmad ibnu Muhammad ibnu Salim, telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Fudaik, telah menceritakan kepadaku Umar ibnu Talhah Ar-Raqqasyi, dari Nafi' ibnu Malik ibnu Abu Suhail, dari Anas ibnu Malik yang mengatakan bahawa Rasulullah S.a.w telah bersabda;

"Surah Al-An'am diturunkan dengan diiringi oleh sejumlah malaikat yang ramainya menutupi semua yang ada di cakerawala timur dan barat. Suara gemuruh tasbih mereka terdengar, dan bumi bergetar kerananya."

Sedangkan Rasulullah S.a.w sendiri mengucapkan;  "Mahasuci Allah Yang Maha-agung, Mahasuci Allah Yang Maha-agung."

Kemudian Ibnu Murdawaih meriwayatkan dari Imam Thabrani, dari Ibrahim ibnu Nailah, dari Ismail ibnu Umar, dari Yusuf ibnu Atiyyah, dari Ibnu Aun, dari Nafi' dari Ibnu Umar yang mengatakan bahawa Rasulullah S.a.w telah bersabda;

"Surah Al-An'am diturunkan kepadaku sekaligus. dan diiringi oleh tujuh puluh ribu malaikat, dari mereka terdengar suara gemuruh kerana bacaan tasbih dan tahmid."

[Petikan dari Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, Pengenalan Surah al-An'aam]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.