Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

» » » Abu Mahzurah yang mengejek adzan, akhirnya jadi Juru Adzan Rasulullah S.a.w

Adzan prayer Islamic wallpaper
Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Rauh ibnu Ubadah, telah menceritakan kepada kami Ibnu Juraij, telah menceritakan kepada kami Abdul Aziz ibnu Abdul Malik ibnu Abu Mahzurah, bahawa Abdullah ibnu Muhairiz pernah menceritakan kepadanya hadits berikut, sedangkan dia dahulu adalah seorang yatim yang berada di dalam pemeliharaan Abu Mahzurah. Dia berkata, "Aku pernah berkata kepada Abu Mahzurah, "Wahai pakcik, sesungguhnya aku akan berangkat ke negeri Syam, dan aku merasa ingin untuk bertanya kepadamu tentang peristiwa adzan yang dilakukan olehmu"." 

Abdullah ibnu Muhairiz melanjutkan kisahnya: Abu Mahzurah menjawabnya dengan jawapan yang positif, lalu dia menceritakan bahawa dia pernah mengadakan suatu perjalanan dengan sejumlah orang, dan ketika dia bersama teman-temannya berada di tengah jalan yang menuju ke Hunain, saat itu Rasulullah S.a.w dalam perjalanan pulang dari Hunain. 

Kemudian kami (Abu Mahzurah dan kawan-kawannya) bersua dengan Rasulullah S.a.w di tengah jalan. Kemudian juru adzan (Mu'adzin) Rasulullah S.a.w menyerukan adzan untuk shalat dekat Rasulullah S.a.w. Dan kami mendengar suara adzan itu ketika kami mulai menjauh darinya, lalu kami berseru dengan suara keras meniru suara adzan dengan maksud mengejek-ejek suara adzan itu. Ternyata Rasulullah S.a.w mendengar suara kami, lalu beliau mengirimkan seorang utusan kepada kami, dan akhirnya kami dihadapkan ke hadapannya. Maka Rasulullah S.a.w bertanya, "Siapakah di antara kalian yang suaranya tadi terdengar keras olehku?" Maka kaum yang bersama Abu Mahzurah mengisyaratkan kepadanya dan mereka memang benar. Nabi S.a.w melepaskan semuanya, sedangkan Abu Mahzurah ditahannya, lalu beliau bersabda, "Berdirilah dan serukanlah azan!" 

Abu Mahzurah berkata, "Maka aku terpaksa berdiri. Ketika itu tiada yang aku segani selain Rasulullah S.a.w dan apa yang beliau perintahkan kepadaku. Lalu aku berdiri di hadapan Rasulullah S.a.w dan Rasulullah S.a.w sendiri mengajarkan kepadaku kalimat adzan, iaitu; 

"Allah Mahabesar, Allah Mahabesar. Aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah, aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah, aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah. Marilah salat, marilah salat, marilah kepada kejayaan, marilah kepada kejayaan. Allah Mahabesar. Allah Mahabesar, tidak ada Tuhan selain Allah."

Setelah aku selesai menyeru adzan, Nabi S.a.w memanggilku dan memberiku sebuah kantung yang berisi sejumlah mata wang perak." Kemudian beliau meletakkan tangannya ke atas ubun-ubun Abu Mahzurah, lalu mengusapkannya sampai ke wajahnya, lalu turun ke kedua sisi dadanya, ulu hatinya. hingga tangan Rasulullah S.a.w sampai kepada pusat Abu Mahzurah. Setelah itu Rasulullah S.a.w bersabda, "Semoga Allah memberkati dirimu, dan semoga Allah memberkati perbuatanmu." 

Lalu aku (Abu Mahzurah) berkata, "Wahai Rasulullah, perintahkan-lah aku untuk menjadi juru azan di Mekah." Rasulullah S.a.w bersabda, "Aku telah perintahkan engkau untuk mengembang tugas ini." Sejak saat itu lenyaplah semua kebenciannya terhadap Rasulullah S.a.w dan kejadian tersebut membuatnya berubah, seluruh jiwa raganya menjadi sangat mencintai Rasulullah S.a.w. 

Kemudian dia datang kepada Attab ibnu Usaid, Amil Rasulullah S.a.w (di Mekah), lalu dia menjadi juru adzan shalat bersama Attab ibnu Usaid atas perintah dari Rasulullah S.a.w. 

Abdul Aziz ibnu Abdul Malik berkata, telah bercerita kepadanya hal yang sama. "Semua orang yang sempat aku jumpai dari keluarga-ku yang pernah menjumpai masa Abu Mahzurah menceritakan kisah yang sama seperti apa yang diceritakan oleh Abdullah ibnu Muhairiz kepadaku." Hal yang sama telah diriwayatkan pula oleh Imam Ahmad. 

Imam Muslim di dalam kitab Shahih-nya dan Ahlus Sunan yang empat orang telah meriwayatkannya melalui jalur Abdullah ibnu Muhairiz, dari Abu Mahzurah yang namanya adalah Samurah ibnu Mu'ir ibnu Luzan, salah seorang dari empat orang mu'adzin Rasulullah S.a.w. Dia adalah mu'adzin Mekah dalam waktu yang cukup lama. 

[Petikan dari Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, Surah al-Maa-idah, ayat 58]


p/s: Lihatlah cara Rasulullah S.a.w berdakwah, penuh ketenangan dan berhikmah. Tidak seperti kebanyakan kita sekarang yang cepat melenting, melatah, mengutuk dan seumpamanya.

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Tiada ulasan:

Leave a Reply

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (8) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (126) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (20) Kamera digital (15) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (108) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (22) Perang (32) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (59) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (20) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (42) Teknologi (232) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (160) Time lapse (39) Timur Tengah (174) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (291) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)