Berita Terkini

Rasulullah melihat Gambaran Seksaan ke atas Pemakan Harta Anak Yatim

Batu berapi
Di dalam kitab Shahihain melalui hadits Sulaiman ibnu Bilal, dari Saur ibnu Yazid, dari Salim Abul Gais, dari Abu Hurairah, disebutkan bahawa Rasulullah S.a.w pernah bersabda;

اجتنبوا السَّبْعَ المُوبقات " .

قالوا :" وما هُنَّ يا رسولَ الله ؟؟ " .

  قال رسول الله  

الشرك بالله والسحر وقتل النفس التي حرم الله الا بالحق واكل الربا واكل مال اليتيم والتولي يوم يوم الزحف وقذف المؤمنات المحصنات الغافلات

"Jauhilah oleh kalian tujuh jenis dosa yang membinasakan." Ditanyakan, "Apa dosa-dosa itu wahai Rasulullah?" Beliau S.a.w menjawab, "Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan alasan yang hak, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang, menuduh berzina wanita-wanita mu'min yang memelihara kehormatannya yang sedang lalai."

Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami ayahku, telah menceritakan kepada kami Ubaidah, telah menceritakan kepada kami Abdul Aziz ibnu Abdus Samad al-Ama, telah menceritakan kepada kami Abu Harun al-Abdi, dari Abu Sa'id al-Khudri yang mengatakan bahawa kami pernah bertanya, "Wahai Rasulullah, apa yang telah engkau lihat sewaktu engkau melakukan Isra'? Nabi S.a.w menjawab, "Aku dibawa ke arah sekumpulan makhluk Allah yang jumlahnya banyak, semuanya terdiri dari kaum lelaki. Masing-masing mereka memegang sebuah pisau besar seperti yang digunakan untuk menyembelih unta. Mereka ditugaskan untuk menyeksa sejumlah orang yang terdiri dari kaum lelaki. Mulut seseorang dari mereka dibelah, lalu didatangkan sebuah batu besar dari neraka, kemudian dimasukkan ke dalam mulut seseorang di antara mereka hingga batu besar itu keluar dari bahagian bawahnya, sedangkan mereka menjerit dan mengeram (kerana teramat sakit). Lalu aku bertanya, "Wahai Jibril, siapakah mereka?" Jibril menjawab;

"Mereka adalah orang-orang yang memakan harta anak yatim secara aniaya, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya, dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)."

As-Saddi mengatakan bahawa di Hari Kiamat kelak pemakan harta anak yatim dibangkitkan, sedangkan dari mulut dan telinganya, kedua lubang hidung dan kedua matanya keluar api, setiap orang yang melihatnya mengetahui bahawa  dia adalah pemakan harta anak yatim.

Ibnu Murdawaih mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ishaq ibnu Ibrahim ibnu Zaid, telah menceritakan kepada kami Ahmad ibnu Amr, telah menceritakan kepada kami Uqbah ibnu Makram, telah menceritakan kepada kami Yunus ibnu Bukair, telah menceritakan kepada kami Ziad ibnul Munzir, dari Nafi' ibnul Harits, dari Abu Barzah, bahawa Rasulullah S.a.w pernah bersabda;

يُبْعَثُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ القومُ مِنْ قُبُورِهِمْ تَأَجَّجَ أَفْوَاهُهُمْ نَارًا

"Dibangkitkan di Hari Kiamat suatu kaum dari kuburan mereka, sedangkan dari mulut mereka keluar api yang menyala-nyala."

Ketika ditanyakan, "Wahai Rasulullah, siapakah mereka?" Beliau bersabda, "Tidakkah kamu membaca firman-Nya yang mengatakan;

"Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim..." [Surah an-Nisaa' : 10] hingga akhir ayat.

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, Surah an-Nisaa', ayat 10]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (86) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.