Assalaamu'alaikum w.b.t dan salam sejahtera. Saya TERkumpul kad jemputan kahwin sejak tahun 1991 dulu. Padahal mula-mulanya bukan minat atau nak jadikan hobi sangat, tapi lama-kelamaan dah jadi tabiat lah pulak.
Tahun 1991 - 1997
Kad-kad jemputan kahwin sekitar tahun-tahun ini sangat simple dan biasanya dibuat dari kertas A4 dan manila kad, kemudian di fotostat sahaja. Tulisan pun hanya berwarna hitam, beserta kertas yang mempunyai satu warna sahaja. Ini kerana kos percetakan sangat mahal lagi waktu ini. Kalau kad-kad jemputan yang menggunakan kertas mahal sikit, dan ada wangi-wangian, itu sudah tahap anak Dato' :-D
Tahun 1998 - 2010 saya tak terkumpul lah pulak. Antaranya kerana zaman belajar, bekerja di tempat lain dan sebagainya, dan tinggal merata-rata, bukannya di kampung.
Tahun 2011 - 2013
Sekitar tahun-tahun ini sudah banyak perbezaan dan "upgrade" pada kad-kad kahwin, seiriing dengan perkembangan teknologi. Semakin berwarna-warni dengan kertas yang berkualiti, mengalahkan kad kahwin anak Dato' sekitar tahun 90an dulu. Dah macam-macam idea dan tema depa bikin, Ada kad macam tiket bas lah, bekas coklat Cadbury, tiket kapal terbang Air Asia, kertas peperiksaan, cek bank, homepage Facebook, kad yang ada riben dan camam-camam.
Tahun 2014
Kad kahwin terus mengalami proses upgrade, tetapi masih tidak ketara dengan tahun-tahun 2010 ke atas sebelum ini. Tetapi jarang-jarang sekali masih ada lagi kad kahwin yang hanya dicetak pada kertas A4. Itu bagi orang yang tidak mempunyai kemampuan lebih dan ada juga yang "zuhud" lah saya rasa hehe. Bagus lah tu, simple je.
Sekarang, bukan hanya orang buat kad kahwin dengan kertas, kain atau plastik, tetapi juga kad jemputan elektronik melalui internet dan sebagainya. Akan datang tak tahulah, mungkin keluar kad hologram, kad ber"video" dan suara :-P
Zaman berubah, cara hidup manusia berubah, habis semua berubah. Kiamat juga penutup segalanya di dunia ini nanti :-)

Good blog! You have described in a nice way.
BalasPadamThanks for sharing this information.
kadkahwinservices