Berita Terkini

Wartawan Russia Today letak jawatan, kecewa liputan berat sebelah tragedi MH17

Sara Firth resigned from Russia Today
Wartawan Russia wanita yang bertugas di London untuk Russia Today meletakkan jawatan pada hari Jumaat kerana katanya rangkaian biayaan Kremlin itu "mengabaikan sepenuhnya" fakta-fakta berkenaan pesawat Malaysia Airlines MH17 yang terhempas pada hari Khamis. Dia juga menuduh RT sebagai "menyebarkan pembohongan" untuk Vladimir Putin, lapor The Blaze.

"Saya meletakkan jawatan hari ini. Saya sangat menghormati rakan setugas saya tetapi saya berpegang kepada kebenaran," kata Sara Firth menerusi laman Twitternya @Sara_Firth.

Firth memberitahu BuzzFeed beliau percaya RT dengan "tidak hormat" nya cuba untuk menyalahkan kemalangan itu pada kerajaan Ukraine.


Sementara itu, stesen RT yang dibiayai kerajaan Russia dalam reaksinya kepada AFP berkata, "Firth meluahkan pendiriannya yang memilih kebenaran tetapi pihak kami mempunyai versi tersendiri mengenai maksud sebenar kebenaran."

"Kami percaya kebenaran adalah dari kaca mata wartawan kami di lapangan dan bukan apa yang dilaporkan oleh akhbar di London," kata Anna Belkina seorang jurucakap stesen itu menerusi e-mel, lapor Awani.

Tambahnya, RT tidak terkejut dengan keputusan Firth itu kerana wartawan itu dikatakan pernah menyuarakan hasrat untuk bertukar kerja.

Perletakan jawatan Firth adalah insiden terbaru yang dihadapi oleh RT susulan banyak kritikan dan bidasan yang dilemparkan terhadap stesen itu, terutamanya menerusi laman Twitter.

Firth membuat kenyataan selepas seorang blogger menuduh rakan sekerjanya, Polly Boiko mengambil rasuah untuk membantu menyebarkan penipuan Presiden Russia Vladmir Putin mengenai perkara sebenar yang berlaku terhadap pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis.

“Apa yang saya sebarkan?” tanya Boiko dalam reaksi balasnya.

“Penipuan,” jawab Firth. "Kami (wartawan) sememangnya bekerja untuk Putin. Kami diminta setiap hari untuk melaporkan perkara yang tidak benar."

“Kami hanya makan gaji dan kerana itu kami harus mematuhinya,” tambahnya.

Firth juga menukar nama akaun Twitternya @SaraFirth_RT bagi mengelak dari dikaitkan dengan saluran televisyen itu lagi.

Laporan terakhirnya dari London adalah Selasa lalu.

Amerika Syarikat sebelum ini berkata mereka percaya pesawat MH17 ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu oleh kumpulan pemberontak Ukraine.

Stesen RT bagaimanapun melaporkan pihak Ukraine yang harus dipersalahkan dengan mendakwa peluru berpandu dilancarkan oleh negara itu tanpa memaklumkan sistem terbabit juga berkemungkinan digunakan pihak kumpulan pemisah.

RT sememangnya menjadi tumpuan atas laporannya yang ternyata berat sebelah dan cenderung kepada Moscow terutamanya berkaitan krisis di Ukraine.


Mac lalu, seorang lagi wartawannya, Liz Wahl membuat pengumuman meletak jawatan sewaktu satu siaran langsung. RT sebaliknya menuduh Wahl hanya cuba mempromosi diri.

Firth telah menjadi wartawan di saluran itu sejak tahun 2009, menurut beliau di halaman LinkedIn. Beliau juga menulis blog untuk Huffington Post.

"Terdapat banyak teori konspirasi mengenai RT tetapi saya secara peribadi tidak pernah terlibat dengan-nya dan tidak akan bertolak ansur," ujar beliau.

[The Blaze / Malaysian Insider / Huffington Post]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.