Berita Terkini

Kisah Pasir yang dibawa oleh Nabi Ibrahim menjadi Makanan

Timbunan pasir
Abdur Razzaq meriwayatkan dari Ma'mar, dari Zaid ibnu Aslam, bahawa Raja Namrud menyimpan makanan asasi dan orang-ramai datang kepadanya untuk makanan itu. Lalu Namrud mengirimkan sejumlah utusan-nya, mengundang Nabi Ibrahim a.s untuk makanan tersebut.

Setelah terjadi perdebatan antara keduanya, maka Nabi Ibrahim tidak diberikan makanan itu walau sedikit pun, sebagaimana orang-orang lain diberi makanan, bahkan dia keluar tanpa membawa makanan sedikit pun. 

Ketika Nabi Ibrahim telah berada dekat dengan rumah keluarganya, dia menuju ke satu timbunan pasir, maka dia memenuhi kedua kantungnya dengan pasir itu, kemudian berkata, "Aku akan menyibukkan keluargaku dari mengingatiku, setelah aku datang kepada mereka."

Ketika dia datang, dia langsung meletakkan pelana kenderaan-nya yang berisikan pasir itu dan terus bersandar, lalu tidur.

Maka isterinya (iaitu Sarah) bangkit menuju ke arah kedua kantung tersebut, dan ternyata dia mendapati keduanya dipenuhi oleh makanan yang baik

Ketika Nabi Ibrahim a.s bangun dari tidurnya, dia mendapati apa yang telah dimasak oleh keluarganya, lalu dia bertanya, "Dari mana kah kalian memperolehi semua ini?" Sarah menjawab, "Dari orang yang engkau datang darinya."

Maka Nabi Ibrahim menyedari bahawa perkara tersebut merupakan rezeki dari Allah yang dianugerahkan kepadanya.

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, surah al-Baqarah, ayat 258]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.