Pihak berkuasa Kuwait memenjarakan seorang pegawai polis kerana menyimpan janggut tanpa kebenaran, melanggar undang-undang Kementerian Dalam Negeri yang mengharamkan polis daripada mempunyai janggut panjang.
Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Leftenan Jeneral Suleiman Al Fahd mengarahkan pemenjaraan Major yang tidak diberitahu nama selepas menyedari janggutnya yang panjang.
"Dia juga memperingatkan pegawai lain dengan pangkat Leftenan Kolonel, yang ingin memiliki janggut panjang agar memotongnya," kata akhbar harian berbahasa Arab iaitu Al Watan pada hari Ahad (11/5/2014).
Dikatakan perintah itu selaras dengan undang-undang baru, yang melarang polis memiliki janggut lebih dari 1.5 cm tanpa izin terlebih dahulu.
[Emirates 24/7 / Gambar dari kvartha.com]
p/s: Apa kes ni? Yang sunnah makin dilarang .......