Berita Terkini

Memberi Maaf bermanfaat positif untuk Kesihatan Fizikal

Hasil kajian terbaru dari School of Psychology and Neuroscience University of St Andrews di Scotland mendedahkan, mereka yang mampu memaafkan kesalahan diri dan orang lain lebih cenderung mampu melupakan kesalahan itu.

"Belajar untuk memaafkan orang lain boleh bermanfaat positif bagi kesihatan fizikal dan mental seseorang," kata Saima Noreen, penulis utama kajian, seperti dilaporkan oleh Medical Daily.

Dalam kajian ini, para penyelidik melibatkan 30 orang peserta untuk meneroka hubungan antara memaafkan dan melupakan. 

Para penyelidik lalu meminta masing-masing peserta membaca 40 senario yang mengandungi kesalahannya, termasuk kecurangan, fitnah, dan kecurian. 

Selanjutnya, para peserta menilai setiap kesalahan yang telah dilakukan dan menjawab soalan, "Jika anda adalah mangsa, adakah anda memaafkan kelakuan buruk tersebut?" 

Dua minggu kemudian, para peserta ini kembali diminta membaca senario kesalahan mereka. Namun, kali ini masing-masing senario berpasangan dengan kata isyarat yang tertulis dengan tinta merah atau hijau.

Bila kata isyarat muncul dengan warna hijau, maka peserta diminta untuk mengingat senario berkaitan; tapi ketika kata isyarat muncul dengan warna merah, mereka diminta mengelakkan berfikir tentang senario itu. 

Para penyelidik menggunakan standard berfikir ini untuk menguji sama ada pengampunan boleh mempengaruhi proses melupakan. Prosedur dasarnya ialah melatih orang untuk melupakan maklumat tertentu atau terperinci, dan ini sering digunakan dalam penyelidikan ingatan. 

Hasil kajian menunjukkan, para peserta yang mampu memaafkan kesalahan mereka di senario pertama, dapat melupakan kesalahan itu, walaupun pada senario kedua.

Hal ini mendedahkan, sekali kesalahan telah dimaafkan, maka secara psikologi lebih mudah untuk dilupakan. 

Sementara berdasarkan perspektif ilmu kognitif, mengatasi emosi negatif yang kuat pada seseorang yang melakukan kesalahan pada kita dan menolak dorongan untuk membalas dendam adalah dua sifat yang dianggap sebagai fungsi kawalan eksekutif.

Kajian terdahulu menunjukkan, kawalan eksekutif juga terlibat dalam kemampuan untuk melupakan. Mungkin ini mekanisme kognitif yang menghubungkan antara memaafkan dan melupakan.



خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ

"Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang jahil."  [Surah Al-A'raaf : ayat 199]

Abdur Rahman ibnu Zaid ibnu Aslam mengatakan berhubung dengan makna firman Allah "Jadilah engkau pemaaf .." Allah memerintahkan Nabi S.a.w agar bersifat pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi orang-orang musyrik selama 10 tahun. Kemudian Nabi S.a.w diperintahkan untuk bersikap kasar terhadap mereka. Pendapat inilah yang dipilih oleh Ibnu Jarir at-Thabari. 

Sebahagian orang telah meriwayatkan dari Mujahid berhubungan dengan firmanNya "Jadilah engkau pemaaf ..",  yakni terhadap sikap dan perbuatan orang lain tanpa mengeluh.

Di dalam kitab Shahih Bukhari disebutkan dari Hisyam, dari ayahnya, dari Urwah, dari saudaranya (iaitu Abdullah ibnu Zubair) yang mengatakan bahawa sesungguhnya ayat yang mengatakan "Jadilah engkau pemaaf ..", yakni terhadap akhlak manusia. 

Tentang maksud ayat "... berpalinglah daripada orang-orang yang jahil."  Ibnu Katsir menyebut, "Sebahagian ulama mengatakan bahawa manusia itu ada 2 jenis; 

Pertama: Orang yang baik, terimalah kebajikan yang diberikannya kepadamu, janganlah kamu membebaninya dengan sesuatu yang di luar kemampuannya, jangan pula yang menyempitkan dirinya.

Kedua: Orang yang buruk, maka perintahkanlah dia untuk berbuat yang ma'ruf (kebaikan). Jika dia tetap tenggelam dalam kesesatannya serta membangkang (tidak mahu menurut nasihatmu), serta terus menerus dalam kejahilannya, maka berpalinglah kamu darinya. Mudah-mudahan dengan berpalingnya kamu darinya dapat menolak tipu muslihatnya terhadap dirimu, seperti yang disebutkan oleh firman Allah S.w.t;

ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ السَّيِّئَةَ نَحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَصِفُونَ.   وَقُلْ رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ.   وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُرُونِ  

"Tolaklah perbuatan buruk mereka dengan yang lebih baik. Kami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan.  Dan katakanlah; "Ya Tuhanku, aku berlindung kepada Engkau dari bisikan syaitan. Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku."  [Surah Al-Mu'minuun : ayat 96 - 98]

[Tafsir Ibnu Katsir]

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.