Ketika kita memerhatikan planet kita dari luar, kelihatan bola biru yang tengah terapung tenang di alam semesta yang luas ini. Tapi tatkala kita masuk ke bahagian dalam Bumi kita akan menjumpai retakan, celah, getaran serta reaksi kimia. Bahkan kita akan kehairanan dengan kepadatan panas yang terdapat di dalamnya.
Dahulu dikatakan bahawa gempa hanya terhad pada bahagian-bahagian tertentu pada Bumi, tapi setelah tersedianya alat canggih dalam pengukuran, penyelidikan membuktikan bahawa semua bahagian Bumi terpengaruh dari retak dan kejutan yang dihasilkan oleh gempa. Kadangkala bila gempa terjadi kita tidak merasakannya kecuali jika kekuatan goncangnya tergolong besar.
Dahulu dikatakan bahawa gempa hanya terhad pada bahagian-bahagian tertentu pada Bumi, tapi setelah tersedianya alat canggih dalam pengukuran, penyelidikan membuktikan bahawa semua bahagian Bumi terpengaruh dari retak dan kejutan yang dihasilkan oleh gempa. Kadangkala bila gempa terjadi kita tidak merasakannya kecuali jika kekuatan goncangnya tergolong Besar.
Maka dari itu saintis membuat kesimpulan bahawa retak pada Bumi akan terus-menerus bertambah seiring terjadinya gempa, seperti yang disampaikan dalam al-Quran:
وَالْأَرْضِ ذَاتِ الصَّدْعِ
"dan bumi yang mempunyai Retakan." (Surah Ath-Thaariq: 12)
Dalam ayat ini Allah SWT bersumpah dengan ciptaan-Nya iaitu Bumi beserta dengan fenomena geologinya yang menakjubkan iaitu Retakan Bumi, الصدع (Retakan) dalam bahasa Arab boleh bererti 'pecahan'. Dan jika benar Bumi memiliki retakan maka dimanakah letak retakan itu?
Gambar Lava yang mengalir keluar dari celah retakan Bumi kemudian mengeras lalu membatu
Sejak memasuki awal abad ke-20 saintis mula menyedari bahawa kerak Bumi beserta dengan lapisannya ibarat bahagian yang terdiri dari ruas-ruas membentang ribuan kilometer yang membahagikan planet ini. Mereka memberikan gambaran peta yang menjelaskan keadaan ruas retak Bumi atau celah rangkaian yang membentang.
Dan pada akhirnya mereka pun menjumpai keretakan yang besar terbentang sepanjang lebih dari 40 ribu kilometer dan mereka menamainya `Pacific Ring of Fire`. Lingkaran ini dijumpai di dasar Lautan Pasifik dan memanjang di sepanjang pantai barat Amerika melalui Alaska dan Jepun, Filipina, Indonesia dan Kepulauan Pasifik Barat dan New Zealand.
Sesungguhnya reaksi kejutan (Gempa) pada lingkaran ini menyebabkan ruas-ruas pada Bumi saling berlanggar, para saintis juga menjelaskan bahawa 90 peratus gempa yang terjadi di Bumi tertumpu pada lingkaran ini (menurut US Geological Agency USGS).
Gambar Pacific Ring of Fire yang berada di dasar samudera
Lingkaran Panjang ini merupakan Retakan Terpanjang di Dunia dan merupakan salah satu daerah yang paling berbahaya dan para saintis menganggapnya sebagai salah satu Fenomena Alam yang aneh dan unik.
Tetapi timbul pertanyaan Kenapa Fakta Geologi ini disebutkan dalam Al-Quran?
Jawapannya adalah kerana Allah SWT ingin memperlihatkan fenomena geologi yang penting ini kepada para Ateis dan pengingkar kebenaran agama Islam, agar mereka mengakui bahawa sebelumnya di alam semesta ini yang penuh dengan rahsia tersembunyi tidak ada seorang pun yang tahu tentang fenomena retak tersebut, hingga diturunkannya Al-Quran yang menyebutkan fakta ilmiah tersebut dalam ayat:
وَالْأَرْضِ ذَاتِ الصَّدْعِ * إِنَّهُ لَقَوْلٌ فَصْل
"Dan Bumi yang memiliki retak. Sesungguhnya Al-Quran itu benar-benar firman yang memisahkan antara yang hak dan yang bathil." (Surah Ath-Thaariq: 12-13)
Apabila mereka telah mengetahui perkara tersebut maka semestinya mereka perlu sedari bahawa Al-Quran bukanlah buatan manusia melainkan perkataan yang sangat jelas dan terperinci dari Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui rahsia langit dan bumi.
Rujukan:
1 - Walker, J.C. History of the Earth (Jones and Bartlett, 1985)
2 - Butterfield, Moira. The Earth (Kingfisher, 1992).
3 - Bramwell, Martyn. The Simon and Schuster Young Reader's Book of Planet Earth (Simon and Schuster, 1992).
4 - Inside the Earth, www.usgs.gov
5 - http://www.nps.gov/history/history/online_books/hawaii-notes/vol4-2-7e.htm
[Era Muslim / Terjemahan dari kaheel7.com oleh Khairul Amri H]