Berita Terkini

Ubati orang sakit dengan tidak paksa makan atau minum apa yang tidak disukainya

Dari Uqbah ibnu Amir al-Juhanny dia berkata, Rasulullah S.a.w bersabda;

لا تكرهوا مرضاكم على الطعام والشراب فإن الله يطعمهم ويسقيهم

"Janganlah kamu memaksa makanan dan minuman kepada orang sakit di antara kamu, kerana Allah memberi mereka makan dan minum."  [HR Ibnu Majjah dan at-Turmudzi. Dalam riwayat at-Turmudzi tidak ada lafaz الشراب / 'minum']

Ramai para doktor yang mengatakan, "Alangkah besar manfaat yang terkandung dalam penuturan Nabawy yang mengandungi hikmah ilahi ini. Hal ini harus jadi perhatian bagi para doktor dan siapa pun yang biasa mengubati orang sakit. Sebab jika orang sakit menolak atau merasa mual oleh makanan dan minuman, kerana tabiatnya yang sibuk menghadapi sakit atau nafsu makannya yang merosot atau kerana tubuhnya yang tidak memiliki kehangatan. Maka dalam keadaan seperti itu dia tidak boleh diberi makanan."

Rasa lapar adalah usaha pencarian yang dilakukan anggota tubuh sebagai peranan tabiat mencari pengganti dari kekosongan yang dialaminya, sehingga tabiat ini terdorong untuk mencari apa yang boleh dimasukkan ke dalam perut, lalu tabiat itu pun bekerja dengan sendirinya. Jika seseorang merasa sakit, maka tabiat menghambatnya untuk mencari makanan atau minuman dia dipaksa, bererti alat pencernaannya dipaksa untuk bekerja, sehingga ini boleh menimbulkan akibat yang kurang baik baginya, apalagi dalam keadaan kritis.

Memang kadang-kadang orang yang sakit harus dipaksa makan dan minum. Tapi hal ini boleh dilakukan ketika fungsi akal tidak berjalan normal. Jadi ini merupakan masalah umum yang harus dikhususkan. 

Sabda baginda S.a.w, "Allah memberi mereka makan dan minum," mengandungi pengertian yang lembut bagi doktor yang memiliki kepedulian terhadap masalah kejiwaan, hati dan ruh serta pengaruhnya terhadap badan. Jika jiwa manusia disibukkan dengan sesuatu yang disenangi, dibenci atau yang ditakuti, maka dia tidak peduli lagi terhadap makan dan minum, tidak merasa lapar dan haus, bahkan tidak pula panas dan dingin, bahkan sakit pun tidak dirasakannya. 

Jika seseorang merasa senang lalu dia makan, maka pengaruh makanan yang menimbulkan kekuatannya akan mengalir ke wajahnya, sehingga wajahnya nampak berseri. Tapi jika dia merasa sakit atau sesuatu yang membuatnya merasa sedih, maka dia tidak terdorong untuk mencari makanan atau minuman, sehingga kekuatannya menjadi lemah dan membuat mukanya muram, kerana tidak mendapat aliran darah secara normal.  Jika dia dipaksa untuk makan, maka akan terjadi pertentangan di dalam dirinya, sehingga kadang-kadang kekuatannya muncul dan kadang-kadang tersembunyi. Pertentangan ini tak ubah seperti pertempuran antara dua musuh, dan kemenangan akan diraih oleh satu pihak. Sedangkan yang kalah akan mati, luka atau ditawan.

Orang yang sakit tentu mendapat pertolongan Allah, berupa aliran darah dalam tubuhnya, meskipun keadaan satu orang berbeza dengan orang lain. Keadaan ini membuatnya dekat dengan Allah, dan di saat dia pasrah itulah merupakan keadaan yang paling dekat antara dirinya dengan Allah. Selagi dia merasakan kedekatan dengan Allah, imannya kuat, kecintaannya menebal kepada Allah, maka dia akan mendapat pengubatan yang tidak boleh dia dapatkan dari doktor mana pun. Iman, tawakkal dan kepasrahan diri beliau kepada Allah adalah yang paling kuat. 

Maka Nabi S.a.w mampu berpuasa hingga beberapa hari tanpa makan dan minum selama itu. Tapi Nabi S.a.w melarang umatnya untuk berpuasa terus-menerus ini, kerana keadaan Nabi S.a.w berbeza dengan keadaan mereka. 

[Petikan dari kitab Ringkasan Zaad al-Ma'ad - Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah]

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.