Berita Terkini

Menyembunyikan ilmu dan kedekut ilmu

"Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri, (iaitu) orang-orang yang kedekut dan menyuruh manusia berbuat kedekut." [Surah Al Hadid : 23-24]

"Dan menyembunyikan kurnia Allah yang telah diberikan-Nya kepada mereka." [Surah An Nisa : 37]

Allah menggambarkan mereka sebagai kaum yang kedekut, iaitu kedekut dalam soal ilmu dan harta, walaupun alur ayat ini menunjukan bahawa yang dimaksudkan adalah kedekut dalam ilmu. Oleh sebab itu, Allah juga menggambarkan mereka dalam banyak ayat sebagai kaum yang menyembunyikan ilmu. Seperti dalam firman-Nya:

"Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi Kitab (iaitu): "Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada manusia, dan jangan kamu menyembunyikannya," lalu mereka melemparkan janji itu ke belakang punggung mereka dan mereka menukarnya dengan harga yang sedikit. Amatlah buruknya tukaran yang mereka terima." [Surah Aali-Imran : 187] 

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah kami menerangkannya kepada manusia dalam Al kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (mahluk) yang dapat melaknati.  Kecuali mereka yang telah Taubat dan mengadakan perbaikan dan menerangkan (kebenaran), Maka terhadap mereka itulah Aku menerima taubatnya dan Akulah yang Maha menerima Taubat lagi Maha Penyayang." [Surah Al-Baqarah : 159-160]

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, iaitu Al-Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit (murah), mereka itu sebenarnya tidak memakan (tidak menelan) ke dalam perutnya melainkan api, dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat dan tidak mensucikan mereka dan bagi mereka siksa yang amat pedih."  [Surah Al Baqarah : 174]

"Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan; "Kami telah beriman". dan bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan; "Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok." [Surah Al Baqarah : 14]

Allah mensifati bahawa mereka dengan kata-kata "yang dimurkai" itu kerana mereka mempunyai kesukaan menyembunyikan ilmu, kadang-kadang kerana kedekut, kadang-kadang untuk mencari dunia sebagai gantinya, kadang-kadang juga kerana takut kalau yang mereka kemukakan, akan berbalik menghentam mereka sendiri. Hal ini telah menimpa sebahagian golongan ahli ilmu. Mereka kadang-kadang menyembunyikan kerana kedekut atau kerana takut orang lain ikut memperoleh keutamaannya. Kadang-kadang pula kerana mengejar kedudukan atau harta. Dia bimbang, kalau ilmu tersebut akan ditempatkan, akan mengurangkan kedudukan sosial mereka atau akan berkurang nilai hartanya. Kadangkala terjadi, dia berlainan pendapat dengan orang lain. Atau bersengketa dengan satu kumpulan yang berbeza pendapat dengannya. Lalu dia menyembunyikan ilmu yang mengandungi hujjah bagi lawannya itu. Meskipun dia sendiri tak yakin sama ada lawannya itu salah.

Oleh sebab itu, Abdurrahman bin Mahdi dan ulama lain menyatakan: "Para ahli ilmu itu menuliskan setiap hujjah yang menguatkan atau melemahkan mereka. Sedangkan pengikut hawa nafsu hanya menulis hujjah yang menguatkan buat mereka. "Maksud di sini bukanlah menjabarkan hal-hal yang wajib dan sunnah. Namun tujuannya adalah untuk mengingatkan inti persoalan yang dapat difahami oleh orang berakal, agar bermanfaat baginya.


Pangkal kekufuran Yahudi dan Nasrani

Pangkal kekufuran Yahudi adalah kerana mereka TAK MENGAMALKAN ILMUNYA. Padahal mereka mengetahui kebenaran, ........

Sedangkan kekufuran Nasrani berpangkal dari amal perbuatan mereka yang TANPA ILMU. Mereka berijtihad sendiri dalam banyak ragam ibadah, tanpa ada ajaran dari Allah.......

Sebab itu para ulama Salaf seperti Sufyan ibnu Uyainah dan lain-lainnya menyatakan, "Para ulama kita yang MENYELEWENG, mempunyai kemiripan dengan orang-orang Yahudi. Sedangkan ahli ibadah kita yang MENYIMPANG, mempunyai kemiripan dengan Nasrani."

[Petikan-petikan dari Syeikh Ibnu Taimiyyah - Iqtidha' as-Sirath Al-Mustaqim]


Semoga kita dijauhkan dari unsur-unsur seperti mereka, amiin .......

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat." [Hadits Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi]

Pengecualian terhadap kewajipan menyampaikan ilmu dikemukakan oleh Imam al-Qurthubi, bahawa tidak dibenarkan mengajar al-Quran dan ilmu lain kepada orang kafir sehingga dia masuk Islam. Tidak dibenarkan mengajar cara berdebat dan berhujjah kepada orang yang suka mengada-ada kerana bimbang dia akan menggunakannya untuk berhujah terhadap para penegak kebenaran. Tidak dibenarkan mengajar saling bermusuhan sehingga terputus hubungan di antara mereka. Tidak boleh mengajarkan takwil kepada penguasa, jika dikhuatiri dia akan menggunakannya untuk menipu rakyat. Tidak boleh mengajarkan ruhksah kepada orang yang bodoh, kerana mereka akan meninggalkan kewajipan. (al Jami' li Ahkam al-Qur'an, 2 : 185)

Al-Qurthubi mengemukakan hadits dari Abu Hurairah yang menyembunyikan ilmu kerana kebimbangan, "Saya menyimpan dari Rasulullah S.a.w dua wadah (hadits). Salah satu dari keduanya saya siarkan. Sementara yang lain kalau saya siarkan, maka kerongkong ini akan dipotong."  [Hadits Riwayat Bukhari]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.