Turki meneruskan kejutan-kejutannya, kini Turki membina masjid di bawah tanah yang pertama dibina di daerah Buyukcekmece di Istanbul, reka bentuk seni bina yang pernah memenangi peringkat pertama dalam pertandingan Seni Bina Fest Dunia untuk kategori tempat ibadah.
"Masjid adalah tempat untuk intropeksi dan Sholat," kata Mehmet Narin, Mufti Buyukcekmece mengatakan kepada World Buletin pada Isnin, 4 November.
"Masjid adalah lanjutan daripada Kaabah," tambahnya.
Penggabungan intipati Islam dan sandaran reka bentuk dengan sentuhan kemodenan, Masjid Sancaklar yang diilhamkan oleh Gua Hira, tempat Nabi Muhammad S.A.W pertama kali menerima wahyu.
Dibina tujuh meter di bawah permukaan, masjid ini dibina oleh arkitek Turki, Emre Arolat.
Masjid dengan luas 1,200 meter persegi di bawah tanah, diterangi oleh beberapa jalur lampu dan cahaya matahari untuk menampakkan kesan persekitaran spiritual.
Bermula dari reka bentuk masjid standard, Masjid Sancaklar mempunyai ruang ibadah yang luas. Dengan kapasiti daya tampung lebih dari 650 jamaah.
Menjadi Masjid bawah tanah pertama di dunia, Masjid Sancaklar direka tanpa menara atau sabit.
[Era Muslim / Emre Arolat Architects]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)