Berita Terkini

Bagaimana ketawa Umar bin Al-Khattab

Dari semua aktiviti tubuh yang begitu selesa dilakukan manusia adalah ketawa. Ringan. Lepas tanpa beban. Tawa menggambarkan suasana bahagia dari si pemiliknya.

Orang boleh meneka suasana seperti apa yang sedang dialami seseorang dari ekspresi tawanya. Ada yang lepas, menandakan sebuah kebahagiaan alami. Ada yang terbahak, menandakan sebuah kepuasan yang tiada tara. Dan, ada yang tertahan; sebagai tanda keraguan. Atau bahkan keterpaksaan.

Buat mereka yang piawai menguruskan ekspresi, tawa boleh dijadikan topeng. Tawanya seolah memperlihatkan kepuasan jalinan persahabatan, padahal hatinya menyimpan dendam. Ada juga yang demi tuntutan awam, tawanya menutupi rasa duka yang disembunyikan.

Ada makna lain dari ketawa. Makna ini biasa ditangkap dari ekspresi tawa para pemimpin. Boleh jadi pemimpin negeri, masyarakat, bahkan keluarga. Tawa buat orang-orang ini membayangkan bahawa keadaan baik-baik saja. Tidak ada masalah.

Kadang kenyataan tidak sama dengan yang dianggarkan. Tidak sedikit, tawa pemimpin tidak serta merta juga tawa bawahannya. Justeru, kian lebar tawa pemimpin, kian gelisah orang-orang di sekitarnya. Ada semacam ketidakpercayaan.

Khalifah Umar bin Khatthab r.a. menyimpan tawa puasnya hingga benar-benar boleh dipastikan hingga semua rakyatnya memang sedang tertawa. Bahawa tawa Umar baru dapat dilihat setelah bersungguh-sungguh memakmurkan warganya. Dengan kata lain, tawa seorang pemimpin bukan sekadar terjemahan bahawa semua baik-baik saja. Melainkan, sebagai hujung dari rangkaian tawa para bawahannya.

Dari sekian pelaku tawa, tidak sedikit yang lalai mengatur tawanya. Lalai kerana tawa boleh menusuk hati orang lain yang berduka. Lalai kerana tawa boleh menambah jurang pemisah kaya miskin. Lalai kerana tawa boleh merosakkan wibawa pemimpin.

Berhati-hatilah memperlihatkan tawa. Kerana tidak sedikit di antara kita yang sedang menangis. 

[m nuh / islampos]


p/s: Untuk memudahkan PEMAHAMAN, bayangkan sahaja lah jika anda menjadi seorang pemimpin RUMAHTANGGA iaitu seorang ayah atau suami. Jika ada isteri atau anak-anak anda yang sedang menderita sakit atau susah hati, tak kan lah anda sanggup lagi mahu ketawa terbahak-bahak atau sentiasa.

Maka begitulah jika anda menjadi PEMIMPIN SEBUAH NEGARA, maka sudah pastikah rakyat anda semuanya dalam keadaan gembira dan ketawa untuk anda turut ketawa terbahak-bahak? Maka jika belum, alangkah teruknya jika anda sanggup ketawa terbahak. Jika anda tidak mampu untuk menahan ketawa anda, maka JANGAN JADI PEMIMPIN.

Daripada Umar bin Al-Khattab katanya: "Rasulullah S.a.w. tersenyum, dan beliau adalah orang yang paling bagus giginya." [Hadits Riwayat Ibnu Hibban]

Daripada Sayyidatina Aisyah r.a, katanya: "Tidak pernah walaupun sekali aku melihat Rasulullah S.a.w. berlebihan ketawa hingga kulihat anak lidahnya. Tawa beliau hanyalah berupa senyuman." [Hadits Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Al-Baghawy dan Ahmad]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.