Berita Terkini

Sisi akan hapuskan Syariat Islam dalam Perlembagaan Mesir

Undang-undang mesir
Pindaan perlembagaan yang telah diperbaharui oleh jawatankuasa kecil terdiri daripada 10 orang yang di tunjuk langsung oleh Presiden Interim Adli Mansour telah selesai dibincangkan, perubahan tersebut meliputi 130 pasal dari 236 pasal yang ada.

Hasil pindaan perlembagaan baru tersebut, selanjutnya akan dibincangkan oleh ahli-ahli Majlis Syura sementara yang terdiri dari 50 orang, dalam masa beberapa hari ke hadapan.

Perubahan mendasar meliputi penghapusan Dewan Majlis Syura keputusan pilihan raya zaman Presiden Mursi, dan penghapusan catuan pekerja dan petani dalam setiap pilihan raya, yang sebelumnya ditetapkan sejak revolusi Julai 1952.

Pindaan perlembagaan juga merangkumi pembubaran kumpulan Ikhwanul Muslimin dan beberapa Parti Nasionalis, serta melarang pendirian parti politik berdasarkan asas agama.

Pasal-pasal mengenai Syariat Islam yang dijadikan rujukan dalam pembentukan undang-undang di Mesir juga turut dihapuskan oleh panitia jawatankuasa 10.

Selain itu, di antara perubahan yang paling menonjol adalah kekebalan undang-undang yang diberikan kepada Menteri Pertahanan dari pelucutan jabatan oleh Presiden Republik.

Perubahan yang dimaksudkan terkandung dalam Pasal 171, yang berbunyi bahawa angkatan bersenjata dan jabatan polis Mesir yang berhak melantik menteri pertahanan dari kalangan pegawai tentera selepas kelulusan Dewan Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir. 

[Era Muslim , skynewsarabia / Zhd]


p/s:  Betul-betul dah jadi SEKULAR tahap Gaban potong 18 ni! ....... Ya Allah, bantulah perjuangan menegakkan Islam dan keadilan di muka bumi ini, amiin .......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.