Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

» » » 10 burung yang unik dan pelik

Mungkin anda menyangkakan bahawa ada di antara gambar-gambar burung ini yang diedit atau di 'photoshopped' , tetapi sangkaan anda sebenarnya meleset. Ini bukan cobaan, ini betul-betul kejadian.

1 - King of Saxony Bird-of-paradise (Pteridophora alberti), adalah dari keluarga burung Cenderawasih. Ada lebih kurang 42 spesis burung Cenderawasih. King of Saxony adalah lazim kepada hutan gunung di New Guinea. Keunikannya adalah pada antennanya yang besar dan panjang.





2 - Long-wattled Umbrellabird (Cephalopterus penduliger), Spesis ini boleh didapati di kawasan yang agak sempit sepanjang cerun Pasifik Choco barat Colombia dan Ecuador. Keunikannya pada jambul di atas kepalanya, yang seolah-olah menjadi payung kepadanya juga.

Foto oleh Murray Cooper



3 - Wilson's Bird-of-paradise, (Cicinnurus respublica), adalah dari keluarga burung Cenderawasih. Lazim di Indonesia, burung ini biasa di kawasan bukit dan tanah rendah hutan hujan Waigeo dan Pulau Batanta di luar Papua Barat. Bersaiz kecil lebih kurang 21 cm. Makanannya terdiri dari buah-buahan dan serangga kecil. Keunikannya pada ekor melenting macam misai dan warnanya yang sangat menyerlah.




4 - Ribbon-tailed Astrapia atau Shaw Mayer's Astrapia (Astrapia mayeri), bersaiz medium dan boleh mencapai 32cm panjang (tidak termasuk ekor). Lazim di hutan subalpin di bahagian barat tanah tinggi tengah Papua New Guinea. Keunikannya pada ekornya yang sangat panjang (ekor burung terpanjang di dunia) dan seperti riben.





5 - Superb Bird-of-paradise (Lophorina superba), didapati di seluruh hutan hujan di New Guinea. Adalah dari keluarga burung Cenderawasih. Berukuran lebih kurang 26cm panjang. Yang jantannya pandai menari untuk memikat yang betina, dan ekornya boleh mengembang.




6 - Shoebill atau Whalehead (Balaeniceps rex), mendapat nama Shoebill kerana paruhnya besar seperti kasut, dan itulah keunikannya. Ia hidup di tropika timur Afrika di kawasan paya besar dari Sudan ke Zambia. Bila diperhatikan dari tepi wajahnya, nampak seperti senyum lebar, tetapi pandang dari depan seperti sedang marah yang amat.




7 - Three-wattled Bellbird (Procnias tricarunculatus), salah satu daripada empat spesis Bellbird yang hidup di Amerika Tengah dan Selatan. Berukuran antara 25 - 30cm panjang. Keunikannya mempunyai seakan-akan misai panjang macam misai Raja China zaman dulu kala.




8 - Blue Bird-of-paradise, (Paradisaea rudolphi), adalah dari keluarga burung Cenderawasih. Mempunyai sayap tambahan seakan-akan burung Standard-Winged Nightjar tetapi meliuk-lentuk, tidak lurus seperti Nightjar. Berukuran sekitar 30cm dan lazim dijumpai di Papua New Guinea.




9 - Sri Lanka Frogmouth atau Ceylon Frogmouth (Batrachostomus moniliger), adalah frogmouth kecil ditemui dalam Ghats Barat di selatan India dan Sri Lanka. Boleh mencapai saiz 23cm panjang. Bahagian kepalanya seakan-akan seekor katak.




10 - Andean Cock-of-the-rock (Rupicola peruvianus), berasal dari hutan awan Andean di Amerika Selatan. Keunikannya ialah yang jantan mempunyai jambul di atas kepala seperti disk.





[Wikipedia , toptenz.net]


SubhanAllah, di atas bumi ini saja pun sudah ada pelbagai ciptaan Allah, yang sudah dan belum dijumpai, apatah lagi mungkin di planet-planet lain dan yang pasti dalam syurga nanti, masyaAllah .......

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (163) Time lapse (39) Timur Tengah (176) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (292) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)