Video yang bagus sebagai pengenalan kepada ilmu Ushul Fiqh (أصول الفقه), disampaikan oleh Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Presiden ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia).
Dengan mempelajari ilmu Ushul Fiqh, antaranya kita dapat mengetahui tentang bagaimana suatu hukum itu keluar melalui dalil-dalil tafsili. Dapat mempelajari kaidah-kaidah, teori-teori dan sumber-sumber secara terperinci dalam rangka menghasilkan hukum Islam yang diambil dari sumber-sumber tersebut.
Sumber hukum dalam Islam ada 4 iaitu Al-Quran, Al-Hadits, Ijma' ulama dan Qias. Ilmu Ushul Fiqh masih tidak dikenali di zaman nabi dan sahabat. Ulama yang mula-mula mengarang tentang ilmu ini ialah Imam Muhammad bin Idris As-Syafie (Imam Syafie), dengan mengarang kitab Ar-Risalah.
Sumber hukum dalam Islam ada 4 iaitu Al-Quran, Al-Hadits, Ijma' ulama dan Qias. Ilmu Ushul Fiqh masih tidak dikenali di zaman nabi dan sahabat. Ulama yang mula-mula mengarang tentang ilmu ini ialah Imam Muhammad bin Idris As-Syafie (Imam Syafie), dengan mengarang kitab Ar-Risalah.
Kita akan dapat mengetahui kehendak-kehendak Allah melalui AlQuran dan Alhadits. Dalam video di bawah antaranya kita akan dapat mengetahui kaedah menghukum dalam ilmu ini iaitu antaranya ialah "Asal suatu perkara itu harus" (Al-aslu fil ashyaa' al-ibaahah) dan "Asal suatu ibadah itu haram" (Al-aslu fil ibaadah at-tahrim) . Dan macam-macam lagi, sila dengar dan hayati dengan baik. Semoga diberi kefahaman kepada kita dan dipermudahkan. :)
Ushul Fiqh berasal dari dua perkataan iaitu Ushul yang bermaksud "asal, sumber, asas, akar, kaedah atau dalil", dan Fiqh yang bermaksud "memahami suatu perkara". Ushul Fiqh secara istilahnya ialah ilmu tentang hukum-hukum syara' yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang difahami melalui dalil-dalil tafsili.
Diharapkan selepas kita mengetahui ilmu ini, selain dari mengetahui tentang apa yang disebutkan di atas, dapat juga mengelakkan dari bersikap ta'asub kepada sesuatu hukum, memahami cara ulama mengeluarkan hukum, mengetahui punca perselisihan di kalangan ulama, mengetahui hukum-hukum syara' dan beramal dengan penuh yakin lagi dan mencegah dari berlaku perbalahan sesama sendiri terutamanya dalam bab furu' (cabang).
Di bawah ini sebagai tambahan, penjelasan dari kitab yang sama oleh Ustaz Anwar Fakhri Omar.
Untuk lebih mendalam lagi, boleh tengok video Syarah Waraqat oleh Ustaz Hairul Nizam bin Mat Husain, pelajar Tahun 3 Master Pengkhususan Usul Fiqh, Universiti Al Azhar Kaherah. Baarokallahu lii wa lakum :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)