Berita Terkini

Sirah nabi: Perang Bani Nadhir

Gambar hiasan
Perang Bani Nadhir
Bani Nadhir merupakan salah satu ras  (bangsa) Yahudi yang tinggal berjiran dengan kota Madinah. Mereka juga merupakan sekutu Khazraj. Mereka telah memeterai perjanjian dengan orang Islam sebagaimana yang terdapat dalam perjanjian keamanan dan kerjasama yang telah disebut sebelum ini.

Namun tabiat jahat dan khianat yang berakar umbi dalam jiwa Yahudi mendorong mereka untuk melanggar perjanjian mereka. Ketika Rasul s.a.w. dan beberapa orang sahabat Baginda berada di perkampungan Bani Nadhir, Baginda telah bersandar ke dinding rumah kaum itu. Tiba-tiba mereka melakukan komplot jahat untuk membunuh Baginda dengan cara melontarkan batu dari atas rumah ke arah Baginda. Baginda s.a.w. mengetahuinya, lantas bingkas bangun dengan segera seolah-olah mempunyai sesuatu keperluan.

Baginda menuju ke Madinah diikuti oleh para sahabatnya. Kemudian Baginda mengutuskan Muhammad bin Maslamah kepada Bani Nadhir memberitahu: "Kamu hendaklah keluar daripada negaraku. Jangan kamu tinggal bersama-samaku di sini. Kamu telah cuba belot." Kemudian Baginda s.a.w. memberi tempoh 10 hari kepada mereka untuk keluar dari kampung tersebut.

Bani Nadhir bersiap-siap untuk keluar dari kampung mereka ekoran amaran itu. Namun Abdullah bin Ubai, ketua golongan munafik mengutuskan utusannya kepada mereka. Melalui utusannya, beliau melarang mereka keluar dan berjanji untuk menghantar 2,000 orang daripada kaumnya untuk mempertahankan mereka. Justeru itu, mereka mengubah fikiran daripada keluar meninggalkan kampung halaman kepada bertahan di dalam kubu mereka.

Mereka menghantar utusan kepada Rasulullah s.a.w. menyatakan: "Kami tidak akan keluar daripada kampung halaman kami. Buatlah apa yang kamu mahu." Oleh itu, Baginda s.a.w. bersama sahabatnya keluar untuk memerangi mereka.

Panji-panji Baginda telah dibawa oleh Ali bin Abi Thalib. Apabila Yahudi melihat tentera Rasulullah, mereka merejam anak panah dan batu ke arah tentera Islam. Bantuan yang dijanjikan kepada mereka oleh ketua munafik tidak sampai. Baginda s.a.w. mengepung mereka, namun mereka tetap sabar bertahan. Lantaran itu, Baginda terpaksa menebang pokok-pokok kurma mereka. Pada ketika itu, mereka berkata: "Kami akan keluar dari negeri kamu."

Baginda s.a.w. mengenakan syarat kepada mereka agar keluar tanpa membawa senjata. Mereka hanya dibenarkan keluar bersama harta mereka yang mampu dibawa oleh seekor unta. Baginda juga menjamin darah mereka akan terpelihara, tidak akan ditumpahkan walau setitik.

Apabila mereka ingin keluar dari kampung halaman mereka, mereka mengambil segala benda yang boleh dibawa dan meruntuhkan rumah-rumah mereka. Agar orang Islam tidak dapat menggunakannya. Mereka berangkat keluar, sebahagian mereka berhenti menetap di Khaibar, 100 batu dari Madinah.

Sementara sebahagian yang lain berhenti menetap di Jarsh, selatan Syam. Namun hanya dua orang sahaja daripada mereka yang selamat. Surah al-Hasyr telah diturunkan berkenaan peperangan ini. Antaranya firman Allah Taala:

"Dia-lah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab - dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat), dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azab-Nya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkan-Nya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambillah pelajaran wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya. Dan kalaulah tidak kerana Allah telah menetapkan pengusiran (yang demikian buruknya) terhadap mereka, tentulah Dia akan menyeksa mereka di dunia; dan mereka pula akan beroleh azab seksa neraka pada hari akhirat kelak. (Mereka ditimpakan azab) yang demikian, kerana mereka menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya. Dan (ingatlah), sesiapa yang menentang (perintah) Allah, maka sesungguhnya Allah amat-lah berat azab seksa-Nya." (Maksud Surah Al-Hasyr : Ayat 2-4)


[Dipetik dari buku Sirah Nabi Muhammad s.a.w , pengajaran dan pedoman - Dr. Mustafa as-Syibaie]


Tajuk sebelum - Perang Uhud

Tajuk seterusnya - Perang Al-Ahzab

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.