Berita Terkini

Globalisasi VS Kesatuan Ummah

eye of horus
Assalaamu'alaikum warohmatullah. Kalau dulu saya pernah menulis tajuk Pemerintahan khilafah (Islam) VS New World Order (Illuminati) , kali ini kesinambungan darinya akan tertera di bawah. Semoga dapat membacanya dengan teliti sebelum membuat tuduhan melulu dan melepaskan geram di hati.

Globalisasi, ya, satu istilah yang sedap disebut dan nampak seperti bagus. Kerana kononnya untuk bersatu semua manusia, satu arah satu tujuan, untuk hidup bersama sebagai penduduk bumi. Kerana itulah munculnya pula istilah-istilah seperti 1Malaysia, One Israel, One Singapore, 1WTC, United Kingdom, United States of America, United Nation, Union of Soviet Socialist, dan seumpamanya.

Tetapi sedarkah kita bahawa globalisasi itu mengajak kita semua ke bawah satu pemerintahan di muka bumi ini, iaitu di bawah pemerintahan Amerika Syarikat, Britain dan sekutu-sekutunya?

Ya kita akui AS dan Britain hebat dari segi teknologi. Mereka jauh mendahului kita dari segi ilmu-ilmu dunia. Tetapi mereka hanya manusia biasa, dan mereka tidak mampu untuk mentadbir alam ini mengikut kepala otak mereka semata-mata, tanpa panduan dari Tuhan yang mencipta sekelian manusia dan makhluk. Keadaan negara mereka sendiri pun kucar-kacir dan terumbang ambing dengan pelbagai maksiat dan jenayah, bagaimana mereka mahu jaga dan perintah seluruh dunia?

 Hanya Allah S.w.t yang memahami hati sekelian manusia dari peringkat bawahan hinggalah peringkat atasan - dalam status sosial - tapi yang sebenarnya berbeza hanyalah TAQWA di hati.

"....... Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (Surah Al-Hujurat : Ayat 13)

Bagaimana manusia boleh bersatu sedangkan aqidah dan pegangan masing-masing berlainan sama sekali? Ditambah lagi dengan mereka membenarkan pula kemunculan puak gay, pergunakan wanita-wanita seksi dalam media massa, menyebarkan pula hiburan-hiburan tanpa batasan dan ajaran-ajaran songsang yang menjauhkan manusia dari Tuhan, dan sebagainya lagi.

Orang-orang yang beriman dan takut kepada Allah S.w.t sudah tentu tidak dapat menerima itu semua. Kerana perkara-perkara yang melalaikan dan membinasakan itu sudah tentu mengundang bala-bencana dari Allah S.w.t dan membawa kerosakan kepada jiwa dan raga manusia sendiri.  Dan yang paling ditakuti ialah akan mendapat siksa yang amat berat di Hari Pembalasan (Kiamat) kelak, na'uzubillah.

Selagi manusia tidak bersatu di bawah kalimah Tauhid, selagi itulah usah dimimpikan manusia dapat bersatu dengan sebenarnya. Sedangkan yang sama Tauhid dan Aqidah pun boleh lagi berpecah-belah, apatah lagi yang tidak ada Tauhid.

Untuk itu, adalah tugas kita semua sebagai Muslim untuk berdakwah dan mengajak manusia kepada Tauhid, tapi bukan memaksa. Ini lah yang makin kurang dan kurang dilaksanakan sekarang, kerana masing-masing kita semakin disibukkan dengan urusan-urusan dunia yang terlampau banyak.  Hingga kita lupa untuk mengajak anak cucu Adam a.s ke jalan yang dapat memberikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.  Kasih kita kepada manusia bukan sekadar memberikan wang ringgit dan hiburan-hiburan pada mereka, tapi kasih yang sejati ialah kita mahu mereka turut sama mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat, insyaAllah.

Kita tidak mampu melakukannnya sendirian dan dalam bilangan yang kecil, tapi dengan Kesatuan Ummah dan kerja gotong-royong, insyaAllah, ada jalannya (kata Maher Zain). Usaha itu yang penting, kerana Allah pandang pada hati dan usaha kita. Hasilnya? Itu terserah kepada Allah ta'ala. Sekurang-kurangnya kita sudah lepas tanggungjawab kita (sebelum disoal dalam kubur nanti) dan ada pahala di sebalik segala usaha kita insyaAllah.

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada kemungkaran, serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman), dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka, (tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik." (Surah Aali-Imran : Ayat 10)

Lagi pun jika mahu tengok hasil semata, ada orang yang menang atau berjaya, tetapi dengan cara jahat iaitu menipu, taktik kotor, rasuah dan sebagainya.  Maka berjaya di dunia ini bukan lagi ukuran yang sebenar, kerana apa yang penting, niat biar murni dan usaha biarlah bertepatan dengan syara'.

Nabi Muhammad S.a.w sudah memperingatkan kita bahawa akhir zaman Islam akan kembali gemilang. Maka tidak mahukah kita menjadi salah seorang yang berjuang membantu untuk memartabatkan kembali kedudukan agama yang suci ini di muka bumi ini?

Dan kepada Muslim yang masih tidak yakin dengan perkara ini, sedarlah bahawa banyak hadith Sahih yang menyebut pasal Dajjal. Dan Rasulullah S.a.w tidak menyebutnya dengan sia-sia melainkan ada maksud untuk kita gali dan usaha untuk menghadapi Dajjal. Yang paling asas sekali ialah selalulah kita membaca doa-doa elak fitnah Dajjal yang pernah saya sebutkan dulu, dan baca Surah AlKahfi.

Kemudian kita beritahu kepada rakan Muslim kita yang lain tentang Dajjal, kerana ianya bukan perkara kecil, tetapi perkara yang terbesar sejak diciptanya Nabi Adam a.s hinggalah ke Hari Kiamat.

"Allah tidak menurunkan ke muka bumi, sejak penciptaan Adam a.s hingga hari Kiamat, fitnah yang lebih besar dari fitnah Dajjal." (Hadith Riwayat Thabrani 1672)

"Dajjal tidak akan muncul sehingga sekalian manusia telah lupa untuk mengingatkannya dan sehingga para Imam tidak lagi menyebut-nyebutnya di atas mimbar-mimbar.” (Hadith Riwayat Ahmad 16073)

Dan saya yakin, Dajjal tidak diberikan KUASA (seperti magic dan power rangers) oleh Allah S.w.t, melainkan Dajjal hanya akan menggunakan kelebihan TEKNOLOGI yang dia ada, yang mana telah lama dia kuasai ilmu pengetahuan berkenaannya.

Sampai di sini saja dulu pesanan ringkas, lagi pun tajuk ini hanya kesinambungan yang lepas-lepas. Kesimpulannya, Kesatuan Ummah adalah jauh lebih baik dari Globalisasi.  Dan jangan sampai kita tertipu dengan 'globalisasi', itu saja.  Jazaakumullahu khoirol jazaa'. :)


p/s:  Dana Kewangan Antarabangsa (IMF - International Monetary Fund) menakrifkan globalisasi sebagai “pergantungan ekonomi yang semakin berkembang antara negara melalui kenaikan jumlah dan kepelbagaian tukaran barangan dan perkhidmatan, pergerakan pelaburan antarabangsa bebas, dan peresapan teknologi yang lebih pesat dan meluas ”. Pada masa yang sama, Forum Antarabangsa mengenai Globalisasi mendefinasikan ia sebagai "gerakan dunia kepada satu sistem ekonomi sejagat yang didominasi perdagangan korporat dan institusi supranasional yang tidak dipertanggungjawab kepada proses demokrasi atau kerajaan-kerajaan negara".  [Wikipedia]

2 ulasan:

  1. Minta izin muat turun dalam facebook
    Mudah2an lebih ramai dapat ilmu. :)
    Assalamualaikum

    BalasPadam
  2. Minta izin muat turun dalam facebook
    Mudah2an lebih ramai dapat ilmu. :)
    Assalamualaikum

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.