Berita Terkini

Pemerintahan khilafah (Islam) VS New World Order (Illuminati)

Mungkin ramai yang dah dengar tentang pemerintahan Khilafah dan juga New World Order, tetapi perasankah anda tentang kaitan antara dua perkara ini? Di dalam Islam , nabi Muhammad S.a.w adalah nabi yang terakhir, selepas baginda tiada lagi nabi yang lain melainkan hanya digantikan dengan khalifah-khalifah yang ramai. Pemerintahan khilafah ini secara ringkasnya adalah satu pemerintahan bagi seluruh dunia Islam dan di bawah nanti akan diterangkan definisinya dari segi bahasa dan istilah.


Tetapi ramai yang tidak sedar, betapa dalam diam-diam kerajaan Amerika sekarang pun ingin menandingi konsep pemerintahan itu , dengan mereka mewar-warkan NWO (New World Order) yang merupakan sebuah "Teori Konspirasi" (Conspiracy theory). Perhatian ya, ini bukan NWO yang dalam rancangan gusti tu, tetapi NWO yang betul punya, bukan cobaan! Hehe. Dan dalang-dalang di sebalik NWO ini secara ringkasnya tentu lah pertubuhan Illuminati serta sekutu-sekutunya,  Dajjal dan kerajaan Iblis sana. Dan telah dapat kita lihat sekarang Amerika sudah dapat menakluki Iraq, salah satu kuasa besar dunia. Dan targetnya selepas ini mungkin Syiria, dan seluruh wilayah Syam, sebelum akhirnya akan menakluki seluruh dunia dan jadikan seluruh dunia berada di bawah telunjuknya. Itu lah dia matlamat slogan New World Order (Tata Dunia Baru) iaitu satu pemerintahan bagi seluruh dunia yang mana pemerintahnya adalah Illuminati.

Kenyataan tentang New World Order ini sebenarnya telah dibuat secara rasmi oleh Presiden Russia waktu itu iaitu Mikhail Gorbachev dalam ucapannya di perhimpunan agung PBB pada 7 Disember 1988. Dia menekankan untuk menguatkan peranan pusat PBB dan penglibatan aktif dari semua pihak. Itu antara konsep awal NWO yang diperkenalkan olehnya. Tetapi pada 11 September 1990, George H.W. Bush (ayah kepada presiden Amerika Syarikat sekarang iaitu George W. Bush) , telah mula membicarakan NWO ini dengan ucapannya yang bertajuk "Toward a New World Order" yang bermaksud "Ke arah Tata Dunia Baru".



Antara isi-isi ucapan itu termasuklah komitmen untuk menguatkan Amerika Syarikat agar ia dapat memimpin dunia dengan undang-undang dan bukannya menggunakan kekuatan fizikal, kerjasama Amerika-Russia ke arah dunia yang selamat untuk demokrasi, jurang masa depan akan menjadi secara ekonomi dan bukannya ideologi dan sebagainya. Dan banyak juga ucapan tersebut yang cakap tak serupa bikin.

Bertitik-tolak dari ini lah kerajaan Amerika Syarikat sudah mempunyai agenda lain lebih-lebih lagi disogok oleh gerakan Freemason, orang-orang yahudi dan sekutu-sekutunya untuk menguasai dunia. Sehinggakan mereka sanggup membuat bermacam-macam propaganda termasuklah mengaitkan pengganas dengan Islam. Kerana mereka tahu Islam boleh menjadi penghalang besar kepada usaha mereka untuk menguasai dunia.

Aaron Russo (seorang ahli perniagaan hiburan, pembuat filem dan aktivis politik bebas Amerika) pernah mengatakan dalam satu temubual bahawa istilah PENGGANAS itu hanya sengaja diada-adakan oleh kerajaan Amerika. Dia juga berkata bahawa David Rockefeller (seorang hartawan Amerika) pernah memberitahunya awal-awal lagi tentang kejadian-kejadian seperti penyerangan ke atas Iraq, Afghanistan, dan sebagainya. Bermakna penglabelan mereka bahawa Islam itu adalah pengganas adalah propaganda semata-mata agar dunia benci kepada Islam, dan mahu menarik perhatian dunia agar menyokong usaha kerajaan Amerika Syarikat membasmi pengganas.

Ada pendapat mengatakan, kerajaan Amerika Syarikat akan merealisasikan NWO menjelang tahun 2012 di mana tahun itu juga banyak pihak meramalkan akan belaku kemusnahan pada dunia.

Dan apakah itu pemerintahan khilafah? Mari kita lihat secara ringkas penerangan berkenaan pemerintahan khilafah yang membezakan dari pemerintahan-pemerintahan konsep lain seperti pemerintahan republik atau demokrasi, Monarki, Federasi dan sebagainya.

Definisi Khilafah

1. Khilafah secara bahasa.

Khilafah dari segi bahasa merupakan mashdar dari fi’il madhi 'khalafa', yang bererti: menggantikan atau menempati tempatnya (Munawwir, 1984:390). Jadi, khalîfah adalah orang yang menggantikan orang yang sebelumnya. Jama'nya (plural), khalâ’if atau khulafâ’. Inilah makna firman Allah Swt. yang bermaksud:

Berkata Musa kepada saudaranya, Harun, “Gantikanlah aku dalam (memimpin) kaumku.” (QS al-A’raf [7]: 142).

Menurut Imam ath-Thabari, makna bahasa inilah yang menjadi alasan mengapa as-sulthan al-a’zham (penguasa besar umat Islam) disebut sebagai khalifah, kerana dia menggantikan penguasa sebelumnya, lalu menggantikan posisinya (Ath-Thabari, Tafsir ath-Thabari, I/199).

Menurut Imam Al-Qalqasyandi pula, secara tradisinya istilah khilafah kemudian digunakan untuk menyebut kepemimpinan agung (az-za’amah al-uzhma), iaitu kekuasaan umum ke atas seluruh umat, pelaksanaan urusan-urusan umat, dan pemikulan tugas-tugas mereka (Al-Qalqasyandi, Ma`atsir Al-Inafah fi Ma’alim Al-Khilafah, I/8-9).

2. Khilafah menurut syariah.

Dalam pengertian syariah, Khilafah digunakan untuk menyebut orang yang menggantikan Nabi SAW dalam kepemimpinan Negara Islam (ad-dawlah al-islamiyah) (Al-Baghdadi, 1995:20). Inilah pengertiannya pada masa awal Islam. Kemudian, dalam perkembangan selanjutnya, istilah Khilafah digunakan untuk menyebut Negara Islam itu sendiri (Al-Khalidi, 1980:226).

Di dalam AlQuran tidak ada menyebut tentang 'Khilafah' atau 'Imamah' , tetapi ianya diajar secara praktikal sendiri oleh Nabi Muhammad S.a.w dan khalifah-khalifah selepas baginda.

Kata khilâfah banyak dinyatakan dalam hadis, misalnya:

Sesungguhnya (urusan) agama kalian berawal dengan kenabian dan rahmat, lalu akan ada khilafah dan rahmat, kemudian akan ada kekuasaan yang tiranik. (HR al-Bazzar).

Kata khilâfah dalam hadis ini memiliki pengertian: sistem pemerintahan, pewaris pemerintahan kenabian. Ini dikuatkan oleh sabda Nabi Muhammad saw.:

"Dulu Bani Israel dipimpin/diurus oleh para nabi. Setiap kali seorang nabi wafat, nabi lain menggantikannya. Namun, tidak ada nabi setelahku, dan yang akan ada hanyalah para khalifah, yang ramai jumlahnya". (HR Bukhari dan Muslim).

Banyak sekali definisi tentang Khilafah - atau juga disebut sebagai Imamah - yang telah dirumuskan oleh oleh para ulama. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Khilafah adalah kekuasaan umum atas seluruh umat, pelaksanaan urusan-urusan umat, serta pemikulan tugas-tugasnya (Al-Qalqasyandi, Ma’âtsir al-Inâfah fî Ma‘âlim al-Khilâfah, I/8).

2. Imamah (Khilafah) ditetapkan bagi pengganti kenabian dalam penjagaan agama dan pengaturan urusan dunia (Al-Mawardi, Al-Ahkâm as-Sulthâniyah, hlm. 3).

3. Khilafah adalah pengembangan seluruh urusan umat sesuai dengan kehendak pandangan syariah dalam kemaslahatan-kemaslahatan mereka, baik ukhrawiyah mahupun duniawiyah, yang kembali pada kemaslahatan ukhrawiyah (Ibn Khaldun, Al-Muqaddimah, hlm. 166 & 190).

4. Imamah (Khilafah) adalah kepemimpinan yang bersifat menyeluruh sebagai kepemimpinan yang berkaitan dengan urusan khusus dan urusan umum dalam kepentingan-kepentingan agama dan dunia (Al-Juwaini, Ghiyâts al-Umam, hlm. 15).

Dengan demikian, Khilafah (Imamah) dapat didefinisikan sebagai: kepemimpinan umum atas seluruh kaum Muslim di dunia untuk menerapkan hukum-hukum syariah dan mengembangkan dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia. Definisi inilah yang lebih tepat. Definisi inilah yang diadopsi oleh Hizbut Tahrir (Lihat: Nizhâm al-Hukm fî al-Islâm, Qadhi an-Nabhani dan diperluas oleh Syaikh Abdul Qadim Zallum, Hizbut Tahrir, cet. VI [Mu’tamadah]. 2002 M/1422 H).



Apakah sistem pemerintahan Malaysia sekarang?

Sekarang kita mengguna-pakai sistem pemerintahan demokrasi atau dengan nama lain sistem republik, langsung tidak berkaitan dengan Islam. Sistem demokrasi ini mengikut suara rakyat. Sebenarnya, kita tidak boleh meletakkan rakyat yang berkuasa, ataupun pemimpin itu sendiri yang berkuasa. Pemimpin dan juga rakyat mesti tertakluk dalam undang-undang itu sendiri. Tetapi kita mesti letakkan Allah yang berkuasa di atas muka bumiNya ini. Pemerintahan di muka bumi ini mesti dikembalikan kepada Allah iaitu dengan melaksanakan undang-undang yang telah ditetapkan olehNya. Dan itulah pentingnya sistem KHILAFAH di muka bumi ini ditegakkan.



Kesimpulan:

Maka kita sebagai orang Islam pilih lah dengan wajar dan berlandaskan syarak, mahukan pemerintahan khilafah ataupun tunduk kepada NWO suatu hari nanti? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan lah. Umat Islam perlu bersatu demi kesejahteraan sejagat. Hanya Islam yang boleh membawa keamanan sejagat. Ideologi-ideologi lain sudah terbukti boleh membawa keruntuhan moral dan juga fizikal. Wallahu a'lam :)



Rujukan :

1 - Hizbut Tahrir Malaysia

2 - Gema pembebasan Komisariat UNM



Sedikit tambahan. Cuba anda perhatikan betul-betul logo DAJJAL di atas. Logo itu boleh dilihat pada duit USD1 dollar Amerika Syarikat. Pentagram itu menunjukkan bentuk simbol bintang syaitan. Dan hujung-hujungnya menghala ke beberapa huruf, iaitu huruf A S N O dan M. Maka jika anda susun-susun balik huruf-huruf tersebut, ia akan menjadi perkataan MASON, merujuk kepada FREEMASON :)





Sumber - Hikmatun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.