Berita Terkini

Ulama juga perlu tegur pemimpin-pemimpin negara besar

Kuliah agama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Di bawah ini adalah video kuliah agama oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang , dan Tuk Guru ada menyentuh soal berdakwah dan cara-caranya yang terbaik. Sebelum itu, sudah kah anda membaca tajuk Penggunaan bahasa kesat semakin menjadi-jadi dalam internet ? :)

Contoh Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s mengajak Firaun kepada Tauhid dan kebenaran pun dengan cara yang lembut dan bijaksana. Bukannya pergi kepada Firaun dan mengatakan "Hey natang Taghut!" , sebagai contoh, keh3.



"Ajaklah ke jalan Tuhanmu dengan bijaksana dan pengajaran yang baik, dan berdialoglah dengan cara yang lebih baik, Allah lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan siapa yang mendapat petunjuk." (Surah an-Nahl : Ayat 125)

Mungkin ada segelintir dari kita yang kurang sabar dalam berdakwah dan mengajak ke arah kebaikan, dengan melepaskan perkataan-perkataan kesat dan mengutuk berlebihan. Semoga kita lebih sabar, dan cuba mengajak orang lain kepada kebaikan demi kerana Allah, dan kerana sayangkan anak cucu Nabi Adam a.s dan sesama saudara Islam kita terutamanya, bukannya berdakwah dan mengajak ke arah kebaikan dengan perasaan benci dan busuk hati kepada orang lain.

Kerana itulah Allah S.w.t menjadikan Rasulullah s.a.w dengan sifat lemah lembut dan tidak keras serta paling tinggi sabarnya.  Lagi pun Islam diturunkan dengan hujjah, maka yang paling penting ialah sertakan hujjah-hujjah yang berkesan, bukannya kekerasan membabi-buta sehingga boleh menyebabkan syaitan-syaitan tertawa.

“Jika engkau kasar dan keras hati, nescaya mereka akan lari dari engkau, maka maafkanlah mereka dan pohonkan keampunan untuk mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka.”  (Surah Ali-Imran : Ayat 159).

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”  (Hadis riwayat Ahmad & Al-Baihaqi)

Sekurang-kurangnya, cuba lah kenal-kenal dulu dengan orang yang kita mahu dakwah atau ajak kepada kebaikan itu, bukannya main ikut sedap mulut menegurnya tanpa kenal batang hidung dan hati budi terlebih dahulu. Lagi pun kita tidak tahu, mungkin di masa depan, orang itu akan jadi lebih baik dari kita, dan kita pula yang akan jadi lebih teruk, na'uzubillahi min zaalik.

Dan saya ingin memberi cadangan juga kepada ulama-ulama kita, agar menyeru kebaikan bukan hanya kepada pemimpin dan rakyat dalam negara sendiri, tetapi juga kepada pemimpin-pemimpin negara luar terutamanya negara barat. Kerana sudah kita ketahui kerajaan Amerika Syarikat, British, Israel dan sekutu-sekutunya sangat zalim. Dan mereka sangat perlu ditegur oleh ulama-ulama dari seluruh dunia, sebagaimana Firaun ditegur oleh Nabi Musa dan Nabi Harun alaihimassalaam. 

Kenapa mereka perlu ditegur oleh ulama-ulama sedunia? Kerana kegiatan mereka di muka bumi ini akan memberi kesan kepada seluruh negara lain, kerana mereka adalah kuasa-kuasa besar yang banyak mempengaruhi dunia, dan dalam usaha untuk menguasai dunia keseluruhannya.

Semoga dengan suara-suara ulama dari seluruh dunia, maka akan semakin kuatlah suara umat Islam di dunia, dan semakin kuatlah umat Islam di dunia, kebenaraan makin dapat disebarkan, kebathilan dapat dibasmi, dan semoga Hukum Allah akan dimartabatkan di dunia ini, amin.  Allahu akbar!

Terima kasih kepada buletinonline kerana mengupload video ini, jazaakallahu khoir .......

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.