ღஐƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒஐღ Bahan Bacaan Ilmiah Anda ღஐƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒஐღ
Zzz
Berita Terkini
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Agama Islam), dan JANGAN LAH KAMU BERCERAI-BERAI, ...." (Surah Aali-Imran : ayat 103)
"Nabi Muhammad S.a.w ialah Rasul Allah, dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir (yang memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap KASIH SAYANG sesama mereka (umat Islam). " (Surah Al-Fath - Ayat 29)
“Dan tidaklah Kami mengutus kamu (wahai Muhammad), melainkan sebagai RAHMAT (KASIH SAYANG) bagi semesta alam.” (Surah Al-Anbiyaa' - ayat 107)
Sukan gusti adalah sukan yang penuh kontroversi, antara benar dan tidak benar. Tapi yang nyata, ia hanyalah satu bentuk hiburan, bukannya pergaduhan betul-betul. Dan kebanyakannya adalah mengikut skrip.
Salah satu yang menjadi kontroversi ialah darah ketika bergusti. Ya, mungkin adakalanya mereka betul-betul berdarah (mungkin secara tidak sengaja atau kemalangan). Tapi tidak boleh diabaikan juga dengan darah palsu, yang sengaja diadakan untuk membuatkan persembahan lebih dramatik.
Selalunya pengadil lah yang menghulurkan alat untuk menimbulkan kesan darah pada ahli gusti
Pengadil beri alat tores kepada Kurt Angle, untuk tores dahinya sampai berdarah palsu
Hulk Hogan menores dahinya selepas diberikan alat oleh pengadil Dave Hebner
Darah palsu keluar dari mulut Great Khali kerana dia menelan sejenis kapsul darah tiruan
Blood is fake in WWE - Great Khali
Dan banyak lagi contoh-contoh di Youtube ....... Tidak hairanlah mereka boleh melakukannya kerana untuk menjadi seorang ahli gusti, mesti masuk ke sekolah gusti dan belajar dalam jangka waktu yang agak lama. Dan rupa-rupanya pengadil pun liar ya, jangan pandang sebelah mata pada pengadil, kerana dialah yang banyak mainkan peranan dalam mewujudkan darah palsu, keh3.
Kita tidak akan perasan sewaktu menonton kerana semua itu dilakukan dengan pantas. Umpama trik silap mata yang dilakukan oleh ahli silap mata. Jika anda belajar cara-cara bagaimana silap mata dilakukan, anda akan tahu apa yang saya maksudkan ;)
Kenapa adegan berdarah di dalam gusti selalunya palsu? Kerana setelah anda melihat kononnya ahli gusti itu luka dan berdarah di bahagian kepala dan mana-mana, selepas itu apabila dia muncul di masa akan datang, anda sudah tidak dapat melihat parutnya.
Dan lagi, jika mereka betul-betul berkelahi, maka akan banyaklah terjadi pergaduhan di luar gelanggang sehingga ke tempat mereka tinggal sekalipun dan sebagainya. ;)
“Telah menular dikalangan kamu penyakit umat terdahulu iaitu penyakit hasad dan benci sesama kamu, dan ia adalah pemotong. Aku tidak bermaksud memotong rambut tetapi memotong agama. Dan demi jiwaku di dalam genggamanNya, kamu semua tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu BERKASIH SAYANG. Mahukah kamu aku tunjukkan (cara) mengukuhkan sifat itu dalam diri kamu? Sebarkanlah salam sesama kamu.” (Hadits Riwayat At-Tirmizi, Ahmad, Al-Baihaqi & Al-Bukhari di dalam Adab Al-Mufrad).
“Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia KASIH kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” [Hadits Riwayat al-Bukhari (13)]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)