Berita Terkini

Kemunculan hantu di industri hiburan Korea Selatan

f(x) @Music Core foto: 3.bp.blogspot.com

Korea Selatan dikenali sebagai salah satu negara Asia yang memiliki perkembangan industri hiburan yang luar biasa. Aliran muzik mereka, K-Pop, kini sudah membius ramai orang di seluruh dunia. Sebut saja boyband Super Junior atau girlband Wonder Girls, begitu terkenal.

Sama dengan dunia hiburannya yang begitu terkenal, Korea juga dikenali memiliki kepercayaan mistik yang cukup kuat. Hantu Korea dan hantu-hantu oriental dari negeri timur bahkan lebih menyeramkan dari hantu barat. Sama halnya dengan Jepun, hantu Korea juga tidak kalah menyeramkan.

Dalam bahasa Korea, hantu Korea disebut dengan Gwishin (귀신) atau Yogwi (요괴). Gwishin digunakan untuk menyebut arwah yang sudah meninggal, sedangkan untuk makhluk berbentuk monster disebut Dokkaebi.

Kemunculan hantu Korea atau disebut Gwishin boleh ditemui di mana saja, seperti di rumah, perkuburan, atau bahkan dalam gemerlap dunia hiburan mereka. Berikut beberapa kemunculan hantu Korea yang terakam dalam industri hiburan mereka.


1 - Ada kemunculan hantu di persembahan girlband f(x)

f(x) @Music Core foto: /s3.amazonaws.com

Sebagai salah satu girlband billboard teratas Korea, f(x) dikenali sebagai girlband yang selalu tampil dengan bertenaga. Namun ada sebuah keanehan yang kelihatan ketika girlband yang berada di bawah naungan agensi SM Entertainment tersebut sedang tampil di acara muzik.

Ketika MBC Music Core pada tanggal 7 Mei 2011 menampilkan f(x) dengan hits singlenya saat itu, Pinocchio (Danger). Dan tiba-tiba, kamera menangkap gambar seperti kelibat hantu perempuan, tepatnya di minit ke 1:52 di bahagian kiri belakang pentas.

Ada desas-desus yang beredar saat itu, bahawa ketika pembuatan video persembahan mereka, para personel f(x) mengalami kejadian aneh seperti melihat kucing hitam, dan kaki gelap waktu itu mendadak cedera.


2. Suara hantu perempuan di single Sung Shi Kyung

Sung Shi Kyung foto: allkpop.com

Pada 7 September 2011, penyanyi popular Korea, Sung Shi Kyung mengeluarkan single terbarunya secara digital, Oh My Goddes. Dalam lagu tersebut, beberapa peminat mendapati sesuatu yang mengejutkan.

Ada sebuah suara aneh antara minit ke 2:52 - 3.00. Dari banyak spekulasi, mereka mendakwa itu adalah suara wanita. Bahkan beberapa di antara mereka sangat ketakutan ketika mengetahui itu suara tangisan.


3 - Anggota kumpulan Super Junior diganggu hantu

Salah seorang anggota band Super Junior yang berasal dari Korea, iaitu Eunhyuk ternyata mempunyai pengalaman aneh sewaktu menjalani pekerjaannya di sebuah studio rakaman.

Eunhyuk mengaku bahawa dirinya diganggu oleh mahkluk halus semasa menjalani sesi rakaman vokal di studio rakaman di pejabat pengurusan untuk album kelimanya.

Kejadian tersebut terjadi ketika Eunhyuk diberitahu oleh penerbit bahawa suara yang di keluarkannya berbeza dari nada yang telah ditentukan.

Hasilnya Eunhyuk diminta berulangkali oleh penerbitnya untuk memperbaiki nada yang salah. Namun, nada yang dikeluarkan masih berbeza walaupun dirinya telah yakin bahawa nada terbut sudah betul dari nada yang di tentukan.

"Hingga beberapa kali penerbit minta saya untuk menyanyi lagi. Rasanya aneh kerana saya fikir saya sudah betul, tapi dia terus meminta saya untuk menyanyikan lagu itu hingga selesai," ungkap Eunhyuk seperti dilaporkan oleh Korea News.

Merasa tidak puas hati ditambah dengan keanehan sikap penerbit, akhirnya Eunhyuk cuba untuk mendengar sendiri rakaman lagunya itu.

"Akhirnya penerbitku menunjukkan dengan tepat di mana aku salah dan dia seolah-olah seperti seorang paranormal. Aku melihat dan bekerja dengan seorang penerbit yang nampaknya memiliki kekuatan supernatural lebih dari hantu," katanya.  


4 - Kelibat hantu dilihat dalam serial drama popular Korea, The Greatest Love

The Greatest Love foto: princesslunaa.files.wordpress.com

Satu kelibat hantu muncul dalam adegan sebuah siri drama yang sedang popular pada bulan Mei lalu di Korea, The Greatest Love. Semula, tak banyak orang yang memerhatikan, namun saat netizens memperbesar adegan tersebut, maka kelihatan kemunculan hantu itu.

Hantu itu nampak seperti perempuan dengan rambut panjang yang muncul sekilas, dan kemudian menghilang di balik tiang yang berada di belakang Dok Go Jin, watak utama lelaki yang dilakonkan oleh Cha Seung Won.

Adegan menakutkan tersebut ada dalam episod 8 siri drama yang ditayangkan oleh stesen TV, MBC. Penonton dan netizens berkeras bahawa kelibat yang nampak hanya kepala tersebut adalah hantu, lantaran muncul di ketinggian yang tak mungkin dijangkau oleh manusia biasa.

Namun sepertinya akibat kemunculan makhluk tersebut, mulai episod ke-7, atau yang tayang pada 25 Mei 2011 lalu, drama ini sempat berada di rating teratas di Korea Selatan.


Namun, apakah semua fenomena hantu yang dijumpai dalam industri hiburan Korea tersebut benar atau tidak, semua kembali ke pendapat masing-masing. Hanya saja, makhluk kasat mata tersebut memang ada, dan hanya sebahagian orang yang boleh melihat serta merasakannya.

[KapanLagi , Unikversiti , Warta News , Daily K Pop News]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.