Nampaknya U Mobile , penyedia servis 3G yang terbaru, akan berada di depan, dengan jalur lebar terlaju di Malaysia iaitu 42Mbps. Tetapi harap-harap ia betul-betul mencapai atau berhampiran dengan kelajuan itu. Jangan apabila dilakukan speed test, hanya separuh saja kelajuan :D
Bernama mengatakan Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Kaizad Heerjee berkata syarikat telah melabur sejumlah besar bagi memperluaskan rangkaian infrastruktur awal tahun ini bagi mengembangkan rangkaian mudah alih 42 Mbps itu dan menjadi pengendali pertama untuk memasarkan perkhidmatan tersebut.
Ia mula ditawarkan di Lembah Klang, Seremban, Port Dickson dan Johor Bahru. Ini bermakna kelajuan internet dengan pakej ini adalah antara tiga hingga lima kali lebih laju dari yang paling laju sekarang.
Ada dua pelan, iaitu pelan 5GB serendah RM48 sebulan dan 20GB serendah RM108 sebulan.
Melalui perkongsian berkenaan, pelanggan pasca bayar U Mobile boleh membayar bil mereka di 700 cawangan Pos Malaysia di seluruh negara, mesin pembayaran automasi POS24 serta portal www.posonline.com.my.
U Mobile Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1998 dengan nama MiTV Networks Sdn Bhd. U Mobile adalah anak syarikat milik penuh U Television Sdn Bhd yang dahulunya dikenali sebagai U Telecom Media Holdings Sdn Bhd dan MiTV Corporation Sdn Bhd.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)