Pengembara-eko tiba kembali di Britain pada hari Jumaat selepas memandu ke seluruh dunia dalam "trak-bio" lama yang diselamatkan dari tempat barang terbuang dan dikuasakan dengan minyak masak yang terpakai.
Andy Pag, 36, mencari-cari minyak dari penggoreng untuk mencatat sehingga lebih daripada 18,000 batu (29,000 kilometer) perjalanan melalui 25 buah negara dengan cara mesra alam.
Dia berangkat pada bulan September 2009 dan pengembaraannya termasuklah bertemu dan jatuh cinta dengan wartawan Christina Amon, yang menyertainya bagi perjalanan seterusnya.
Pag, dari Croydon di selatan London, telah menyelamatkan bas mini sekolah berusia 22 tahun dari kawasan barangan terpakai dan menggunakan bahan-bahan tebus guna untuk mengubah kepada rumah di atas roda.
Enjin kenderaan diesel itu ditukar kepada menggunakan sisa minyak masak yang disimpan di dalam tangki 1,200 liter di bawah katil. Ia mempunyai panel solar 500-watt di atas bumbung.
[independent.ie , Unikversiti]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)