Berita Terkini

Mahathir suruh Nik Aziz tanya Najib untuk laksanakan Hudud

Foto kredit: mmu.edu.my
Tun Mahathir
Nampaknya ini cara Tun Mahathir lepas tangan setelah dia menolak Hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan suatu masa dulu.

Mari kita tengok nanti apa pula kata Datuk Najib. Sebelum itu jom baca dulu laporan terkini dari Berita Harian ini :)

TANJUNG MALIM: Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya.

"Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) kot dia nak bagi...ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud," katanya ketika diminta mengulas hasrat PAS untuk melaksanakan hudud di negeri itu biarpun ditentang oleh rakan-rakannya dalam pembangkang.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan perdana Za'ba di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini, hari ini.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, dilaporkan pernah berkata, individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Dr Mahathir dan bukan pengerusi DAP, Karpal Singh.

PAS dan DAP adalah rakan pakatan pembangkang bersama Parti Keadilan Rakyat.

Dr Mahathir turut menempelak kerajaan Kelantan yang disifatkannya sebagai beriya-iya untuk mengamalkan undang-undang Islam tetapi pada masa sama gagal mengawal penduduk Kelantan sehingga menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun sejak 2008.

"Negeri lain tidak ada hukum hudud pun, macam mana kita kawal (rakyat). Ini dia tidak kawal, dia tidak ajar agama betul.

"Kalau kawal betul orang akan tolak perbuatan yang membawa kepada penyakit AIDS...ini dia tidak ajar agama, dia ajar politik, tapi dia hendak salahkan saya," kata Dr Mahathir.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dilaporkan berkata, kadar jangkitan HIV bagi tempoh 2008-2009 di Kelantan adalah hampir empat kali ganda berbanding kadar di seluruh negara.

[BERNAMA]


Agaknya Tun Mahathir pun lupa bahawa Kelantan berada di sebelah negara Thai / Siam yang sememangnya banyak dengan wabak HIV akibat banyak sangat kes pelacuran, seks bebas dan sebagainya.  Dan warga di Kelantan juga ramai warga Thai, belum bercampur lagi dengan warga yang pergi ke Thai untuk mencari seks.

Dan agaknya Tun Mahathir juga lupa, bahawa masih ramai lagi rakyat yang MENGUNDI BN di Kelantan :)

Dan Tun Mahathir mungkin lupa lagi untuk membanding kes jenayah lain yang lagi dasyat dan banyak terutamanya di Kuala Lumpur, Johor dan sebagainya.

Dan Tun Mahathir lupa dan lupa lagi bahawa Kelantan masih belum diberi keizinan untuk melaksanakan Hukum Hudud. Macam mana mahu tengok perubahan yang drastik setelah sekian lama keadaan ini berlaku. :)


dr asri - Kuat kuasa hukum hudud perlukan tafsiran baruSebelum ini Dr Asri telah menyentuh soal Hukum Hudud di tajuk Kuat kuasa hukum hudud perlukan tafsiran baru.

Seterusnya dalam laporan Sinar Harian, Dr Asri Pas mengatakan Kelantan tidak bersalah jika gagal melaksanakan hukum hudud seperti yang dikehendaki sejak 1993 kerana suasana kondusif masih tidak mencukupi selain kuasa Kerajaan Negeri yang terhad.

Sehubungan dengan itu, Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyarankan kepimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggiatkan kempen kebaikan undang-undang Islam itu terlebih dahulu bagi mengelak tanggapan negatif masyarakat khususnya bukan Islam. 

“Kerajaan Negeri tiada kuasa penuh untuk laksanakan hukum ini."

“Jika dibuat ia akan terdedah kepada eksploitasi dan ini bahaya. Bagi saya Kelantan elok kempenkan keindahan hudud itu dahulu, tidak payah fikir dan buat hudud kerana melaksanakannya bukan bidang kuasa Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja “Hudud suatu Perbincangan Tanggapan, Suasana dan Keberkesanan” di seminar Undang-Undang Syariah Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Hari Hududullah Kelantan yang dirasmikan Nik Abdul Aziz.

Menurutnya, jika Pas Kelantan tidak melaksanakan hudud ia tidak melanggar syariat Islam kerana undang-undang itu gagal dibuat disebabkan suasana negeri itu yang tidak kondusif.

“Saya faham perasaan bimbang Menteri Besar Kelantan sebagai pemerintah untuk laksanakan hudud kerana beliau takut disoal Allah kelak, tetapi kuasa Kerajaan Negeri terhad dan ia ditentukan Kerajaan Pusat.

“Jika tidak laksanakan hudud, beliau tidak melanggar syariat Islam kerana faktor-faktor itu. Dalam isu ini ia harus dilihat dalam kerangka lebih luas,” katanya.

Menurutnya, hukum hudud memerlukan ijtihad-ijtihad baru sebelum dilaksanakan kerana keadaan masyarakat majmuk di negara ini menyebabkan ia tidak boleh terikat dengan teks lama.

Dalam usaha itu, katanya, kerajaan perlu mempromosikan aspek keadilan dalam pemerintahan, kebajikan rakyat, kesaksamaan dan sebagainya secara habis-habisan supaya masyarakat benar-benar memahami syariat Islam itu.

Dr Asri berkata, Malaysia tidak kondusif melaksanakan hukum hudud setakat ini tetapi usaha ke arah itu perlu dilakukan supaya masyarakat bukan Islam dan antarabangsa mendapat gambaran jelas mengenai hukum berkenaan.   [Sinar Harian]

1 ulasan:

  1. kalau lah nabi muhammad SAW masih hidup, sudah tentu dia lah yg sebaik-sebaik memutuskan segala keputusan hukum Allah itu, i miss Muhammad SAW..

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.